salam aidilfitri...selama sebulan kita berpuasa akhirnya tiba jua 1 syawal, ramai yang menanti berbanding ramai yg menangisi pemergian ramadhan. madrasah ramadhan yang kita bina selama sebulan adakah telah runtuh dengan datangnya 1 syawal atau apakah binaan yg kita bina masih tertegak dengan kukuh sehingga ke saat ini? tepuk dada tanya iman,duduk seketika sambil bermuhasabah jauh dari hiruk pikuk yang membingungkan iman.
sempena datangnya syawal al-mubarak ini, perbagai rancangan televisyen disajikan, jika TV3 trademark pembawaannya "salam lebaran", manakala chanel2 yang lain tidak banyak perubahan tetapi rancangan-rancangan pilihan untuk menyambut syawal selama sebulan ini disusun dengan begitu rapi dan diwar-warkan bahawa semua rancangan yg bakal disiarkan ini adalah rancangan-rancangan yg terbaik.
penulis juga salah seorang yg tepaku di hadapan tv ketika syawal ini. mana tidaknya rumah kat kg sahaja berpeluang , penulis menghabiskan banyak masa di hadadan tv dengan menonton apa sahaja yang ditayangkan wpun kadangkala siaran tersebut bukannya menarik tetapi untuk memahami siaran-siaran yang diaturkan setiap hari oleh pihak penyiaran.
sudah beberapa hari menonton, penulis membuat kesimpulan berdasarkan rancangan-rancangan yang telah disiarkan bermula dari hari raya pertama sehingga mlm raya ke enam. bulan syawal adalah bulan untuk melepaskan jin, hantu dan syaitan-syaitan yang mana selama sebulan terkurung dan dirantai.ibaratnya awal syawal disambut dengan melepaskan jin-jin ini.hal ini berdasarkan rancanga-rancangan yang telah disiarka oleh siaran-siaran tv di malaysia.di sini penulis kemukakan beberapa rancangan yang berkaitan:
1 syawal :TV3 -9 mlm -jgn pandang belakang congkak
2 syawal :TV2 -8.30 -mlm-zombie kg pisang
3 syawal :TV2 -9 mlm -gong
4 syawal :TV3 -2 ptg -jangan tegur
9 mlm -momok the movie
5 syawal :TV3 -2 ptg -congkak
:TV2 -9 mlm -waris jari hantu
6 syawal :TV3 -11 PG -Gondoruwo
9 mlm -susuk
hampir setiap malam kita disajikan dengan siaran-siaran yang berunsur tahayul ketika semua umat Islam gembira menyambut syawal. bagi sesetengah pihak mereka berfikiran bahawa syawal yg bakal menjelma semestinya perlu disambut dengan rancangan-rancangan yang menarik. maka inilah antara siaran-siaran yang menarik tersebut. bagi yang menggemarinya semestinya tiada masalah manakala bagi yang tidak meminatinya kemungkinan dia tidak akan menonton rancangan ini.mungkin juga cerita-cerita ini disajikan kerana ramai rakyat malaysia menggemarinya berbanding yang tidak meminatinya.
pada hemat penulis, banyak kesan buruk dari yang baik.jika rancnagan yang disiarkan bertujuan untuk memuaskan hati para peminat cerita hantu, cukuplah sekadar 2 atau 3 cerita sahaja disajikan, bukannya hampir sepuluh cerita yang berasal dari jenis yang sama. bahkan cerita-cerita begini tidak memberi nilai moral dan atika kepada para penonton. ianya cuma sekadar untuk berseronok atau untuk disesuaikan dengan cerita-cerita yang pernah didengarinya sama ada betol atau tidak itu belakang kira.
dari pandangan sudut akidah, sememangnya bagi yang tidak mempunyai tapak iman yang kuat kemungkinan sedikit sebanyak akan menggoyangkan akidahnya. manakan tidaknya, seperti cerita momok the movie, hantu-hantunya agak lawak tetapi lawak yang ingin diterapkan menerusi watak bomoh itu penulis melihat kurang sesuai malah mengembalikannya kepada perkara mempersendakan agama. antaranya bomoh tersebut hanya memaki hamun hantu tersebut sahaja tanpa membaca sedikitpon ayat-ayat al-Quran. hal ini memberi gambaran bahawa hanya cukup memaki hamun hantu tersebut maka ianya akan lari, sekaligus memeberi tahu para penonton khususnya yang beragama Islam bahawa peranan ayat al-Quran itu tidak ada dalam menghalau jin-jin dan syitan ini.
manakala dalam cerita jangan tegur, di akhir cerita tersebut m.rajoli sebagai bomoh berusaha menghalau rasukan dengan membaca beberapa potong ayat al-Quran tetapi apa yang terjadi adalah hantu tersebut seolah-olah mempermainkan bacaan tersebut.ketika m.rajoli membaca ayat-ayat al-Quran, hantu tersebut seolah-olah tidak diberi kesan malah hantu itu bertambah-tambah ngilaiannya dan ada satu masa pula ia pergi menjeler-jeler lidahnya kepada si bomoh tersebut. hal ini menampakkan kesan bacaan ayat al-Quran itu tidak ada, malah yang memberi kesan pada hantu itu ketika menggunakan air semburan yasin. ada benarnya air yassin tersebut kerana ianya juga tergolong dalam air yang dibaca ayat suci al-Quran tetapi ayat-ayat Allah ini lebih tinggi dari segalanya. maka cukuplah dengan sekadar membaca beberapa potong ayat al-Quran untuk memeberi kesan keapda jin-jin ini, untuk memeberikan lagi kesan mungkin boleh menggunaka air yassin.
rancangan-rancangan yang di paparkan bukan sahaja untuk memenuhi masa lapang atau minat seseorang,bahkan kesenua drama filem dan lain-lain lagi yang ditayangkan membawa masej kepada penonton. seperti cerita-cerita tahyul ini, selain dari menggugat akidah dan iman kita, ianya juga bertugas untuk mempasakkan di dalam kepala otak penonton bahawa rupa hantu adalah dalam bentuk sekian-sekian. tidak takutkah kita, yang menonton bersama-sama kita boleh jadi anak-anak kecil. jika setiap hari disajikan dengan cerita-cerita berkonsep seperti ini kepada anak-anak kecil, sudah pastilah mereka akan memberi gambaran yang sebenar rupa hantu itu adalah berdasarkan cerita-cerita yang pernah ditontoninya walhal mereka tidak pernah sekali bertemu dengan makluk jin tersebut.
selain itu, hal ini juga memjadikan anak bangsa kita membesar dengan jiwa yang takut. takut untuk ke tandas, takut berjalan seorang, takut dalam erti segalanya. kadang-kadang kita perlu berteman tetapi bukannya beralasan takutnya hantu setiap masa. anak-anak ini membesar dengan keadaan mereka takutkan hantu bukannya Yang Maha Esa dan Yang Maha Berkuasa.a'uzubillahi min zalik..
pasak yang ditanam di dalam minda penonton amat kejap sekali jika berdasarkan sambutan syawal ini. setiap hari tidak kira siang ataupun malam cerita tahyul menjadi kegemaran atau menajdi pilihan. ada juga yang takut-takut tapi hendak juga menonton maka terpaksalah tutup sekejap-sekejap mata .
apa yang menjadi keserabutan di minda penulis adalah, bagaimana anak bangsa membesar jika cerita-cerita begini menjadi kegilaan, stesyen-stesyen tv menyokong untuk menjaga businessnya, mendapat keuntungan di atas kehancuran masyarakat sendiri. bila hancur salahkan guru yang tidak pandai mengajar, ibu bapa yang tidak pandai mendidik dan kerajaan yang tidak ambil peduli dengan anak bangsa. semua pihak bertelangah menunjuk jari kepada setiap pihak.dalam masa yang sama mereka tidak sedar bahawa empat jari yang berbaki adalah untuk siapa?
masalah agama pula ditujukan kepada para ustaz dan ustazah disekolah. tidak pandai mendidik dan menyampaikan ilmu ugama sehingga anak-anak kecil ini terpesong akidahnya. dan entah apa lagi masalah yang timbul.
pada hemat penulis, kurangkan rancangan berbentuk anasir-anasir begini moga anak bangsa membesar dalam keadaan jiwanya kental, kental dalam mencari ilmu dan berjuang.bukan perkara picisan begini menjadi menu utama tetapi perkara-perkara negara dan dunia menjadi pilihan. sama-samalah kita berganding bahu.
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
5 bulan yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan