Sabtu, 27 Februari 2010

Kecergasan melalui cara latihan yang betul


Latihan kecergasan sememangnya bertujuan menanggani risiko kecederaan sukan yang sering terjadi. Pentingnya latihan kecergasan bagi seorang atlet atau orang awam untuk mengelakkan sebarang kecederaan. Antaranya latihan daya tahan. latihan daya tahan terbahagi kepada dua iaitu daya tahan kardiovaskular(aerobik) dan daya tahan otot.

Kardiovaskular atau aerobik merupakan perkara yang mempunyai kaitan dengan pertumbuhan sel darah merah (darah) . Seseorang atlet dapat melakukan banyak aktiviti dalam satu jangka masa yang telah ditetapkan contohnya berbasikal. Bermula 40 saat yang pertama aktiviti ini dilakukan, oksigen yang disedut masuk ke dalam tubuh badan akan membawa perubahan dan akan memberi kesan yang positif kepada aliran darah. ini berkait rapat dengan otot saluran darah, jantung dan paru-paru. Hal ini juga akan memberi kesan kepada pukulan jantung. Jika adaptasi berlaku terhadap sistem jantung ( kesan sistem latihan tersebut kepada jantung) maka pengangkutan oksigen dengan lebih efisen akan berlaku dan prestasi jantung akan meningkat.

Oleh itu pertumbuhan sel darah merah yang banyak telah memudahkan tugas jantung agar dapat mengepam sekali dengan banyak darah daripada terpaksa melakukan pam berkali-kali untuk kuantiti darah yang sama. Semakin banyak sel darah merah semakin banyaklah oksigen dapat diangkut d
engan lancar ke seluruh bahagian tubuh. Pertumbuhan sel darah merah akan terhasil sewaktu tubuh badan melakukan sesuatu gerakan yang banyak dengan kerap. Sel darah merah yang banyak diperlukan untuk membawa keluar karbon dioksida dari otot ke paru-paru sebelum di keluarkan melaui mulut.

Apabila aktiviti dilakukan dengan lebih kerap, darah akan diangkut ke organ-organ lain dalam kuantiti yang banyak. Keadaan ini adalah kesan ataupun adaptasi latihan terhadap jantung iaitu otot dinding ventrikel kiri menjadi lebih kuat. Oleh itu ia mampu untuk mengepam darah dalam kuantiti yang banyak untuk menghantar oksigen ke organ-organ lain.

Pengaliran darah tetap lancar walaupun aktiviti yang dilakukan telah diberhentikan dan akan disambung keesokan harinya. Keadaan berbeza sekiranya berhenti untuk beberapa hari atau dalam jangka masa yang agak lama. Sebahagian besar sel darah merah ini akan tersimpan dan memerlukan jangka masa yang agak lama untuk benar-benar kembali kepada aliran darah yang lancar dengan melakukan aktiviti yang sama dan konsisten. Apabila peredaran darah kurang lancar segala aktiviti yang dilakukan akan membuatkan seseorang kehilangan tenaga dengan cepat.

Oleh itu disarankan agar melakukan senaman walaupun ianya hanya senaman ringan agar perjalanan darah kita lebih lancar. Apabila lancar penghasilan sel darah merah akan bertamabah apabila bertambah oksigen juga akan bertambah. Keadaan ini akan menghasilkan tubuh badan kita sihat dan dapat menjalankan sebarang kerja tanpa kelesuan. Antara kerja mudah adalah seperti menaiki tangga untuk ke tingkat tiga tanpa perlu ada station yang banyak sepanjang menaiki tangga tersebut.Selain itu, tempoh hidup kita secara teorinya akan lebih panjang kerana jantung kita selamat dari sebarang penyakit khusus penyakit jantung. Oleh yang demikian, kita mampu beribadat tanpa rasa letih dan dapat menjelmakan rasa syukur kita kepada Allah Taala dengan menjaga kurniaanNya ini dengan baik. Sekian

Khamis, 25 Februari 2010

kembali untuk kali ke-2

emmmm,ini blog keduaku, harapnya semua berjalan lanjar. dulu asyik masalah xleh nak signin, sekarang harap-harap xberlaku benda yang sama dan doaku juga agar gaya penulisanku semakin baik.ini adalah latihan untuk masa hadapan dan untuk masa depanku,...good luck for me