hari tu aku beli tiket untuk balik ke kampung, ikutkan hati nak balik lambat sikit, ye la exam pun dah dekat, so kena la membaca sedikit buat bekalan sempena di rumah.tapi bila adikku menyuruh cepat balik, katanya "mak asyik tunggu kak ti je" maka esoknya terus aku beli tiket untuk pulang ke kampung disebelah malamnya .
sejak kakakku kawin, mak asyik sakit je, bermula pada hari kenduri mak tenat sebenarnya tapi dia buat macam tak ada apa yang berlaku, selepas beberapa hari baru aku tahu rupanya sakit yang ditanggung mak dah masuk 25 tahun. kalaulah aku tak sakit juga pada hari tu, aku rasa hingga hari ini pun aku tak tahu penyakit tu. Sakit mak masih berterusan tapi bukan lagi sakit yang dulu tapi sakit 'hilang' anak seorang, dilepas pergi ke Melaka. aku pun tak tahu bagaimana nak merawat penyakit ini.
sampainya aku di negeri ku sekitar jam 5.30pagi. rupanya mak dah tunggu lama dalam kereta. terkejut juga adik ikut sekali pagi-pagi ni. Selama yang aku kenal adik aku, dia payah sungguh nak bangun pagi-pagi, dia tidur di belakang. kehairanan aku terjawab apabila mak memberitahu bahawa adik risau mak keluar sorang-sorang.alhamdulillah, moga-moga keprihatinannya hingga akhir hayat mak masih seperti ini.
siangnya adik beritahuku bahawa pak long masuk hospital putera medical center (PMC) dekat alor setar. dah tiga hari kat sana. mak long dan tok ada bersama menjaga pak long. mak long tak ada anak, maka tok lah kawan setia mak long 'berjaga' bersama.
hari pertama aku melawat, aku bawakan nasi untuk mak long dan tok. terfikir juga nak bawa makanan untuk pak long tapi aku tak tahu apa yang dimakannya dan apa yang tidak boleh dimakan. maka aku putuskan untuk 'penjaga' setia dahulu bekalan ini dibuat. buat pak long mungkin kali kedua.
sampainya aku di PMC sekitar pukul 5.00 petang. Ada beberapa orang yang berjaga,.K.Tina, mak long, tok dan kakak sulung aku. aku pun tunjukkan nasi yang dibawa,senyum mereka. rupa-rupa mereka agak lama menunggu aku bawakan nasi.ye la PMC tu hospital swasta, cina yang punya. maka kawasan sekitarnya banyak gerai makanan cina. payah juga untuk dapatkan makan masakan melayu sekitar kawasan tersebut. barulah aku faham bahawa kali yang lain aku perlu datang lebih awal.
tibanya aku di katil pak long, aku lihatnya sedang berjaga, maka aku tundukkan kepala sedikit tanda aku datang melawatnya. tetiba dia menangis sambil memanggil aku, katanya sambil menangis "Ti, doakan aku, aku sakit...". aku pun tumpang sedih, pengharapan yang besar untuk melihatnya kembali sihat. kataku " tak pe pak long, nanti Dik Ti doakan pak long,nanti pak long sihatlah".
Dalam pukul 8.30 malam aku perlu pulang untuk mengambil ibuku yang akan pulang dari kerjanya. pulangnya sekitar 9.30. aku mengambil masa agak panjang untuk pulang ke rumah memandangkan jalan-jalan di kedah agak teruk jalannya, baru lepas dilanda banjir, beginilah keadaannya.
9.25 malam, keluarlah sekumpulan pekerja petang jabatan penjara malaysia pokok sena, agak 5 minit baru ibuku muncul. dah tua jalan pun agak lambat dari yang lain. ianya bukan salah diri tapi adat umur manusianya begini.
sesampai di rumah, aku perlu memasak untuk ibu ku yang baru pulang.sekarang pun dia dah kurang selera makan, kalaulah dah tak makan langsung lagi sakitlah ibu ku ini. beberapa jenis lauk aku jadikan hidangan makan malam pada malam itu. ibuku hanya menjamah beberapa suapan sahaja, baki nasinya lagi dimasukkan dalam pingganku, itulah adatnya setiap hari apabila makan nasi. setelah itu, aku buatkan susu untuknya dengan harapan terisi perutnya dan boleh merawat sakit-sakit ototnya.
hari-hari yang datang beginilah rutinku,masakkan nasi untuk 'penjaga' hospital dan untuk ibuku di rumah dan makanan sampingan utk pak longku. dua hari sebelum raya Aidiladha, pak long ku dibenarkan pulang, dari awal katanya dia nak tinggal di rumah kebunnya di pokok sena. dekatlah denga rumahku,rumah asalnya di Pulau Pinang. maka dibawanya ke rumah tersebut. dua hari aku tak melawatnya. walaupun dia tak boleh sudah berjalan tetapi aku berasa lapang kerna dia sudah di rumah. aku fikir kesihatannya sedikit baik. dia mula minta macam-macam untuk dimakan. mak longku layan sahaja semua permintaannya walaupun kadang-kadang tak masuk akal permintaannya.
malam raya Aidiladha,aku dapat satu masej, kakak sulungku kata pak long dimasukkan balik ke hospital, hospital Kuala Nerang. maka raya ku esoknya semestinya di hospital Kuala Nerang. walaupun raya kali ini di hospital, aku tak kisah asalkan dapat bertemu sanak saudara. cuma di sebelah petangnya aku singgah di beberapa buah rumah untuk berziarah. orang-orang yang dianggap penting saudara sebelah ayah.
sampainya kami di rumah sudah masuk waktu maghrib. selesai solat. aku sambung beberapa kerja rumah. dalam pukul 12 lebih baru aku masuk tidur.
terjaga aku dari tidur, ada panggilan masuk di handset mak 2.15 pagi. panggilan itu hanya beberapa minit, tetapi aku menunggu hingga mak habis bercakap kerana nada terkejut mak membuatkan aku kehairanan. sesudah itu,kata mak " pak long dah meninggal!". terlopong aku, dengan segera adik ku yang sedang tidur dikejutkan, kami bertiga bersiap sepantas mungkin menuju ke kereta.
aku memandu kereta merentas kabus-kabus pagi, sungguh tebal kabus. ye la jalannya dikelilingi hutan sepanjang jalan. takut juga aku, kereta yang berselesih pun hanya 2 atau 3 buah sahaja sepanjang perjalanan. mulutku berkumat kamit membaca ayat kursi biar perjalanan ini selamat.
dalam pukul 3.00pagi, kami sampai di hospital. selepas berbincang sedikit dengan makcikku yang turut sama di hospital dan mak longku, mak bergegas pulang ke rumah mak long untuk siapkan tempat agar apabila 'pak long'ku sampai, sudah tersedia tempat untuknya.
tinggal aku bersama adik turut serta bersama golong-golong yang berbaki ini menunggu segala proses selesai. sekitar jam 4 lebih 'pak long' dibawa pulang ke rumah. sesampai dirumah, banyak benda yang perlu diuruskan. memandangkan rumah aku paling dekat dengan rumah mak long, maka segala peralatan yang perlu diambil sahaja di rumahku. dan ibaratnya aku sebagai ajk pengangkutan.
pak long ditanam selepas zohor, aku diberitahu masjid-masjid yang ada sebuk melakukan korban. maka proses 'menyimpan' terpaksa dilakukan selepas zohor.itulah hari terakhir aku bertemu pak long. rayaku aidiladha dengan sebuah kematian. kematian yang menimbulkan kesedaran bahawa aku juga bakal menyusul.
teringat aku waktu zaman kanak-kanak, aku menjalani 'kehidupan' derita di rumahnya. sewaktu cuti sekolah akhir tahun aku ditempatkan di rumah pak long untuk belajar mengaji al-Quran. hanya aku seorang sahaja, adik dan kakakku tak mahu katanya.aku terlupa berapa lama aku di sana yang pasti aku mengaji al-Quran 5 kali setiap hari selepas selesai menunaikan solat. setiap kali mengaji al-Quran aku akan menangis. pak long sangat garang, hingga aku sangat benci padanya waktu itu. terpaksa aku melalui hari-hariku di rumahnya dengan tagisan kerana tiada orang yang akan mengambil ku sehingga pak long sendirilah yang akan hantar ku pulang ke rumah.
tetapi sekarang dengan berkat dia mengajar aku mengaji, aku boleh membaca al-Quran dengan lancar. yang penting aku tahu bahawa tindakan sepertinya sangat dituntut pada zaman sekarang. semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.amin.
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan