Memaparkan catatan dengan label halamanku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label halamanku. Papar semua catatan

Ahad, 3 Julai 2011

Salam Rindu

Lama sungguh aku tinggalkan laman ni. Bila rindu begini, penuh sudah dengan sawang-sawang. Lama-lama sekali datang untuk 'membersih'kan laman ini suatu yang menyeronokkan juga. Tersenyum sendiri.

Aku kini sedang berpraktikum di SAM Jeram,Kuala Selangor. Mengira hari untuk menghabiskan praktikum ini. Kini sudah masuk minggu ke lapan, hanya tinggal lagi 2 minggu untuk aku habiskan praktikum ini yang memakan masa 10 minggu.Ohho, gumbiranya hati ini.

Aku tidak tahu SAMJeram ini perhentianku yang ke berapa dalam hidup ini. Yang pasti banyak lagi perhentian-perhentian yang bakal ku lalui sendiri tanpa rakan-rakanku disisi. Mula bermemasuki sekolah ini sebagai guru praktikum merupakan pengalamanku yang pertama dalam mengenal masyarakat.

Apabila aku telah menghabiskan lebih kurang 6 minggu di sekolah ini, pelbagai ragam manusia aku temui. Tapi dalam pelbagai ragam manusia itu, kebanyakkan tidak mencuit hati ku kerana ragam mereka lebih kurang sama dengan pengetahuan sedia ada ku. Hanya satu yang mengalihkan perhatian ku kepadanya, kepada seorang ustaz. Bagi ku dia seorang yang pelik, tak pernah aku terfikir yang aku bakal bertemu dengan orang sebegini.

Seorang yang sentiasa berada di dalam dunianya sahaja.Mungkin juga dia tidak suka berbual kosong kerana kebanyakkan guru suka bersenda dan bercanda, dia sebaliknya pula. Apabila kami sebuk tahap 'melampau'dalam menngerjakan sesuatu perkara, dia tiada perasaan pun, dia sedang sedap, selesa dan berbahagia menguyah nasi sarapan paginya dalam bilik guru.Ohh, Tuhan.

Tapi apabila aku teringat ketika Program LADAP bersama guru-guru SAMJ pada hari Sabtu yang lepas, aku rasa dia seorang ahli pemikir yang hebat.Kenapa? penceramah yang dihantar khas oleh PPD Kuala Selangor ke SAMJ untuk memberi motivasi kepada para pendidik, lebih cenderung bagaimana untuk mengenali manusia dalam bentuk nombor, aku rasa pengisian itu amat menarik perhatiannya.

Ketika sesi soal jawab, banyak soalan yang diajukan. Di situ aku simpulkan bahawa senyap dan pendiamnya bertempat mungkin.Tapi....adakah ianya sebagai alasan untuk menolak kewujudan manusia lain dalam sistem sosial kehidupan?

Hati kering tak kisah siapa di sebelah atau bercakap mengenai apa, sebuk dengan apa, 'i with my job'..aku rasa ustaz tu begitu kot. Apa-apa pun, dia adalah seorang yang berjaya dalam pelajaran kerana dapat menamatkan tempoh pengajiannya di Mesir dengan tempoh masa yang ditetapkan. Ianya bukan suatu yang mudah dilakukan kerana ramai lagi rakyat Malaysia yang tersadai disana, tak pulang-pulang kerana tak dapat menghabiskan pengajian mereka.

Semoga dia mendapat seorang isteri yang solehah, memahami dan sama sepadan dengannya. Ustaz hati kering,;))))).....

Rabu, 13 April 2011

TERBAIK ITU PENTING !! REDHA

Sekarang di Seksyen Peperiksaan UM. Lebih seminggu aku menunggu untuk mendapatkan transkrip yang dijanjikan. Katanya bayar RM10 dalam tempoh seminggu tuan/puan akan dapat transkrip yang diminta. Sabar, sabar,sabar...

Aku mula berfikir dalam menunggu transkrip ini 'datang'. Kata kawan ku si Rusydi yang sama-sama apply ke Qatar Universiti, nak uruskan borang ini sahaja banyak menelan perbelanjaan. Ini belum lagi comform dapat ke tak masuk ke QU.

So hopefully dapat yang terbaik dariNya. Kalau keberadaan aku di sini lebih baik dari di sana, harapnya di sini lah. Yang terbaik itu penting agar kesejahteraan berterusan. Dan antara faktor penting yang lain mudah-mudahan aku redha dalam setiap apa yang berlaku walaupun keinginan yang kuat untuk menjelajah dunia itu masih tersemat dalam hati dan naluri ini.

TERBAIK ITU PENTING!!REDHA

Jumaat, 8 April 2011

Impian itu menyakitkan



Aku banyak impian dan minpi-minpi indah. Ibaratnya aku punya dunia ini. Kalau aku ada pilihan, aku akan mengembara seperti Arai dan Ikal, impian mereka menjadi nyata apabila dapat mengembara ke seluruh Eropah dan separuh Afrika. Sememangnya mereka bermimpi untuk menjelajah Eropah dan Afrika akhirnya mimpi mereka menjadi nyata tapi siapa tahu. Mereka kanak-kanak di pinggir bandar yang hanya mampu bermimpi tapi itulah kejayaan sebuah impian yang penuh keazaman. Itu lah kisah Edensor.

Dan aku? Hingga saat ini masih bermimpi. Bagaimana untuk menjelajah bumi ini jika masih banyak kurangnya. Tapi apa yang pasti kata-kata hikmah Arai ini yang ku pegang

"Ini adalah keseronokan terbesar yang hanya mungkin dicapai oleh mereka yang berani bermimpi, berani keluar dari cengkerang siputnya, untuk menemukan jawapan pertanyaan ke atas dirinya".

Impian itu menyakitkan.

Khamis, 7 April 2011

Kawan

Saat ini aku perlukan kawan. Kawan yang mendokong impian ku, mendengar mimpiku, merealisasikannya sebelum ianya menjadi realiti atau hanya fantasi.

Isnin, 24 Januari 2011

Cuba teka..

1) Banyak-banyak bas, bas apa yang
pandai

2) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

3) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

4) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

5) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

6) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

7)Bagaimana nak bezakan ikan betina
ngan ikan jantan



Jawapannye.. ....

1) Bas sekolah lah, the only bas
pegi sekolah
2) MILO AIS
3) Sebab kalau dia angkat dua kaki,
dia jatuh. sebab tulah dia angkat
sebelah aje.
4) Semut yang matanya BENGKAK
5) Motorsikal.. ....sebab dia pakai tongkat
6) kambing binATANG
7)Ikan betina - ikan duyung, ikan
jantan - ikan bakar, mana ada
pompuan
nama BAKAR

Ahad, 9 Januari 2011

Berdoa

Walaupun agak mustahil, aku tetap menaruh harapan dan mengimpikan akan menamatkan pengajian dengan pointer anugerah dekan. Berdoa keajaiban akan berlaku (saja nak bagi sedap hati,huahuahua);)

Ahad, 21 November 2010

Rayaku Aidiladha..

hari tu aku beli tiket untuk balik ke kampung, ikutkan hati nak balik lambat sikit, ye la exam pun dah dekat, so kena la membaca sedikit buat bekalan sempena di rumah.tapi bila adikku menyuruh cepat balik, katanya "mak asyik tunggu kak ti je" maka esoknya terus aku beli tiket untuk pulang ke kampung disebelah malamnya .

sejak kakakku kawin, mak asyik sakit je, bermula pada hari kenduri mak tenat sebenarnya tapi dia buat macam tak ada apa yang berlaku, selepas beberapa hari baru aku tahu rupanya sakit yang ditanggung mak dah masuk 25 tahun. kalaulah aku tak sakit juga pada hari tu, aku rasa hingga hari ini pun aku tak tahu penyakit tu. Sakit mak masih berterusan tapi bukan lagi sakit yang dulu tapi sakit 'hilang' anak seorang, dilepas pergi ke Melaka. aku pun tak tahu bagaimana nak merawat penyakit ini.

sampainya aku di negeri ku sekitar jam 5.30pagi. rupanya mak dah tunggu lama dalam kereta. terkejut juga adik ikut sekali pagi-pagi ni. Selama yang aku kenal adik aku, dia payah sungguh nak bangun pagi-pagi, dia tidur di belakang. kehairanan aku terjawab apabila mak memberitahu bahawa adik risau mak keluar sorang-sorang.alhamdulillah, moga-moga keprihatinannya hingga akhir hayat mak masih seperti ini.

siangnya adik beritahuku bahawa pak long masuk hospital putera medical center (PMC) dekat alor setar. dah tiga hari kat sana. mak long dan tok ada bersama menjaga pak long. mak long tak ada anak, maka tok lah kawan setia mak long 'berjaga' bersama.

hari pertama aku melawat, aku bawakan nasi untuk mak long dan tok. terfikir juga nak bawa makanan untuk pak long tapi aku tak tahu apa yang dimakannya dan apa yang tidak boleh dimakan. maka aku putuskan untuk 'penjaga' setia dahulu bekalan ini dibuat. buat pak long mungkin kali kedua.

sampainya aku di PMC sekitar pukul 5.00 petang. Ada beberapa orang yang berjaga,.K.Tina, mak long, tok dan kakak sulung aku. aku pun tunjukkan nasi yang dibawa,senyum mereka. rupa-rupa mereka agak lama menunggu aku bawakan nasi.ye la PMC tu hospital swasta, cina yang punya. maka kawasan sekitarnya banyak gerai makanan cina. payah juga untuk dapatkan makan masakan melayu sekitar kawasan tersebut. barulah aku faham bahawa kali yang lain aku perlu datang lebih awal.

tibanya aku di katil pak long, aku lihatnya sedang berjaga, maka aku tundukkan kepala sedikit tanda aku datang melawatnya. tetiba dia menangis sambil memanggil aku, katanya sambil menangis "Ti, doakan aku, aku sakit...". aku pun tumpang sedih, pengharapan yang besar untuk melihatnya kembali sihat. kataku " tak pe pak long, nanti Dik Ti doakan pak long,nanti pak long sihatlah".

Dalam pukul 8.30 malam aku perlu pulang untuk mengambil ibuku yang akan pulang dari kerjanya. pulangnya sekitar 9.30. aku mengambil masa agak panjang untuk pulang ke rumah memandangkan jalan-jalan di kedah agak teruk jalannya, baru lepas dilanda banjir, beginilah keadaannya.

9.25 malam, keluarlah sekumpulan pekerja petang jabatan penjara malaysia pokok sena, agak 5 minit baru ibuku muncul. dah tua jalan pun agak lambat dari yang lain. ianya bukan salah diri tapi adat umur manusianya begini.

sesampai di rumah, aku perlu memasak untuk ibu ku yang baru pulang.sekarang pun dia dah kurang selera makan, kalaulah dah tak makan langsung lagi sakitlah ibu ku ini. beberapa jenis lauk aku jadikan hidangan makan malam pada malam itu. ibuku hanya menjamah beberapa suapan sahaja, baki nasinya lagi dimasukkan dalam pingganku, itulah adatnya setiap hari apabila makan nasi. setelah itu, aku buatkan susu untuknya dengan harapan terisi perutnya dan boleh merawat sakit-sakit ototnya.

hari-hari yang datang beginilah rutinku,masakkan nasi untuk 'penjaga' hospital dan untuk ibuku di rumah dan makanan sampingan utk pak longku. dua hari sebelum raya Aidiladha, pak long ku dibenarkan pulang, dari awal katanya dia nak tinggal di rumah kebunnya di pokok sena. dekatlah denga rumahku,rumah asalnya di Pulau Pinang. maka dibawanya ke rumah tersebut. dua hari aku tak melawatnya. walaupun dia tak boleh sudah berjalan tetapi aku berasa lapang kerna dia sudah di rumah. aku fikir kesihatannya sedikit baik. dia mula minta macam-macam untuk dimakan. mak longku layan sahaja semua permintaannya walaupun kadang-kadang tak masuk akal permintaannya.

malam raya Aidiladha,aku dapat satu masej, kakak sulungku kata pak long dimasukkan balik ke hospital, hospital Kuala Nerang. maka raya ku esoknya semestinya di hospital Kuala Nerang. walaupun raya kali ini di hospital, aku tak kisah asalkan dapat bertemu sanak saudara. cuma di sebelah petangnya aku singgah di beberapa buah rumah untuk berziarah. orang-orang yang dianggap penting saudara sebelah ayah.

sampainya kami di rumah sudah masuk waktu maghrib. selesai solat. aku sambung beberapa kerja rumah. dalam pukul 12 lebih baru aku masuk tidur.

terjaga aku dari tidur, ada panggilan masuk di handset mak 2.15 pagi. panggilan itu hanya beberapa minit, tetapi aku menunggu hingga mak habis bercakap kerana nada terkejut mak membuatkan aku kehairanan. sesudah itu,kata mak " pak long dah meninggal!". terlopong aku, dengan segera adik ku yang sedang tidur dikejutkan, kami bertiga bersiap sepantas mungkin menuju ke kereta.

aku memandu kereta merentas kabus-kabus pagi, sungguh tebal kabus. ye la jalannya dikelilingi hutan sepanjang jalan. takut juga aku, kereta yang berselesih pun hanya 2 atau 3 buah sahaja sepanjang perjalanan. mulutku berkumat kamit membaca ayat kursi biar perjalanan ini selamat.

dalam pukul 3.00pagi, kami sampai di hospital. selepas berbincang sedikit dengan makcikku yang turut sama di hospital dan mak longku, mak bergegas pulang ke rumah mak long untuk siapkan tempat agar apabila 'pak long'ku sampai, sudah tersedia tempat untuknya.

tinggal aku bersama adik turut serta bersama golong-golong yang berbaki ini menunggu segala proses selesai. sekitar jam 4 lebih 'pak long' dibawa pulang ke rumah. sesampai dirumah, banyak benda yang perlu diuruskan. memandangkan rumah aku paling dekat dengan rumah mak long, maka segala peralatan yang perlu diambil sahaja di rumahku. dan ibaratnya aku sebagai ajk pengangkutan.

pak long ditanam selepas zohor, aku diberitahu masjid-masjid yang ada sebuk melakukan korban. maka proses 'menyimpan' terpaksa dilakukan selepas zohor.itulah hari terakhir aku bertemu pak long. rayaku aidiladha dengan sebuah kematian. kematian yang menimbulkan kesedaran bahawa aku juga bakal menyusul.

teringat aku waktu zaman kanak-kanak, aku menjalani 'kehidupan' derita di rumahnya. sewaktu cuti sekolah akhir tahun aku ditempatkan di rumah pak long untuk belajar mengaji al-Quran. hanya aku seorang sahaja, adik dan kakakku tak mahu katanya.aku terlupa berapa lama aku di sana yang pasti aku mengaji al-Quran 5 kali setiap hari selepas selesai menunaikan solat. setiap kali mengaji al-Quran aku akan menangis. pak long sangat garang, hingga aku sangat benci padanya waktu itu. terpaksa aku melalui hari-hariku di rumahnya dengan tagisan kerana tiada orang yang akan mengambil ku sehingga pak long sendirilah yang akan hantar ku pulang ke rumah.

tetapi sekarang dengan berkat dia mengajar aku mengaji, aku boleh membaca al-Quran dengan lancar. yang penting aku tahu bahawa tindakan sepertinya sangat dituntut pada zaman sekarang. semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.amin.

Ahad, 3 Oktober 2010

rehlah ilmu...

hari ini bersiar-siar dengan ust hamzah dan kawan-kawan yang lain di mid velly,belajar bahasa arab...nama buah-buahan, sayur-sayuran, dan benda-benda lain.bertambah sedikit ilmu di hujung minggu ni. hampir 2 jam setengah kami bersiar-siar sambil belajar.hajat ust ingin sampai ke petang bersiar di mid velly bersama kami tapi tak kesampaian, kawan ust baru datang dari jordan dan berhajat nak makan tengah hari bersama. maka kami tak dapat bersiar-siar lama. sampai pukul 1, ust hamzah bawa kami semua pergi minum. katanya dia ingin belanja kami makan tengah hari tapi tak dapat hari ini mungkin lain kali. maka kami minum-minum sahaja di dunkin donnut.sampai pukul satu, ust pun minta untuk beredar.sampai di sini sahaja perjalanan kami pada hari ini.

setelah ustaz beredar. kami berbual-bual sebentar. ada satu perkara yang benar-benar menarik perhatianku. salah seorang dari kawanku ditawarkan ke syiria untuk rehlah sambil belajar. alhamdulillah, seronoknya...katanya, akademi pengajian islam callnya mempelawa dia pergi ke sana. bersyukur sangat-sangat katanya. sememangnya dia sangat berhajat ke sana, sambungnya lagi tak sangka dia di pelawa,aku tumpang bersyukur...alhamdulillah,rezeki Allah sangat luas, Maha Pemurah Allah,hanya tunggu hambanya sahaja untuk bersyukur.firman Allah dalam kitabnya:

أولم يعلموا أن الله يبسط الرزق لمن يشاء ويقدر إن في ذلك لآيات لقوم يؤمنون

dalil ini besar untuk di sematkan dalam fikiran setiap muslim agar kita tidak kufur dan lupa bahawa Allah Maha Berkehendak.

ianya juga nasihat dan tarbiyah untuk diri ini dan kita semua, rezeki kita belum sampai lagi untuk kita ke sana. tapi besar hajat di hati ku agar dapat juga untuk ke sana. walaupun bukan kali ini, mungkin untuk kali yang lain dengan izin Allah. insyaAllah..

semoga Allah mudahkan perjalanannya ke sana bersama orang-orang yang bertuah yang lain.aaamiin..

aku juga menunggu rezekiku dan kawan-kawan yang lain...

Rabu, 25 Ogos 2010

impian sang pemimpi

Dah lama tak buka, payah pulak kali ni nak masuk...alhamdulillah akhirnya dapat juga melepasi sekatan-sekatan dalam jaringan ni. sejak akhir-akhir ini, aku asyik memikirkan masa hadapan, apa yang perlu aku rancangkan. bila dah lama berfikir aku putuskan aku akan membuat perkara-perkara dibawah :

24 tahun(bulan 8)- aku akan konvokesyen, mendapat segulung ijazah pendidikan yang akan melayakkan aku menjadi seorang guru di negara malaysia ini.

24 tahun (bulan 9)- aku akan berangkat ke syiria selama 3 bulan untuk menuntut ilmu bahasa arab agar aku dapat membaca kitab-kitab agama karangan ulama-ulama muktabar.

25 tahun (awal tahun)- aku akan dipostingkan ke tempat mengajar. insyaAllah aku akan pergi ke Sabah, kerana di sana banyak unsur alam masih lagi dijaga. aku ingin ingin mendengar kicauan burung, melihat pohon-pohon rendang, merasai kabus-kabus lembut dan merasai nyamannya embun pagi.

26 tahun (awal tahun)-aku akan berkahwin.dalam umur yang sama insyaAllah aku ingin sekali pergi menunaikan haji @ umrah

27 tahun(awal tahun)- aku akan sambung pelajaran ku diperingkat yang lebih tinggi. klau cukup kekuatan ku ketika itu, aku ingin sekali untuk melibatkan diri dalam jabatan akidah. mengkaji pemikiran-pemikiran manusia di dunia ini.

dan seterusnya hingga aku mati, tugas ku adalah untuk mencari ilmu dan beramal dengannya, insyaAllah....

inilah hasil setelah aku memerah otak untuk menghasilkan perancangan yang agak menghampiri realiti kehidupan.

tapi nun jauh di sudut hatiku, aku menaruh harapan besar untuk mengelilingi dunia, menjalani kehidupan di negara orang, melihat bagaimana berbezanya kemiskinan di negara sendiri dan di negera orang. aku ingin melihat dan merasai perasaannya. agar sifat tawadu' dan kehambaan dapat ku pupuk dalam diri ini. melalui tempat-tempat kaum-kaum dan umat-umat terdahulu, melalui tinggalan-tinggalan para ambiya',sekaligus mengambil iktibar atas perasaan dan penglihatan tersebut.firman Allah taala dalam kitabnya :

قُلْ سِيرُوا فِي الأرْضِ ثُمَّ انْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

Maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang Yang mendustakan (Rasul-rasul) itu."(al-An'am: 11)

oleh sebab ini jugalah aku mempelajari bahasa arab agar aku dapat membaca karangan-krangan ulama' berkenaan sejarah dan sirah Rasulullah s.a.w.. dan aku juga seringkali membelek-belek naskah sejarah agar aku tahu apakah yang telah berlalu dan berlaku di sesuatu tempat tersebut.

setakat ini ianya adalah impian mencari hidayah Allah melalui penjelajahan, sejauhmana pencapaian impian ini, aku sendiri jua tidak pasti. kata hati ingin sekali aku menjelajah ke seluruh dataran bumi ini, mencari, menggali khazah lampau lalu ku akan tinggalkan kerjayaku sbg seorang guru kerna bukan niatku sebagai pendidik tetapi menjadi seornag pencari ilmu. tapi apakah lantas aku mencari ilmu dan menjelajah tanpa sebarang bekalan wang di sisi.

ini hanya impian, ntah bila ianya akan berhasil aku juga tidak pasti. aku hanya mampu untuk bermimpi.

aku hanya berserah kepada Tuhan Yang Maha Esa, aku mengharap yang terbaik darisisinya. moga aku juga tergolong di dalam golongan yang beriman dan beramal soleh.amiiin.

Sabtu, 24 April 2010

Aku tertipu

Ntah la nak mula bagaimana, yang pasti aku dah kena tipu mati-mati, xsangka kak wati sanggup buat aku macam tu, aku layan dia macam sahabat, ape yang dia nak insyaAllah aku tunaikan tp xsangka begini balasan yang dia bagi atas segala budi yang aku curahkan.

klau ikutkan memang akhir sem ni habislah khidmat dia kat terulung niaga. bape kali dia cakap nak berhenti, aku katakan "skit je lagi, habis bulan 4 ni je, lepas tu pergi la kemana akak nak pergi". tak sampai penghujung bulan empat, seminggu lagi tempoh dia kerja, dia agak buat peragai. aku ingt lagi har isnin 12.4.2010, waktu tu tengah hari, dia mengadu" izzati, xde orang la, boring.." aku katakan" xpe la, buka je la kedai, k.wati jaga je, gajikan zati dah bayar", dia pon senyum-senyum kambing, aku cuma ingatkan dia balik yang dia telah pinjam duit kedai minggu lepas, gantinya dia perlu bayar dengan khidmatnya jaga kedai.

