Khamis, 30 Disember 2010

Belajar dari haiwan



Hari ini baru ada kesempatan untuk melihat-lihat keputusan exam yang sudah ditampal.huh, entah apalah resultku ini,sekitar jam 12 tengah hari aku masih lagi berlegar-legar diruang akademi pengajian islam. mencari terus mencari. akhirnya aku temui sudah kebanyakkan result examku, hanya satu masih ditunggu. mungkin minggu depan 'dia' akan munculkan diri. aku cuma menaruh harapan agar result ku yang satu itu cemerlang.

aku melihat-lihat keputusanku yang telah disalin dalam buku kecilku ini. satu dan satu kemudian satu yang lain pula. iaa..kesemuanya alhamdulillah, aku redha. cuma perkara yang biasa berlaku apa yang diharap cemerlang tetapi tidak, sebaliknya yang diharap hanya cukup-cukup makan sahaja membuahkan hasil yang mengkagumkan pula.alhamdulillah semuanya caturan Yang Esa, mungkin tersemat hikmah yang besar disebaliknya.

berkenaan satu subjek yang aku perolehi 'biasa-biasa' ini, ada kisah disebalikya yang membuatkan aku bermuhasabah sendirian. oh Tuhan, sungguh kejujuran itu ada balasannya walaupun kejujuran itu nilainya kecil dimata manusia.

aku bukan berbincang dengan kawan jauh sekali dari aktiviti meniru dan menghantar kertas jawapan 'tiruan'. kisah perjalan aku mengambil paper tersebut adalah sebuah cerita yang aku rasa tidak langsung setiap orang akan menyedari istilah 'kejujuran' darinya.

mungkin keterlanjuran ini, bagiku sebuah balasan. walaupun balasannya tidaklah sebesar mana tapi bagiku ianya memberi kesan kepada impianku. apa yang terjadi aku tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepadaku ini.alhamdulillah.

ketika ini , ku teringat akan buku yang baru lepas habis dibaca tajuknya 'belajar dari haiwan'. walaupun haiwan tidak diberikan akal seperti manusia tetapi mereka lebih mulia berbanding manusia yang bodoh dan sesat.

contoh yang mudah diambil adalah semut. adakah kamu semua 'kenal' semut? dari segi lahiriah mungkin mudah untuk kita kenal serangga tersebut.

semut seekor serangga yang rajin, rasanya ini semua orang tahu.pepatah ada mengatakan 'rajin macam semut', kan? so terang-terang semut adalah serangga yang rajin. tapi adakah kamu tahu jika mereka menjumpai makanan, mereka akan cepat memberitahu rakan-rakan sekampung supaya ramai-ramai dapat menikmatinya. baguskan, yang pasti bolehkah kamu berbuat begitu?

dan jika mereka berjalan, mereka akan menyapa setiap ekor semut yang mereka temui dijalanan, tak percaya? cuba perhatikan semut apabila mereka lalu lalang, mereka akan berhenti sekejap menyapa kawan mereka kemudian menyambung kembali perjalanan. yang menjadi persoalannya, adakah kita boleh melakukan sedemikian? salam seringan-ringan perkataan dan perbuatan pun cukup payah untuk kita luahkan sesama muslim, adakah kita sedar?

apa kena mengena dengan kejujuran? cuba-cubalah anda kaitkan sendiri. yang penting kejujuran teras kecemerlangan! jujur pada diri, jujur pada agama dan jujur pada orang lain. kadang-kadang perlu kita belajar dari orang yang bodoh dari kita agar kita selalu menginsafi diri.

0 ulasan:

Catat Ulasan