Isnin, 14 Mei 2012

Hilang arah

Kemanalah menghilang semangat menuntut ilmumu, wahai Izzati. Ketika orang lain masih leka engkau bersungguh tapi kini semangat mu makin luntur, arah mu makin samar. Apa kesudahan bagi cerita ini? Monolog yang tiada kunjung hujungnya, tiada usaha diiringi, pastas kau salahkan keadaan, ini tak kena, itu tak kena...realitinya jauh untuk kau lihat? Dirimu wahai Izzati, diri mu bermasalah. Masalah tidak akan segera selesai jika engkau tidak gerakkan jenteramu untuk berlawan. Mulakan langkah, biar langkah itu kecil tapi bila dilihat kesannya yang kecil, diri akan terdesak untuk mahu yang lebih besar. Inti pentingnya mulakan langkah. Tiada langkah maksudnya tiada usaha untuk bergerak maka untuk selamanya engkau begini. Hampir tiga minggu aku begini, tiada arah, masa dibelanjakan bagai anak jutawan masa. Sungguh banyak aku laburkan untuk perkara tiada sikit bagi ku untung. Aku sedar tapi ibaratnya sedar dalam mimpi, tidak boleh berkata dan berbuat apa. Tapi hakikatnya aku berada dalam alam realiti, perubahan itu boleh berlaku tapi tiada gerakkan yang dicetuskan. Maka untuk sehingga hari ini aku masih dalam kesamaran. Mencari jalan untuk 'pulang' ke alam ku,betulkah aku mencari? Tapi bagai tidak berbuat apa untuk 'kembali'...penat yang sengaja diwujudkan, penat yang membawa kemalasan yang berganda, itu suatu hal yang perlu dikutuk kepada insan pencari ilmu. Ilmu yang mulia tidak sepatutnya dibawa insan yang begini. Jika ia terus begini, maka tiada kemana insan itu dengan ilmunya. Ilmu yang 'dikata' dicari sebenarnya dicari hal yang lain. Ilmu sengaja menyembunyikan dirinya agar insan begini tidak pantas ditemuinya. Insan ini perlu cahaya, Cahaya matahari,kah? rembulan? bintang-bintang di langit malam? Tidak, cahaya al-Quran kerana cahaya itu yang dicarinya, cahaya yang sengaja melarikan diri darinya gara-gara insan yang dilanda kemalasan yang bertubi-tubi. Pencarian bermula kembali, episod baru dicipta. Moga perjalanan ini diberkati dan dirahmati.