Akhir-akhir ini beberapa kes telah terjadi di Indonesia. Bermula dengan kes jerebu, pembakaran terbuka di kawasan Sumatera, hampir terjejas teruk misi pelancongan negara jiran kita, Singapore dan tidak ketinggalan juga negeri selatan Malaysia, Johor. Kini kita dikejutkan lagi buat kali kedua serangan Tsunami di Pulau Pagai Utara dan Selatan. Gegaran gempa buminya berlaku di Mentawai, Sumatera Barat dengan 7.2 skala richter lalu hasil dari gempabumi ini menghasilkan satu ombak besar yang menghempap hampir keseluruhan Pulau Pagai yangmana rata-rata penduduknya adalah dari kaum Dusun. Gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 10 malam hari Isnin 25 Oktober 2010.Pulau Pagai adalah antara pulau yang kecil yang terdapat di sekitar daratan Sumatera. Tergolong di antara pulau-pulau pendalaman di Indonesia yang sukar untuk sampai ke sana. Hasilnya bantuan keselamatan dan bantuan-bantuan lain tidak dapat disegerakan kerana perkhimatan perhubungan yang kurang memuaskan.
Jika kita meneliti kisah Tsunami pada musim yang lepas, tsunami yang berlaku adalah antara yang terbesar di dunia sejak 1990. Gempabumi yang berlaku di lautan Hindi yang menghasilkan ombak besar 9.0 skala richter melanda dan menghempas ganas dataran Acheh hingga menggadaikan ribuan nyawa. Menjadikan badar Acheh secara tidak langsung mengubah wajahnya secara total. Hingga kini proses pembangaunan di Acheh masih terus dijalankan walaupun peristiwa hitam itu telah meninggalkan kita hampir 6 tahun lamanya. Berlaku pada 26 Disember 2004 selepas sambutan Hari Natal(Krismas). Tidak ketinggalan juga beberapa tempat sekitar Malaysia turut merasai akibat dari gegaran gempa bumi tersebut dan memusnahkan beberapa kawasan di utara Malaysia dan memberi kesan kepada Pulau Pangkor.
Sudah kita bicarakan berkenaan Tsunami. jangan lupa bahawa kali ini Tsunami yang melanda di Kepulauan Pagai membawa satu lagi bencana lainnya, meletusnya Gunung Merapi. Dikenali juga dengan nama Gunung Api, ianya adalah gunung berapi yang paling aktif daripada 69 gunung berapi di Indonesia. Meletusnya Gunung Merapi ini selepas berlakunya Tsunami di Pulau Pagai iaitu 26 Oktober 2010. Hingga hari ini, ianya terus meletus dan mengorbankan banyak nyawa penduduk di kawasan sekitarnya. Seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro hari ini:
"Lazimnya pada waktu tengah hari penduduk akan pergi ke kawasan bencana meninggalkan pusat pemindahan, untuk melakukan aktiviti harian seperti mencari rumput untuk ternakan lembu masing-masing di kawasan terletak berhampiran puncak gunung."
Namun seperti tidak berlakunya letusan gunung berapi, penduduk kembali ke tempat masing-masing dan melakukan kerja-kerja harian mereka. Semestinya mereka lebih mengenali sifat gunung berapi sendiri berbanding orang yang bukan berasal dari sekitarnya kerana mereka hidup dengannya sepanjang hayat mereka hingga kini. Bahawa sekali ia meletus,ianya akan berulangkali meletus dalam jangka masa yang terdekat, apabila ianya berhenti maka itulah masa rehat baginya dan akan meletus kembali mungkin satu kurun yang akan datang atau lebih singkat dari itu.
Banyak perkara yang berlaku sebenarnya menggamit kita agar mengingati pada yang Maha Esa agar kita kembali kepada fitrah sebagai hamba yang benar-banar mempunyai tuhan. Tapi apakah lagi banyak bumi ini bergoncong lagi jauh kita darinya?kekadang terfikir juga bagaimana lagaknya manusia ini dan berlagaknya mereka yang bergelar manusia yang lupa pada tuhan.
Jika dulu, kita disajikan dengan berita kiamat hampir tiba dengan ramalan-ramalan bila ianya akan berlaku yang dikeluarkan oleh NASA. Pada musim itu, berlangsunglah beberapa forum yang membincangkan jika bumi ini musnah di mana lagi tempat yang selamat untuk kita tuju. Maka munculah beberapa planet yang dicanangkan untuk pergi ke sana jika berlaku kemusnahan pada bumi ini. haduuushhhh, macam-macam dunia sekarang. Tapi aku tetap percaya pada puncanya, kemajuan dicapai hari ini adalah hasil dari idea-idea dan tindak-tindakan bodoh mereka ini. Bermula dengan cemuhan dan hinaan dari orang sekeliling dengan tindakan-tindakan mereka akhirnya mencipka sesuatu yang membanggakan kepada penduduk dunia. tidakkah ianya dianggap orang revolusi? hanya permata menganal manikam.
Tapi berkenaan idea berpindah ke planet lain itu, aku langsung tidak tidak berminat dengannya. Ye lah sudah jelas termaktud dalam hadith nabi, bumi ini dah tua hanya tunggu masanya ianya akan musnah. Banyak hadith-hadith nabi menerangkan berkenaan hal ini. Jika kita tidak ambil pusing akannya maka jangan salahkan orang lain atas kejahilan kita. Siapkan hujah anda di hadapan Tuhan.
RUJUKAN:
http://www.hmetro.com.my/articles/Mungkin600terkorban/Article/
http://www.hmetro.com.my/articles/LetusanMerapihariinisemburbanyakawanpanasbergulung-gulung/Article/
http://nasional.vivanews.com/news/read/184971-kondisi-padang-dan-mentawai-dinyatakan-aman
http://wap.vivanews.com/news/read/185071-tsunami-sumatera-barat--160-warga-hilang
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi_26_Disember_2004
dan beberapa lagi rujukan yang tidak sengaja didelete,maaf
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
5 bulan yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan