Tension dengan keputusan peperiksaan baru-baru ini yang baru sahaja aku lihat menerusi lawan web umisisweb. Entah kenapa ke'tension'an itu perlu datang. Seolah-olah menjadikan aku hamba yang tidak bersyukur, a'uzubillahi min zalik.
Aku ibarat hilang arah. Ke mana perlu aku pergi untuk menghilangkan ke'tension'an ini? selepas solat Asar, aku ternampak dua orang sahabat ku sedang berbincang, lalu dengan tiada tujuan, aku sapa mereka, mungkin dengan cara ini 'mood' yang tidak seberapa stabil ini dapat ditenangkan.
Rupanya mereka tengah berbincang berkenaan forum yang bakal diadakan khas untuk gadis-gadis REAL. Aku menyampuk beberapa perkara sebagai tanda turut serta berbincang sekali bersama mereka. Tatkala aku mula ketandusan idea, aku ternampak novel kepunyaan sahabatku. aku menbaca sedikit sinopsis dibelakangnya,"macam best je" kataku. Tuan buku tersebut menyampuk, dia memberi tahu bahawa novel tersebut dari mula sehingga akhir cerita berlatarbelakangkan hanya satu tempat sahaja tetapi penuh dengan input-input baru.
Ketika itu baru aku teringat bookfair di DTC. Lalu aku pun meminta diri untuk beredar. mungkinkah aku perlu pergi ke DTC untuk melepaskan ke'tension'an aku ini? Entahlah, aku masih tercari bagaimana untuk membangkitkan mood baru. Ketika sahaja aku keluar dari surau, terserempak pula dengan Prof Madya Dr. Zulkifli Yaacob@Yusof yang lebih aku senang dengan panggilan ustaz Zul.
Dia seorang yang ramah, tambah-tambahan lagi dengan para pelajarnya. Terharu dibuatnya,dia yang mula bertegur sapa denganku. Lantaran itu aku pun bersembang sedikit dengannya sambil berjalan. Aku bertanya tentang buku yang diterjemahkannya dari tulisan Syeikh Fadhal Abbas.Aku sangat mencarinya, kerana dua perkara. satu kerana Syeikh Fadhal Abbas yang kedua kerana ust Zul adalah pensyarah yang aku kagumi. Kedua-dua perkara itu menjadi satu dan mendorong aku mencari buku jauh sehingga Putrajaya kerana di sana pertama kali aku menjumpai buku tersebut.
Teringat aku ketika itu, aku tidak cukup duit untuk membeli. Lalu aku pasang niat untuk membelinya bila aku datang pada kali yang lain. Tapi siapa sangka, kali kedua aku datang tiada, dalam masa yang sama aku yakin buku itu pasti ada tetapi aku yang tidak menjumpainya. Aku datang lagi buat kali ketiga. Untuk kali ketiga ini, aku meneliti satu persatu buku di setiap lapisan rak buku yang ada dalam bidang agama khasnya. Sayang, tetap tiada. Teringin nak jumpa ust Zul untuk bertanyakan tentang buku tersebut. Tapi aku tak ramah untuk bersembang panjang. Maka aku lupakan sahaja hajat itu. Hari ini aku sempat bertanya, dan ust sangat membantu. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur kerana aku dipertemukan dengannya dalam saat aku tengah kebingungan.
Setelah berpisah ditengah jalan dengan ust Zul, aku menuju ke motosikal sambil memikirkan ke mana destinasi seterusnya untuk ku bawa diri yang lara ini. jika kebiasaannya apabila aku dalam keadaan ke'tension'an akan ku membeli belah barangan makanan dan menikmati makanan tersebut sepuas-puasnya.
Kali ini, aku tiada selera untuk melakukan hal itu. Ketika di atas motosikal, aku masih memikirkan perkara yang sama. Lantas aku putuskan untuk pergi ke Bookfair, melepaskan sarang keserabutan ini di sana.
Hampir jam 5.30 aku sampai di sana. Menyusun atur langkah ke mana untuk ku tuju. Dengan penuh yakin kaki ku melangkah sahaja ke perkarangan dewan. Meninjau-ninjau beberapa sudut, aku terjumpa ensiklopedia raja rock dunia, Michel Jackson. Aku menyelak-nyelak halaman ensiklopedia tersebut, aku tidak membacanya hanya melihat sahaja gambar-gambar yang ada didalamnya, dari seusia yang kecil hinggalah kematiannya semuanya direkod dan dicatatkan di dalam ensiklopedia ini. Memang dia merupakan lagenda dunia. Bermula dari budak yang berusia tujuh atau lapan tahun hinggalah keusia tua, semua mengenalinya dan kagum melihat persembahannya. Tersemat rasa kagum di hatiku ini.
Aku meneruskan tinjauanku ke beberapa sudut lagi.iya, inilah sudut yang kucari, sudut PTS atau seangkatan dengannya.Aku mambelek-belek mana-mana buku yang menarik perhatianku. Akhirnya aku meninggalkan perkarangan DTC dengan membeli dua buah buku, satu buku berbentuk motivasi yang bertajuk 'Mencari Makna Hidup' dan satu lagi novel terjemahan dari tulisan penulis Turki yang berbakat besar, tajuknya 'Maria'. Aku harap kedua-dua buku ini dapat memberi semangat dan motivati kepada diri ini yang tengah kerunsingan dan kekurangan motivasi.
Berkenaan result aku, bukanlah teruk sangat, alhamdulillah termasuk dalam senarai la yang akan dapat sijil dari ust Hidayat, pengarah API. Tapi yang sangat menyedihkan adalah impian ku yang terbesar terpaksa dilupakan, gara-gara peningkatan pointer yang tidak sampai matlamat sebenar.
Mungkin Allah nak tunjuk kepada ku yang selama ini aku silap kerana aku mngejar A bukan selainnya tanpa aku sedari. Dan kini aku sedar A adalah dunia dan ilmu adalah akhirat, bila ada ilmu, A akan datang, InsyaAllah. Keduanya, mungkin Allah nak mnguji status kehambaan ku sebagai hamba yang bersyukur atau tidak, adakah aku telah melepasinya?. Ketiganya, mungkinkah Allah hendak memberi kepadaku hikmah yang lebih besar dari impianku yang selama ini kudambakan? atau apakah ini adalah persediaan buatku untuk menghadapi keadaan yang mana impianku tak akan tercapai?
Ya Allah begitu banyak kemungkinan yang akan berlaku, aku mohon agar aku dapat belajar sesuatu dari hal ini ya Allah. Moga aku tergolong dalam hambaNya yang sentiasa menginsafkan diri dan tergolong dalam hambaNya yang mendapat hikmat dan maghfirah dariNya.
Akhir-akhir ini, aku mula terfikir bagaimana cara berfikir dengan betul? Bukan aku sebagai seorang yang gila atau orang yang kurang keupayaan otak untuk berfikiran waras tetapi untuk meneliti diri. Dalam sisa-sisa untuk menghabiskan buku yang sedang ku baca ini hasil tulisan Dr. 'Aidh bin Abdullah al-Qarni , buku yang berjudul 'Aku, Buku dan Cinta'. Dia ada menulis beberapa aspek yangmana kurasa ianya sesuai sekali dengan diriku dan semua orang khususnya. Maka di sini aku sisipkan sedikit tulisannya agar ianya dapat membuka mata kita yang sedang lena dibuai mimpi-minpi indah yang langsung membuatkan kita tidak sedar adakah kita begitu.
" cubalah anda hidup tanpa bimbingan buku. Berfikirlah dengan menggunakan hati nurani anda dalam merenungi segala sesuatu, maka anda akan mendapat banyak inspirasi. Wawasan yang pernah anda baca pun akan muncul. Inilah yang dinamakan dengan waktu memantapkan fikiran. Ketahuilah, bahawa berfikir itu merupakan latihan bagi para pemikir."
" Kadang kala ada orang yang suka membaca, tetapi sayang tulisan yang dibacanya tidak mengandungi faedah. Berapa ramai orang yang menghabiskan waktunya dengan membaca majalah-majalah, surat khabar dan buku-buku pemikiran yang amat sulit. adakah ia ilmu pengetahuan?"
aku lebih gemar mentafsirkan tulisan perenggan kedua itu dengan tafsiran begini. Berapa ramai orang yang suka membaca bacaan ilmiah tetapi tidak dapat mengambil faedah darinya iaitu tidak faham apa yang dibacanya, jika faham sekali pun dia tidak dapat merumuskan kefahamannya dengan jalan atau cara yang lebih praktikal. Hasilnya waktunya akan habis tanpa hasil yang memuaskan.
Untuk akhirnya, mungkinkah aku tergolong di dalam golong tersebut?emm...hanya memikir.