Aku ingin menulis sesuatu tetapi entahla apa yang perlu aku menulis saat ini. Jam hampir menunjukkan pukul satu pagi. Perkara baru hari ini yang aku tahu, ust Asyraf Isyraqi, salah seorang tenaga pengajar di APIUM berkelulusan B.A uni Madinah. Woouuuu, tersentak sebentar. Aku tahu semua guru-guru ku di API bukan calang-calang orangnya. Jadi agak memang betullah apa yang kawan-kawanku katakan bahawa UM payah di'tembus' untuk menjadi tenaga pengajar di sini. Apa kena mengena ustaz Asyraf dengan tembus tak tembus ni?aku pun tak tahu bila dia masuk jadi tenaga pengajar kat pejabat SMPI, apa yang aku tahu tahun pertama aku di sini dia belum ada.
Aku tak pernah pula belajar dengan dia cuma pernah sekali tu aku masuk kelas tafaquh fiddin, kelas keagamaan budak-budak PMAPIUM yang buat secara percuma setiap petang. Dialah pengajar utamannya. Kagum apabila melihat dia membaca kitab Subulassalam dan memberi penerangan dengan baik. Waktu tu tak tahu lagi beliau ini berkelulusan Madinah, anggap ustaz ni biasa-biasa saja.
Hari ini baru aku tahu beliau bukan biasa-biasa macam pelajar API (Bahasa Arab yang masih sangat lemah).Ketika itu baru aku terfikir, perkara-perkara yang rajin beliau post di FB berkenaan kajian-kajiannya dan beberapa buah kitab arab. Bertambah-tambahlah kekaguman aku. Ye lah dia masih lagi bergelar STUDENT tapi apa yang beliau usahakan betul-betul membulatkan mataku.
Mulalah aku teringat ustaz-ustazku yang jauh diperantauan, ustaz Anuar Ridhwan, ustaz Ahmad Yusof dan ustaz Syed Helmi yang masih bergelar student di negara orang. Semoga kalian dianugerahkan kejayaan yang cemerlang dan gemilang untuk menghidupkan anak bangsa Malaysia yang kian dihempap kebodohan.
Harapnya, aku dapat menjejaki bidang keilmuan mereka dan menjadi seperti mereka. Mahir dalam berbahasa khususnya Bahasa Arab. Dengan itu, aku dapat mencungkil ilmu-ilmu yang ada. Harapnya ini bukan angan-angan semata-mata.
0 ulasan:
Catat Ulasan