Isnin, 1 Mac 2010

Ru'yah Allah


Ru'yah Allah Taala hangat dibincangkan oleh para mutakallimun. Secara ringkasnya perkataan ru'yah dapat dibahagikan kepada dua pengertian utama iaitu melihat dengan mata kasar dan melihat dengan hati.

Jika kita menyelusuri pandapat-pendapat para mutakallimun, maka kita akan dapati banyak pandangan yang berbeza antara satu sama lain.Perbezaan tersebut menjelaskan bahawa terdapat dua pengertian. pertama Allah Taala dapat dilihat dan yang kedua ialah Allah Taala tidak dapat dilihat.

Antara persoalan yang timbul mengenai ru'yah Allah ialah adakah Allah Taala dapat dilihat oleh manusia dengan mata mereka di akhirat kelak kerana terdapat ayat-ayat al-Quran yang menafikan ru'yah tersebut.Buktinya Surah al-An'am :103 maksudnya " Dia tidak dapat dilihat oleh penglihatan mata sedangkan Dia dapat melihat segala yang kelihatan dan Dialah maha halus lagi amat dalam pengetahuanNya."

Iman Jaafar dalam persoalan ini menafikan Allah Taala dapat dilihat di akhirat. Penafian itu disebabkan ayat tersebut menafikan sama sekali idrak(melihat) iaitu melihat Allah dengan cara sepenuhnya.

Di tinjau dari sudut penafsiran ayat al-quran di atas terdapat ramai dalam kalangan ulama' tafsir mengemukakan pendapat yang berbeza-beza terhadap konsep ru'yah Allah . Pendapat ini disebabkan oleh kesamaran mereka dalam mentafsirkannya untuk membezakan kesempurnaan Allah Taala dengan makluk.

Imam Jaafar menyimpulkan asas-asas yang merupakan kriteria yang terbaik mengenai ru'yah Allah, antaranya:

  1. kesempurnaan penglihatan manusia
  2. mestilah berhadapat antara satu sama lain
  3. objek penglihatan adalah tidak terlalu dekat
  4. objek penglihatan juga tidak terlalu jauh
  5. tidak ada sesuatu halangan yang merosakkan sesuatu objek untuk dilihat
  6. arca objek tidak terlalu halus seperti udara
  7. gambaran objek nampak sejelas-jelasnya.
  8. objek penglihatan mestilah berupa cahaya, sinaran atau warna.

Ditinjau daripada pensyaratan Imam Jaafar ini, ada terselit sesuatu bentuk maklumat berkenaan ru'yah Allah. Maklumat yang dimaksudkan iaitu adalah Allah Taala tidak ada sebarang bentuk gambaran yang membolehkan manusia melihatNya sama ada di dunia ataupun diakhirat.

Walaupun penglihatan seseorang itu sempurna namun konsep"melihat" yang hakiki mestilah berhadapan di antara satu sama lain. Sekiranya Allah Taala memperlihatkan diriNya bererti Allah Taala mempunyai bentuk bahkan akan mnyerupai makluk ciptaanNya. Hal sebegini menurut Iman Jaafar adalah mustahil bagi Allah Taala, buktinya : ليس كمثله شئ

Iman Jaafar seterusnya berpendapat bahawa pengertian ru'yah Allah merupakan satu fenomena yang tepat dan sesuai dengan prinsip kesucian Allah Taala. Peristiwa ini dibuktikan menerusi peristiwa yang berlaku di atas permintaan Nabi Musa untuk melihat Allah.

Merujuk kepada ayat al-quran yang menceritakan permintaan Nabi Musa untuk melihat Allah , imam Jaafar membuat beberapa kesimpulan antaranya:
  • Allah Taala tidak dapat dilihat berdasarkan firmanya "sesekali kamu tidak dapat melihatKu".
  • Allah Taala mengaitkan "penglihatan" dengan perkara yang mustahil iaitu "sekiranya bukit itu tetap". Walau bagaimanapun ianya menjadi hancur. perkara ini membuktikan bahawa Nabi Musa sendiri tidak dapat melihat Allah Taala.
  • Permintaan Nabi Musa tersebut disebabkan oleh desakan kaumnya untuk beriman kepada Nabi Musa seandainya mereka dapat melihat Allah Taala, dalilnya surah al-Nisa' :153

Meskipun Imam Jaafar dengan tegas menafikan ru'yah Allah dengan mata kasar namun beliau juga berpendapat bahawa Allah Taala dapat dilihat. Penglihatan yang dimaksudkan olehnya ialah melihat dengan mata hati. Hakikat tersebut dapat dinikmati oleh orang-orang mukmin dalam erti kata mempunyai keimanan yang sejati terhadap rububiyyah dan uluhiyyah disamping keadaan hati mereka bebas daripada hawa nafsu.

Penegasan beliau semata-mata untuk mengelakkan Allah Taala mempunyai bentuk sekaligus menyesatkan seseorang untuk mengenali Allah.



Rujukan: Imam Ja'far As-Sadiq Pemikirannya Tentang Konsep Ketuhanan oleh Dr. Ahmad Zuhdi Ismail





0 ulasan:

Catat Ulasan