Jumaat, 17 Disember 2010

Jatuhnya sebuah tamadun



buku ini setebal 227 muka surat tidak termasuk bibliografi. saya membacanya baru-baru ini yangmana saya masih dalam tempoh peperiksaan akhir semester. kerana itu saya agak lambat untuk membuat ulasan berkenaan buku ini.

buku ini bagus untuk mendapatkan gambaran kasar berkenaan sejarah tamadun islam dan kesannya kepada dunia hari ini.ianya meliputi beberapa aspek yang jarang sekali bagi seorang penulis sejarah menukilkan sesuatu sejarah mengikut jalan ini. antara aspek-aspek yang disentuh adalah berkisar tentang aspek politik yang bergolak pada zaman tersebut,kebudayaan, tokoh-tokoh yang lahir daripada tamadun tersebut, sumbangan yang diberikan sehingga hari ini dan kesannya yang dapat dilihat sehingga dewasa ini.

oleh itu, saya ingin sekali memberi gambaran kasar berkenaan tamadun-tamadun yang pernah lahir dan wujud di dunia ini khususnya dunia Islam.

610-632 : zaman Rasulullah saw (munculnya kerajaan di Madinah)
632-661 : zaman sahabat,khalifah ar-Rasyidin, Madinah
661-748 : kerajaan Ummaiyyah di Damascus,Syiria
750-950 : kerajaan Bani Abbasiyah, Baghdad, Iraq
(756-1031): kerajaan Ummaiyah di Andalusia, Sepanyol
950-1258 : kerajaan Bani Abbasiyah,zaman kejatuhan
1258 : serangan tentera monggol
1031-1609 : kerajaan Islam silih berganti di Sepanyol tetapi bukan lagi Bani Ummaiyah
1501-1722 : kerajaan Safawi, Iraq+ Iran
1526-1858 : kerajaan Mughal, India
1281-1924 : kerajaan Turki Uthmaniyah

senarai kerajaan-kerajaan di atas adalah kerajaan-kerajaan besar yang pernah wujud. disamping terbinanya kerajaan-kerajaan tersebut, kerajaan kecil sering muncul dan tenggelam, menghiasi tamadun-tamadun Islam. manakala di Eropah pada ketika itu adalam zaman kegelapan, tiada kemajuan dicatatkan, pemerintahan berpusat kepada gereja diamalkan. penindasan dan kekejaman sering berlaku di eropah, seringkali pihak penguasa menindas rakyat agar cukai yang diperolehi berganda-ganda untuk membolehkan hidup mereka sentiasa mewah. atas sebab ini jugalah kerajaan Islam dapat menawan Sepanyol dan mampu bertapak di sana hampir 10 abad lamanya.

kerajaan -kerajaan kecil muncul dan jatuh dan silih berganti sekitar akhir abad ke tujuh hingga akhir abad ke sebelas. antara kerajaan kerajaan tersebut adalah:

kerajaan Idrisi, Moroko
kerajaan Aghlabi, Tunisia
kerajaan Tulini, Mesir
kerajaan Ikhsidi, Mesir
kerajaan Syiah Fatimiyah, Mesir

kerajaan Syiah Fatimiyah agak lama bertahan berbanding kerajaan-kerajaan kecil yang lain. daripada senarai kerajaan-kerajaan yang muncul tersebut, dapatlah dilihat bahawa negara yang paling banyak menerima sistem pemerintahan yang berbeza-beza atau paling banyak kerajaan yang muncul dan jatuh di negara tersebut adalah Mesir. mari kita lihat melangkaui zaman sebelum masihi

-pemerintahan di zaman nabi Yusuff * diceritakan dalam surah Yusoff
-pemerintahan Firaun,
-pemerintahan Rom
-zaman Khalifah ar-Rasyidin
-zaman Bani Ummaiyah
-zaman Bani Abbasiyah
-kerajaan Tuluni
-Kerajaan Ikhsidi
-kerajaan Syiah Fatimiyah
-Turki Uthmaniyah

hampir semua kerajaan-kerajaan yang muncul di Mesir memberi kesan ke atas negeri tersebut dan sebahagian besarnya kekal sehingga ke hari ini.oleh itu, mesir bukanlah calang-calang negeri yang boleh dipandang dengan pandangan kosong, di dalamnya mengandungi khazah-khazah ketamadunan lampau ditambah lagi dengan khazanah alam yang begitu memukau sesiapa sahaja yang pernah ke sana iaitu keindahan dan kemasyhuran sungai Nil. kemasyhuran sungai Nil bukan sahaja di mata orang yang memandangnya bahkan terus meniti dibibir-bibir para penyair dan di mata pena para karyawan.

mesir adalah satu-satunya negara yang disebut di dalam al-Quran (maaf klau saya tak perasaan negeri yang lain, Makkah dan Madinah adalah negeri kecil dalam sebuah negara ). maka tidak hairanlah Mesir saban tahun meningkat jumlah pelancong yang ke sana ditambah lagi dengan penuntut-penuntut ilmu yang seringkali menjadikan Mesir tempat menadah ilmu-ilmu agama berikutan masih banyak berbaki lagi syekh-syekh mukhtabar disana.selain mesir, mungkin boleh dimasukkan juga Baghdad,Iraq dan Iran kerana kedua-dua negara ini juga pernah mengalami kuasa pemerintahan yang besar, kerajaan Parsi.

empayar Islam bertapak di bumi ini hampir 13 kurun lamanya. kerajaan barat baru menampakkan wajahnya dan memonopoli dunia apabila tercetusnya perang dunia petama iaitu 1918 yang berakhir 1924. sejak itu, dunia yang dikenali sekarang mengalami zaman pemerintahan baru yang dipanggil "new order". pemerintahan dunia baru ini hingga kini baru berlangsung hampir satu abad. jika dibandingkan dengan dunia Islam ianya ketinggalan 12 abad. sebagai ummat Islam jangan sombong dan lupa diri kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi dimasa hadapan. hanya doa mengiringi para pejuang-pejuang Islam.sama-sama kita menunggu kebangkitan dunia Islam yang baru.

0 ulasan:

Catat Ulasan