hari selasanya dia xbuka kedai,aku datang dalam kul 10pagi, bengang sangat, call xangat, masej xberjawab, ust najib duk provok aku, tersangat bengang, aku dah geram sgt, cuma jaga mulut agar xterlepas ape-ape yang buruk je. pukul 2ptg baru dia msg aku dia kata mak mertua dia sakit, dia terpaksa balik sg. buloh, dia mintak maaf coz terlupa nak msg, bila baca tu aku dah tenang skit, so dia kata esok dia akan datang buka kedai. bila esoknya kebetulan aku p Bangi, esok tu aku minta dia msg aku time masuk n balik, senang aku aku nak tengok waktu kerjanya. rupanya dia balik awal tu pon aku yang msg dia tanya balik pukul berapa. dia cakap lagi, dia minta maaf mak mentuanya sakit kena rawat kat hospital Singapore, so dia terpaksa ke sana. rupanya hari tu lah hari akhir dia bekerja. time tu aku dah muak coz dia rajin sangat minta maaf, tp rajin juga buat benda yang sama.

sedih bila memikirkannya. beberapa hari kemudian ada orang cari aku katanya nak ambil baju yang dah ditempah kat kedai. so aku pon buka la kedai, dia cari bajunya manakala aku pon cari la senarai nama-nama orang yang tempah baju tersebut. lama jugak aku mencari tp xde ape yang aku jumpa, buku-buku catatan yang diconteng-conteng, sedih..ape yang mampu aku jawab kat diorang, aku katakan kat diorang senarai tu aku xtahu, boleh x tunggu next sem, mungkin kak wati dah datang so boleh la tanya dia..budak-budak tu macam xnak je tp atas sebab aku pon xtahu nak buat mcm mana so terpaksa la diaorang akur.

satu petang tu,kebetulan kakak yang kerja kat kedai fotostat tu melepak kat satu bangku, aku pon tumpang sekaki la dengan satu matlamat nak korek pasal k.wati tu. yang jadi ceritanya, rupanya kak wati tu satu kampung dengan kak dewi ni, Kerinchi indonesia. tipah tertipu, mati-mati dia cakap dia orang Sabah, so kak dewi tu cakap lagi, pegi la chek kat rumah dia mana tahu dia ada kat rumah. k.dewi asyik desak aku je pegi cek umah dia, so petang tu juga aku terus ke rumah dia, sambil tengok jam aku pikir sempat kot aku balik masak ganti c irnawati ni, dia ni sorang lagi asyik menghilang je..

so sampai la aku kat rumah flat ni, aku xpernah jejak kaki kat rumah kak wati ni, seingat aku yang dia cerita dia sewa bilik je, dalam bilik tu ada anak dua orang, suaminya n dia, baki bilik yang lain tu sepupu dia semua laki2 katanya, so mula-mula aku pergi tanya kat kedai runcit, k.wati ni rajin cite jgk pasal kedai runcit ni, so tanya la skit2 kat mak cik kedai ni, tp xbanyak yang membantu, so aku putuskan naik je flat ni kot2 terserempak dengan dia ke, mana tahukan..aku teka je naik tingkat 8, seingat aku dia pernah kata dia tinggal di tingkat 8, bila sampai tingkat 8 xtau nak cari rumah mana satu, aku cuba ketuk sebuah rumah ni, tp xberjawab, so cuba pula rumah sebelah, alhamdulillah ada orang, lebih kurang dalam 5 minit jugak la baru la muncul tuan rumahnya, aku pon bagi la gambaran skit orang yang aku cari ni, randah, badan sedap2 sikit, orang indon tinggal di kerinchi, indon.

mungkin dia ragu-ragu dengan aku, masih xpercaya walaupon tudung yang aku pakai ni labuh paras pinggang masih xmenunjukkan yang aku ni orang baik,aku xkisah pon tp bantuan darinya amat membantu.aku pon menuju ke rumah yang dimaksudkan. bila ditanya-tanya rupanya memang kak wati ni sewa bilik tp bukan dengan sepupu-sepupu lekaki tp dengan sebuah family.lagi kata mak cik tu, dia balik kg, aku kata sg. buluh ke?dia kata bukan,naik kapal balik kg, wati kata bos dia bagi cuti dua bulan, so baru la aku faham bahawa dia balik indonesia bukannya singapore dan bukan juga mak mentua dia sakit perlu buat rawatan.

bila aku chek2 balik, banyak benda yang aku ditipu sebenarnya, patut la duit kedai xpernah yang cukup, jual air rm1000 dapatnya mesti kurang, duit plak habis bayar hutang je, bila aku muhasabah balik, rupanya aku begini kerna aku xbersunguh-sungguh menggalas amanah diberi. sedih mengenangkan amanah ni, macam mana aku nak tebus balik? aku xtahu, hutang-hutang yang masih berbaki, adakah lagi daya ku untuk menghilang beban hutang ni?

Ahad, 18 April 2010

My Dream...

aku terdampar sepi
di pentas lautan membiru
di malam sunyi
hanya angin dan ombak
kian hangat bermain bersama

aku disini..
ditemani sejuk yg tiada sudah
gigil ku tiada yg nampak
aku terus terkapai sendiri
mencari jalan pulang

aku ingin kesana
nun jauh di sana
anggap ku sebuah hentian
di tgh dataran membiru

aku nampak jalannya
aku tahu tuju ku
aku cuba
aku terus cuba
agar aku dapat sampai ke sana

namun ku tahu
masih ada Yang Maha Besar
melihat daku di sini
berenang melintasi satu sempadan yg luas
hati ku hanya ada Dia
aku hanya berusaha
hanya Dia Maha Berkuasa

dan harapan ku masih sama
agar dapat sampai ke sana

Jumaat, 12 Mac 2010

Itu pilihan ku


Hari ni senarai nama pelajar yang akan ke Timur Tengah telah keluar. Salah satu nama yang tercatit nama aku.gembira ka aku?sememangnya impian ku untuk ke sana buat kali ke dua memang ada,mimpi ku untuk keliling dunia xpernah luput, dunia ku dunia arab. dunia tinggalan sejarah para nabi, tempat yang melakar peristiwa penting dalam sejarah islam.aku ingin mengutip ilmu bahasa. bahasa aku bahasa arab.melalui bahasalah segala ilmu berkembang.jatuhnya empayar islam kerna bahasa, bangunnya Eropah dari gelapnya dunia adalah bahasa.

Tapi masih adakah lagi peluang ku untuk ke sana buat kali kedua,mimpi ku di sana meraih ilmu bertutur lantas dapat membaca. peluang untuk ke sana akan tercapai jika aku di beri peluang tanpa sebarang bayaran lagaknya seperti orang-orang yang dapat tuah. jika tuah itu bukan milik ku hanya pada Allah aku berserah dan menadah agar aku menjadi hamba yg redha dengan ketentuanNya. kenyataan yang perlu ku akui tuah itu bukan milik ku.

Ngandu ku hanya pada Tuhan, aku yakin setiap pengaduanku diperhatikan dan setiap yang aku dapat adalah yang terbaik dari sisiNya. aku jua pohon agar aku dapat meraih hikmahNya, , tergolong dikalangan orang-orang yang berilmu, agar ilmu itu menjadikan aku dekat dengan Tuhan ku.

Moga peluang ku untuk menadah ilmu di bumi ambia' tercapai dan ilmu itu menjadi pedoman buat ku. Qatar/Bairut tunggu aku, aku pasti sampai ke sana!!...v

Khamis, 25 Februari 2010

kembali untuk kali ke-2

emmmm,ini blog keduaku, harapnya semua berjalan lanjar. dulu asyik masalah xleh nak signin, sekarang harap-harap xberlaku benda yang sama dan doaku juga agar gaya penulisanku semakin baik.ini adalah latihan untuk masa hadapan dan untuk masa depanku,...good luck for me