Memaparkan catatan dengan label pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendidikan. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Januari 2011

Maria




Sebuah novel keluaran PTS Islamika setebal 332 halaman. Ceritanya sentiasa hidup dari awal hingga akhir. Di sini kita dipersembahkan dengan isu perbandingan agama,Islam-Ethis-Kristian. Banyak input-input baru dan idea-idea dalam membidas hujah yang kurang konkrit. Penulisnya seorang wanita berbangsa Turki yang dilahirkan pada tahun 1953, Emine atau Aminah Uzqan Syenlikoghu. Seorang yang bergiat cergas dalam kegiatan Islam dan Kesusasteraan antarabangsa. Banyak menghasilkan karya-karya yang bermutu dan dipenjarakan beberapa kali kerana karya-karyanya. Diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Mohd Rofizi Dollah.

Di sini saya muatkan sinopsisnya :

"Maria adalah gadis Jerman yang bermazhab Katolik. Mengharungi liku-liku hidup sebagai anak kepada ibu yang fanatik pada mazhab Katolik, sedangkan ayahnya pula seorang Ateis. Namun, kehendak Allah mengatasi segala-galanya. Pertemuannya dengan pemuda Mesir membuka episod pergelutan tiga penjuru, Islam-Eteis-Kristian.

Abdul Wahab, pemuda Mesir yang belajar di Jerman berjaya menarik Maria ke jalan Allah akhirnya memilih Maria sebagai calon Isteri selepas kematian tunangnya, Salwa. pada saat itu juga, memutuskan hubungannya dengan pemuda Turki bernama Muhammad yang sudah hilang pegangan Islamnya. Hubungan antara Abdul Wahab dan Maria diuji apabila Abdul Wahab mendapat berita Salwa sebenarnya masih hidup. Maria terperangkap antara cinta dan pengorbanan di samping tekanan daripada ibu dan adiknya."

Banyak rintangan yang dihadapi Maria dan lebih khusus lagi bagi sesiapa yang mendapat petunjuk ke arah Islam. Sememangnya untuk memulakan episod baru dalam kehidupan bermula dengan rintangan dan cabaran sebelum mengecapi kebahagiaan.

Ianya bukan kisah cinta semata-mata, tetapi lebih dekat membawa kita kepada pemahaman Islam berbentuk penceritaan. Semoga anda bergembira dengan buku ini.

Jumaat, 17 Disember 2010

Jatuhnya sebuah tamadun



buku ini setebal 227 muka surat tidak termasuk bibliografi. saya membacanya baru-baru ini yangmana saya masih dalam tempoh peperiksaan akhir semester. kerana itu saya agak lambat untuk membuat ulasan berkenaan buku ini.

buku ini bagus untuk mendapatkan gambaran kasar berkenaan sejarah tamadun islam dan kesannya kepada dunia hari ini.ianya meliputi beberapa aspek yang jarang sekali bagi seorang penulis sejarah menukilkan sesuatu sejarah mengikut jalan ini. antara aspek-aspek yang disentuh adalah berkisar tentang aspek politik yang bergolak pada zaman tersebut,kebudayaan, tokoh-tokoh yang lahir daripada tamadun tersebut, sumbangan yang diberikan sehingga hari ini dan kesannya yang dapat dilihat sehingga dewasa ini.

oleh itu, saya ingin sekali memberi gambaran kasar berkenaan tamadun-tamadun yang pernah lahir dan wujud di dunia ini khususnya dunia Islam.

610-632 : zaman Rasulullah saw (munculnya kerajaan di Madinah)
632-661 : zaman sahabat,khalifah ar-Rasyidin, Madinah
661-748 : kerajaan Ummaiyyah di Damascus,Syiria
750-950 : kerajaan Bani Abbasiyah, Baghdad, Iraq
(756-1031): kerajaan Ummaiyah di Andalusia, Sepanyol
950-1258 : kerajaan Bani Abbasiyah,zaman kejatuhan
1258 : serangan tentera monggol
1031-1609 : kerajaan Islam silih berganti di Sepanyol tetapi bukan lagi Bani Ummaiyah
1501-1722 : kerajaan Safawi, Iraq+ Iran
1526-1858 : kerajaan Mughal, India
1281-1924 : kerajaan Turki Uthmaniyah

senarai kerajaan-kerajaan di atas adalah kerajaan-kerajaan besar yang pernah wujud. disamping terbinanya kerajaan-kerajaan tersebut, kerajaan kecil sering muncul dan tenggelam, menghiasi tamadun-tamadun Islam. manakala di Eropah pada ketika itu adalam zaman kegelapan, tiada kemajuan dicatatkan, pemerintahan berpusat kepada gereja diamalkan. penindasan dan kekejaman sering berlaku di eropah, seringkali pihak penguasa menindas rakyat agar cukai yang diperolehi berganda-ganda untuk membolehkan hidup mereka sentiasa mewah. atas sebab ini jugalah kerajaan Islam dapat menawan Sepanyol dan mampu bertapak di sana hampir 10 abad lamanya.

kerajaan -kerajaan kecil muncul dan jatuh dan silih berganti sekitar akhir abad ke tujuh hingga akhir abad ke sebelas. antara kerajaan kerajaan tersebut adalah:

kerajaan Idrisi, Moroko
kerajaan Aghlabi, Tunisia
kerajaan Tulini, Mesir
kerajaan Ikhsidi, Mesir
kerajaan Syiah Fatimiyah, Mesir

kerajaan Syiah Fatimiyah agak lama bertahan berbanding kerajaan-kerajaan kecil yang lain. daripada senarai kerajaan-kerajaan yang muncul tersebut, dapatlah dilihat bahawa negara yang paling banyak menerima sistem pemerintahan yang berbeza-beza atau paling banyak kerajaan yang muncul dan jatuh di negara tersebut adalah Mesir. mari kita lihat melangkaui zaman sebelum masihi

-pemerintahan di zaman nabi Yusuff * diceritakan dalam surah Yusoff
-pemerintahan Firaun,
-pemerintahan Rom
-zaman Khalifah ar-Rasyidin
-zaman Bani Ummaiyah
-zaman Bani Abbasiyah
-kerajaan Tuluni
-Kerajaan Ikhsidi
-kerajaan Syiah Fatimiyah
-Turki Uthmaniyah

hampir semua kerajaan-kerajaan yang muncul di Mesir memberi kesan ke atas negeri tersebut dan sebahagian besarnya kekal sehingga ke hari ini.oleh itu, mesir bukanlah calang-calang negeri yang boleh dipandang dengan pandangan kosong, di dalamnya mengandungi khazah-khazah ketamadunan lampau ditambah lagi dengan khazanah alam yang begitu memukau sesiapa sahaja yang pernah ke sana iaitu keindahan dan kemasyhuran sungai Nil. kemasyhuran sungai Nil bukan sahaja di mata orang yang memandangnya bahkan terus meniti dibibir-bibir para penyair dan di mata pena para karyawan.

mesir adalah satu-satunya negara yang disebut di dalam al-Quran (maaf klau saya tak perasaan negeri yang lain, Makkah dan Madinah adalah negeri kecil dalam sebuah negara ). maka tidak hairanlah Mesir saban tahun meningkat jumlah pelancong yang ke sana ditambah lagi dengan penuntut-penuntut ilmu yang seringkali menjadikan Mesir tempat menadah ilmu-ilmu agama berikutan masih banyak berbaki lagi syekh-syekh mukhtabar disana.selain mesir, mungkin boleh dimasukkan juga Baghdad,Iraq dan Iran kerana kedua-dua negara ini juga pernah mengalami kuasa pemerintahan yang besar, kerajaan Parsi.

empayar Islam bertapak di bumi ini hampir 13 kurun lamanya. kerajaan barat baru menampakkan wajahnya dan memonopoli dunia apabila tercetusnya perang dunia petama iaitu 1918 yang berakhir 1924. sejak itu, dunia yang dikenali sekarang mengalami zaman pemerintahan baru yang dipanggil "new order". pemerintahan dunia baru ini hingga kini baru berlangsung hampir satu abad. jika dibandingkan dengan dunia Islam ianya ketinggalan 12 abad. sebagai ummat Islam jangan sombong dan lupa diri kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi dimasa hadapan. hanya doa mengiringi para pejuang-pejuang Islam.sama-sama kita menunggu kebangkitan dunia Islam yang baru.

Selasa, 28 September 2010

remaja kita

membaca berita pagi ini, penulis menggelengkan kepala sahaja.rupanya masih lagi berbaki jenis-jenis bapa sebegini di zaman pancaroba ini. klau zaman dahulu seorang bapa garang untuk menakut-nakutkan anak-anaknya agar tidak melakukan perkara yang tidak baik atau kurangnya ilmu pendidikan anak-anak. perkara ini mungkin dilihat seperti suatu perkara biasa dan langkah-langkah pencegahan akan dilakukan oleh jiran tertangga.

jika sekarang perkara ini masih lagi terjadi di sesebuah rumah, adakah anda terfikir jiran sebelah akan menjadi "penyebuk" keadaan rumah disebelahnya? penulis melihat jumlah yang akan menjadi "penyebuk" mungkin sedikit berbanding bilangan yang menjadi "pekak". di zaman yang serba canggih di mana ilmu tersebar di mana-mana, rasanya tidak menjadi masalah yang besar untuk kita untuk memperoleh apa jua ilmu khususnya ilmu pendidikan anak-anak.

ingin sekali penulis memuatkan apa yang telah disampaikan oleh salah satu panel di forum peradaban kemelut remaja yang telah di adakan di Akademi Pengajian Islam. satu garis panduan yang digariskan oleh satu kata-kata hikmah, yang periwayatnya adalah dikhilafkan "bermainlah dengan anakmu selama 7 tahun, disiplinlah mereka selama tujuh tahun dan berkawanlah dengan mereka selama tujuh tahun...kemudian bolehlah engkau melepaskan tali yang dipegang(anak) mengikut jalannya".

jelas disini, cara dan kaedah sebenarnya ada untuk mendidik anak-anak tetapi perlulah kita menjalankan "searching" di mana boleh kita temuinya. pendidikan ini bukan sahaja untuk si bapa mengawal emosinya tetapi lebih dekat untuk ibu bapa mengawal kehidupan anak-anak. seperti mana kita tahu, zaman sekaranng jauh bezanya dengan zaman ibu ayah kita dahulu. justeru perlu diingatkan jika tersalah didikan mungkin akan mengundang padah.

jika berbincang soal pendidikan anak-anak, kita tidak boleh terlepas daripada isu-isu yang terjadi sekarang. keruntuhan akhlak dan moral berlaku di sana sini. apakah ilmu pendidikan ini hanya di atas lembaran-lembaran kertas yang terbatas dan jauh untuk diaplikasikan? seminar di sana sini, perbentangan kertas-kertas kerja, jurnal-jurnal yang diterbitkan adakah suka-suka dilakukan tanpa sebarang motif daripada ahli-ahli ilmuan ini? apakah faedahnya untuk mengkaji gejala-gejala remaja kini jika hanya untuk dipandang kosong oleh pihak-pihak sepatutnya?

banyak persoalan dilontarkan. ini adalah untuk membuka mata-mata yang telah sekian lama tertutup. ilmu pendidikan ber"sepah-sepah" dikeluarkan agar pihak ibu bapa dapat membimbing dan memainkan peranannya yang sepatutnya. isu remaja kini bukan isu picisan bagi sesebuah negara membangun tetapi isu wajib bagi mana-mana negara yang ingin maju. gejala sosialnya, kes-kes zina, anak-anak luar nikah dan gejala jenayahnya. ini semua adalah permainan teka silang kata bagi sesebuah negara agar dapat mencari jalan penyelesaian yang benar-benar efektif.yang menjadi punca akar permasalahan ini dilihat adalah kerana membangunnya sesebuah tamadun atau negara dari segi materialnya sahaja bukannya sepertimana yang dimaksudkan oleh Ibn Khaldun iaitu pencapaian keseimbangan antara material dan kerohanian. hal ini penting untuk menjaga identiti remaja dan masyarakatnya agar tidak tersasar.

pentingnya anak remaja yang jiwanya kental dan tidak rosak adalah untuk pembinaan anak bangsa negara pada masa hadapan. merekalah yang akan menjadi perdana menteri, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri, peneraju negara,para guru, dan sebagainya lagi yangmana semuanya ini adalah posisi-posisi penting dalam meneruskan pembangaun negara dan jiwa anak bangsanya yang akan datang kemudian.

justeru itu, ingin penulis petik kata-kata Syeikh Yusuf al-Qaradhawi "jika kamu ingin melihat ummah pada masa hadapan maka lihatlah remajanya pada masa kini". dapatlah kita katakan bahawasanya remaja adalah satu aset penting pada suatu bangsa, negara dan dunia. kerana dunia juga akan porak peranda jika bangsa remajanya "hangus" dijilat hembusan panas yang dinamakan ketamadunan yang jauh dari keseimbangan material dan kerohanian.

Jumaat, 17 September 2010

umm al-Qura'

lepas solat maghrib tadi, tetiba teringat hajat untuk mencari institusi yang menawarkan pembelajaran bahasa arab secara free di timur tengah melalui internet. alhamdulillah pencarian demi pencarian akhirnya bertemulah beberapa website yang menawarkan khusus belajar bahasa arab free di negara mesing-masing. seronok bila salah satu daripadanya umm al-Qura' yang terletak di makkah al-Mukarramah.

hajat untuk pergi menunaikan umrah atau berpeluang mengerjakan haji akan menjadi lebih senang, insyaAllah jika penulis salah seorang yang terpilih mengikuti khusus ini. malah berpeluang hidup di bumi suci ini dalam jangka masa yang panjang.

kursus ini ditawarkan semestinya bukan untuk orang arab. khusus ini memakan masa selama 2 tahun.selama 2 tahun orang-orang yang terpilih akan hidup di bumi suci ini, betapa bertuahnya mereka.sila baca di bawah:

This is a two-year program, divided into four levels. Among the major subjects taught are as follows:

1- The Holy Qur’an memorization, Tafseer (explanation), Tajweed.
2- Hadith-memorization and introduction to Hadith Sciences.
3- Conversation, development of linguistic skills, phonetics, syntax, morphology, rhetoric.
4- Islamic Jurisprudence (Fiqh).
5- Aqueedah (Islamic Belief).

ini pula kelebihan-kelebihan yang diberikan:

Major components of the Scholarship

× Free tuition.
× Free accommodation for single students, both male and female. Married students who are desirous of living together are permitted to do so at their personal expense.
× Students receive stipend of 850.00 SR. monthly.
× One free round-trip air ticket every summer holiday. The objective of this facility is for students to keep physical contact with their families, relatives and the wider community in their countries.
× Textbooks and other study materials are provided free of cost.
× Free medical care at the University clinic or government’s Hospitals.

seronak klau menjadi salah seorang yang terpilih dari beribu-ribu orang yang memintanya.apabila membaca syarat-syarat yang tertera rupanya diri ini tidak mampu untuk ke sana. Allah Maha Luas Rezekinya, rezekiku bukan disana. mungkin penulis bukan terdiri dari salah seorang yang terpilih dari hambanya untuk hidup di atas tanah suci itu. tp jauh dari sudut hati ini, berharap dapat ke sana walaupun sekejap, lebih bertuah lagi dapat hidup dan mencari ilmu di sana.

apa-apa pun penulis mengharap yang terbaik dari sisi Allah Taala. mungkin rezeki penulis di tempat lain, Allahlah Yang Maha Mengetahui.maka untuk sesiapa yang ingin memohon untuk belajar bahasa arab di umm al-Qara' bolehlah lawati website ini: http://uqu.edu.sa/pharmacy-en/en/244