Khamis, 23 September 2010

Butakah cinta?


sejauh mana butanya cinta, penulis tidak tahu tetapi penulis akui kuasa cinta kadang-kadang membuatkan kita hampir gila kerana memikirkannya. zaman sekarang kejadian-kejadian semakin pelik berlaku,buang anak, buang suami, buang mak, buang ayah, buang sanak saudara dan seangkatan dengannya. jika semalam kita dikhabarkan dengan berita penemuan 3 orang gadis yang hilang dari Kampar, Perak. hari ini pula kita dikejutkan lagi dengan berita Mohd Fazli Azri Jamil yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi.ya, ini bukannya isu perbincangan kita tetapi kata-kata dari isterinya yang membuka mata penulis untuk membicarakannya.

“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,”


"bapa" sekejam Mohd Fazli boleh lagi disayangi oleh si isteri, lihatlah! betapa besarnya kuasa cinta. seperti mana kita tahu Mohd Fazli dituduh membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, dekat Batang Kali, jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Perbuatan menutup pintu teksi sehingga terkena kepala mangsa, memijak perut dengan but bola dan menyepak kanak-kanak, adakah boleh lagi bagi kita untuk mengasihi orang sepertinya? mungkin cinta itu tidak mengena kepada kita lantas sifat kasih itu jauh sekali untuk dilahirkan kepada orang zalim seperti Mohd Fazli.

tapi apakah kasih si "isteri" perlu diragui?penulis tidak tahu apakah yang perlu dikatakan, si anak yang lebih dekat dengan rahim si ibunya dibuang, yang dipilih lelaki yang durjana ini,sedangkan seekor binatang yang tidak diberikan akal seperti ayam, garang apabila kita mengganggu anak-anaknya, inikan manusia yang diberi akal bertindak sebaliknya. apakah sebenar cinta itu sehingga membawa padah
sedemikian?

0 ulasan:

Catat Ulasan