Sabtu, 8 Januari 2011

Maria




Sebuah novel keluaran PTS Islamika setebal 332 halaman. Ceritanya sentiasa hidup dari awal hingga akhir. Di sini kita dipersembahkan dengan isu perbandingan agama,Islam-Ethis-Kristian. Banyak input-input baru dan idea-idea dalam membidas hujah yang kurang konkrit. Penulisnya seorang wanita berbangsa Turki yang dilahirkan pada tahun 1953, Emine atau Aminah Uzqan Syenlikoghu. Seorang yang bergiat cergas dalam kegiatan Islam dan Kesusasteraan antarabangsa. Banyak menghasilkan karya-karya yang bermutu dan dipenjarakan beberapa kali kerana karya-karyanya. Diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Mohd Rofizi Dollah.

Di sini saya muatkan sinopsisnya :

"Maria adalah gadis Jerman yang bermazhab Katolik. Mengharungi liku-liku hidup sebagai anak kepada ibu yang fanatik pada mazhab Katolik, sedangkan ayahnya pula seorang Ateis. Namun, kehendak Allah mengatasi segala-galanya. Pertemuannya dengan pemuda Mesir membuka episod pergelutan tiga penjuru, Islam-Eteis-Kristian.

Abdul Wahab, pemuda Mesir yang belajar di Jerman berjaya menarik Maria ke jalan Allah akhirnya memilih Maria sebagai calon Isteri selepas kematian tunangnya, Salwa. pada saat itu juga, memutuskan hubungannya dengan pemuda Turki bernama Muhammad yang sudah hilang pegangan Islamnya. Hubungan antara Abdul Wahab dan Maria diuji apabila Abdul Wahab mendapat berita Salwa sebenarnya masih hidup. Maria terperangkap antara cinta dan pengorbanan di samping tekanan daripada ibu dan adiknya."

Banyak rintangan yang dihadapi Maria dan lebih khusus lagi bagi sesiapa yang mendapat petunjuk ke arah Islam. Sememangnya untuk memulakan episod baru dalam kehidupan bermula dengan rintangan dan cabaran sebelum mengecapi kebahagiaan.

Ianya bukan kisah cinta semata-mata, tetapi lebih dekat membawa kita kepada pemahaman Islam berbentuk penceritaan. Semoga anda bergembira dengan buku ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan