seminggu lagi aku akan berangkat pulang, sedih pula nak meninggalkan bumi Qatar ni, walaupon di sini xsama dengan bumi oman, tp kedua-duanya ada kisah bahagia yg tersendiri. ada jugak terlintas di pikiran nak je tinggal di sini tp ingtkan ibu di kampung, angan-angan tu aku simpan jauh-jauh, mungkin di tempat lain aku kecap bahagia.
di sini aku dapat sebuah keluarga bahagia, ummi,abah, iffah, alia,amar,dan aiman. walaupon aku xpernah bersua muka dengan aiman dan amar,tp diorang tetap kluarga aku jua. alhamdulillah, aku dapat abah dan aku sayang abah. mulanya segan jgk coz aabh seorang yang senyap, dia cuma cakap perkara yang penting je n caranya sangat beradab. tp bila je kitaorang di sand dune, abah lah orang paling sporting, dia lah photografer kitaorang, dia sgt xkisah, sampaikan dia sanggup naik dua kali bukit pasir yang tinggi semata-mata untuk 'anak-anak' dia ni, siap action lagi, gerak pelahan dengan land cruiser dia, best sgt,asal berhenti dia, dia sedia je nak tangkap gambar. pastu siap buka lagi bumbung ketanya untuk kitaorang2 tangkap2 gambar dari atas, abah,moga kamu termasuk pengguni syurgaNya dan semg kamu menjadi doktor yg terbaik di dunia ni.aaamiin.
Qatar memang best, dan mem'best'nya lagi sbb ada ummi dan abah. orang Malaysia pon boleh tahan ramainya, asyik kenduri je hujung minggu tp ramai2 orang Malaysia di sini, smuanya kaya, kebanyakkan mereka kerja ngan QP (qatar petroleum,so biasa je kenduri tu,hehehe..
di sini pALING BEST dapat pergi sand dune, kata ummi kat dunia ni xsemua negara yang ada sahra' tu, ada sand dune, aku pon xtahu kebenarannya, tp setakat ni kejadian alam ciptaan Allah dalam dua negara ni aku dapat buat perbandingan serba sedikit. klau Oman, kawasannya penuh ngan berbatu hatta di bantar sekali pon, padang-padang kering, adalah berbatu2, gunung-gunung di sana adalah gunung-gunung batu, aku rasakan pada waktu itu aku sampai di suatu tempat yang aku rasakan kerdil di atas bumi ini, tambahan lagi ketika masuk ke kahfi hutah, batu di sebelah kita bukan calang-calang batu, batu yang berbentuk dan sangat besar.alhamdulillah aku diberi peluang untuk melihat ciptaNya di bumi Oman.
kina peluang diberi lagi untuk aku untuk melawat bumi Qatar, ye sgt berbeza kedua-duanya. di sini paling tinggi gunungnya adalah bukit pasir, dan bukit ni cuma ada kat sahra' je so semua nya disini adalah rata. tp tetap ada sesuatu yang lain, walaupon tanah disini rata tp permandanganya kabur, mungkin debu-debu pasir yang banyak menjadikan keadaan sebegini. dan yang paling mengkagumkan aku di sini adalah ketika aku di sand dune.
banyak benda berlaku di sahra'.kitaorang konvoi 10 jip, semuanya manis walaupon pahit, keta terlekat la, bape kali abah jadi 'penyelamat' sesuai sgt la abah keje sbg doktor.tarik keta-keta yang tenggelam dalam pasir. solat jumaat kat sahra' dekat dengan sumber air. sangat panas hampir lebih daripada 50 darjah celcius .kenangan yang manis apabila mendengar khutbah jumaat di bawah mentari yang terik. tetiba dalam xsedar, air mata ku mengalir ayat quraniah yang diterang dalam qutbahnya sngt mengena ketika itu, sungguh, cipta Tuhan manakah yang kamu dustakan!adakah kamu lihat bagaimana Allah ciptakan unta yang dapat bermusafir dalam jarak yang jauh di bawah panas terik,adalah kamu lihat bagaimana Allah tegakkan langit tanpa tiang, adakah kamu lihat bagaimana Allah hamparkan bumi......
mungkin aku akan sambung lagi pada kali yang lain, gambar dalam proses,maaf ye rakan-rakan,
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
3 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan