"kak ti , klau kak ti asyik macam ni, macam mana la duit tak habis, duit duk habis macam ni je la..."..."kak ti....."..."Apa!!!!" terus tersirap darah, geram bila memikirkan asyik ditegur je dari tadi gara-gara aku memesan ikan kerapu untuk santapan malam itu di sebuah restoran. aku ada juga memikirkan harganya tapi memandangkan bukan selalu makan begitu dengan emak sekali, jadi apa salahnya pesan makanan begini sekali sekala. mood malam tu terus hancur, bukan mood aku sahaja tp mood orang lain juga turut aku bawa. mana tidaknya, sekali aku tarik muka masam semua orang pening terutamanya emak.
tak senang dibuat. bila keadaan begini, terfikir pula aku, bagaimana orang di luar yang menghadapai masalah yang sama tp berlarutan hinggakan kadang-kadang memakan masa yang agak lama. teringat aku kisah kawan ku yang dihalau keluar dari rumah sewa gara-gara tidak puas hati tp didiamkan saja. hingga ke hari ini aku fikir mereka masih belum berbaik-baik lagi. kisah kak wan dengan saudara maranya. gara-gara si adik lari dari rumah saudara, timbul masalah yang sangat besar hingga kini tiada jalan penyelesaian. hatta melibatkan seluruh sanak saudara, dua keluarga bertekak yang berpunca dari si anak yang sudah lama menunggu masanya. Astaghfirullahal'azim...
tidakkah mereka tahu bahawasanya hidup ini menuntut pengorbanan. kadang-kadang kita berkorban dan sampai masanya kita terkorban. begitulah lumrah hidup. bagi mereka yang selalu mengingati hidup ini akan berakhir, mereka sentiasa memilih perkara yang terbaik antara dua perkara.sebaliknya bagi mereka seringkali lupa akan hari tersebut seringkali mengharapkan pengorbanan orang lain kepada mereka. kebanyakkan dari golongan ini mereka selalunya dihiasi dengan keegoan yang melampau. mengharap pengorbanan dari orang lain seperti perasaan, wang ringgit,sifat untuk menang dan sebagainya lagi. mereka menagih untuk menerima bukannya untuk memberi.
terputusnya sesuatu hubungan itu adakalanya berpunca dari perasaan amarah. marah yang yang lampau hinggakan hilang pertimbanagn rasional. apabila mulanya masalah tersebut belarutan, perasaan amarah pun hilang timbul pula perasaan ego. oleh itu, selama-lamanya perhubungan tersebut tidak mampu untuk diperbaiki.
setiap manusia normal mempunyai ego masing-masing,perkara ini memang diakui oleh para pengkaji. ego akan menjadi suatu perkara yang buruk apabila kita gagal membendungnya dengan kata lain kita gagal menghadapi hasutan syaitan. kita membiarkan musuh itu menguasai diri. kita mengikuti bisikan-bisikannya.akhirnya dia bergelak ketawa manakala kita merana sendirian. hilang sanak saudara, kawan handai, penolong-penolong yang seringkali menolong kita ketika susah, semuanya hilang dibawa arus keegoan sendiri. tetapi ketika itu kita masih percaya bahawa aku boleh hidup tanpa kamu.
memang betol, hidup seringkali berubah wajah, seringkali insan-insan yang terlibat dalam hidup kita bertukar wajah. tetapi bagaimana dengan halnya seruan Allah agar kita bersegera dalam kebaikan, menyeru kepada perkara baik dan mencegah perkara mungkar. adalah dengan memutuskan silatur rahim itu termasuk dalam perkara kebaikan dan memperbaiki hubungan itu termasuk dalam perkara mencegah kemungkaran. hal ini sangat bertentangan.
mari kita berfikir sejenak, kenapa Allah menciptakan akal berada di atas, di bahagian kepala manakala hati berada di bahagian tengah. Allah tidak akan menciptakan sesuatu perkara tanpa faedah atau sia-sia hatta tempat untuk meletakkannya juga merupakan perkara terbaik yang Allah putuskan. akal adalah kurnia Allah yang paling besar, yang berharga dan yang bernilai kepada manusia. dengan adanya akallah, manusia berbeza daripada binatang dan haiwan ternakan. hati pula adalah tempat bisikan-bisikan jahat dan baik. kedua-dua bisikan ini saling berperang untuk memperoleh kemenangan. jika bisikan jahat itu memperolehi kemenangan, maka seseorang itu akan cenderong kepada perbuatan kejahatan. di sinilah akal berfungsi, akal akan menilai, menapis, membuat analisis yang paling rasional untuk menghasilkan hasil yang terbaik. hal ini kerana manusia itu pada fitrahnya adalah mendorong kepada perkara-perkara kebaikan.
sangat tepatlah pepatah Melayu yang mengatakan " ikut hati mati, ikut rasa binasa". hati adalah lubuk hasutan,bertambah kuat hasutan, bertambah cenderong hati kepadanya. pepatah ini melarang sama sekali untuk bertindak secara tidak berfikir.
jika kita sedang marah, akal yang rasional tidak dapat berfungsi dengan baik kerana perasan amarah itu telah menyelubingi segenap perasaan dan akal kita.
Banyak hadith-hadith Nabi s.a.w. yang melarang sifat-sifat amarah ini.
Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhundri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Marah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri makan hendaklah duduk, bila ia sedang duduk hendaklah bersandar (berbaring)."
"Sesungguhnya ada diantara kamu orang yang lekas marah tetapi juga lekas reda, maka ini seimbang dan ada yang lambat marah dan lambat sembuh (reda), ini juga seimbang, dan sebaik-baik kamu lambat marah dan cepat reda. dan sejahat-jahat kamu yang cepat marah dan lambat sembuhnya."
Abu Umamah Albahili r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang dapat menahan marah padahal ia berkuasa untuk memuaskan marahnya itu, tetapi tidak dipuaskan bahkan tetap ditahan/disabarkan, maka Allah s.w.t. mengisi hatinya dengan keridhoan pada hari kiamat."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang tidak mempunyai tiga sifat, tidak dapat merasa manisnya iman iaitu:
Kesabaran untuk menolak kebodohan orang yang bodoh
*
Warak yang dapat mencegah dari yang haram
*
dan akhlak untuk bergaul dengan manusia (dan akhlak untuk masyarakat
sama-samalah kita membendung sifat amarah dan ego yang bertapak dalam hati kita.
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
3 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan