Beberapa hari ini, facebook sahabat-sahabatku yang ke Qatar penuh dengan gambar-gambar terbaru mereka di sana. alangkah rindunya aku kepada orang Malaysia di sana dan suasananya.bahagianya mereka di sana di tambah lagi dengan kehadiran ust Abdul Karim Ali. bagi Norlina Alyas bertambah lagilah anak-anak instantnya. keramahan dan kebaikan hatinya membuatkan sesiapa sahaja terbuka untuk berkongsi cerita mahupun berkongsi hidup dengannya. aku akui keadaan ini membuatkan aku makin merindui mereka, Norlina Alyas dan keluarganya.moga mereka sentiasa dimurahkan rezeki.
ramai sahabat seangkatan denganku semasa di Qatar dahulu dan sebelum sezaman denganku berniat untuk pergi lagi, mungkin ingin meneruskan pengajian mereka di QU dengan apa yang telah mereka mulakan dan tidak kurang juga sahabat-sahabat hanya ingin menyimpan kenangan di Qatar dalam memori mereka sahaja, pergi untuk kali kedua mungkin tidak.
keramahan orang Malaysia di sana dan sikap sangat meraikan tetamu membuatkan sesiapa sahaja yang bertemu dan hidup dengan mereka merasa bahagia. mungkinkah atas alasan ini ramai sahabatku ingin ke sana lagi?
jika melihat sudut geografi dan suasana masyakat Qatar, bagiku tiada yang menarik. sistem kasta masih diamalkan. golongan bangsawan hanya akan berkahwin daripada golongan mereka sahaja,manakala golongan bahawahan pula begitu juga. hal ini aku perolehi rentetan kisah seorang ustazahku yang belum berkahwin sehingga sekarang, bukannya tiada rupa tetapi kerana sistem kasta. yang paling menarik, bukanlah dia yang sangat memilih tetapi keluarganya yang mementingkan darjat. kesanya ditimpa kepada si anak, fitrah seorang manusia tidak dapat ditunaikan.
keadaan di sana samalah dengan negeri arab yang lain, kurang tumbuhan hijau. di Qatar kita tidak akan dapat melihat gunung ganang atau bukit bukau, keadaan tanahnya ibarat tanah rata. sesetengan tempat sahaja yang mempunyai bukit iaitu di pasang pasir, bukit pasir. aku tidak tahu bagaimana musim sejuk disana kerana aku hidup disana ketika musim panas. jika musim panas, debu-debu pasir akan berterbangan, pemandangan jarak jauh akan menjadi kabur ibarat jerebu. angin kadang-kadang sepoi-sepoi bahasa tetapi kadang-kadang kuat. maka mata perlu diberi perhatian lebih, takut-takut pasir masuk.
jika melihat kepada komposisi penduduknya, warganegara Qatar jumlahnya sedikit. inilah yang diberitahu kepadaku oleh orang Malaysia di sana. berlaku imigran daripada penduduk-penduduk negara sekitar,bukanlah secara besar-bearan tetapi dalam jumlah yang sedikit secara berterusan sebagai tenaga buruh buat negara atau sebagai penduduk tetap. memandangkan orang-orang Qatari ini terdiri daripada kebanyakkannya orang-orang kaya, maka penduduk-penduduk luarlah yang akan bekerja di peringkat bawahan. manakala dari segi tenaga buruh profesional pula yangmana sangat kekurang disana, diimport dari luar dengan diberikan gaji yang lumayan.
justeru itu, jadilah negara Qatar terdiri daripada komposisi penduduk yang pelbagai. hingga menjadikannya sebuah negara sekular kerana pengaruh-pengaruh kemodenan yang cuba dibawa masuk ke dalam negara. selain itu, jangan terkejut jika saya katakan di Qatar terdapat sebuah gereja yang terbesar dikalangan negara teluk. cuba anda cari di BBC, anda akan temuinya. gereja tersebut sengaja tidak diletakkan lambang salib di atasnya seperti gereja-gereja lain untuk mengelakkan orang ramai mengetahui bahawa ianya adalah gereja yang besar.
pengalaman di sana cukup menarik. kenangan terindah dalam hidupku mungkin salah satunya di sana. aku juga ingin lagi pergi merantau tetapi mungkin bukan lagi di sana. moga-moga aku diberi lagi kesempatan untuk melihat bumi ini, agar Allah murahkan rezekiku. perancangan yang terdekat, aku ingin pergi menziarahi Baitullah,kampung halaman Rasulku, 'berjumpa' Rasulku Muhammad saw di sana. moga perjalananku ke sana dipermudahkan. aaamin.
0 ulasan:
Catat Ulasan