membaca berita pagi ini, penulis menggelengkan kepala sahaja.rupanya masih lagi berbaki jenis-jenis bapa sebegini di zaman pancaroba ini. klau zaman dahulu seorang bapa garang untuk menakut-nakutkan anak-anaknya agar tidak melakukan perkara yang tidak baik atau kurangnya ilmu pendidikan anak-anak. perkara ini mungkin dilihat seperti suatu perkara biasa dan langkah-langkah pencegahan akan dilakukan oleh jiran tertangga.
jika sekarang perkara ini masih lagi terjadi di sesebuah rumah, adakah anda terfikir jiran sebelah akan menjadi "penyebuk" keadaan rumah disebelahnya? penulis melihat jumlah yang akan menjadi "penyebuk" mungkin sedikit berbanding bilangan yang menjadi "pekak". di zaman yang serba canggih di mana ilmu tersebar di mana-mana, rasanya tidak menjadi masalah yang besar untuk kita untuk memperoleh apa jua ilmu khususnya ilmu pendidikan anak-anak.
ingin sekali penulis memuatkan apa yang telah disampaikan oleh salah satu panel di forum peradaban kemelut remaja yang telah di adakan di Akademi Pengajian Islam. satu garis panduan yang digariskan oleh satu kata-kata hikmah, yang periwayatnya adalah dikhilafkan "bermainlah dengan anakmu selama 7 tahun, disiplinlah mereka selama tujuh tahun dan berkawanlah dengan mereka selama tujuh tahun...kemudian bolehlah engkau melepaskan tali yang dipegang(anak) mengikut jalannya".
jelas disini, cara dan kaedah sebenarnya ada untuk mendidik anak-anak tetapi perlulah kita menjalankan "searching" di mana boleh kita temuinya. pendidikan ini bukan sahaja untuk si bapa mengawal emosinya tetapi lebih dekat untuk ibu bapa mengawal kehidupan anak-anak. seperti mana kita tahu, zaman sekaranng jauh bezanya dengan zaman ibu ayah kita dahulu. justeru perlu diingatkan jika tersalah didikan mungkin akan mengundang padah.
jika berbincang soal pendidikan anak-anak, kita tidak boleh terlepas daripada isu-isu yang terjadi sekarang. keruntuhan akhlak dan moral berlaku di sana sini. apakah ilmu pendidikan ini hanya di atas lembaran-lembaran kertas yang terbatas dan jauh untuk diaplikasikan? seminar di sana sini, perbentangan kertas-kertas kerja, jurnal-jurnal yang diterbitkan adakah suka-suka dilakukan tanpa sebarang motif daripada ahli-ahli ilmuan ini? apakah faedahnya untuk mengkaji gejala-gejala remaja kini jika hanya untuk dipandang kosong oleh pihak-pihak sepatutnya?
banyak persoalan dilontarkan. ini adalah untuk membuka mata-mata yang telah sekian lama tertutup. ilmu pendidikan ber"sepah-sepah" dikeluarkan agar pihak ibu bapa dapat membimbing dan memainkan peranannya yang sepatutnya. isu remaja kini bukan isu picisan bagi sesebuah negara membangun tetapi isu wajib bagi mana-mana negara yang ingin maju. gejala sosialnya, kes-kes zina, anak-anak luar nikah dan gejala jenayahnya. ini semua adalah permainan teka silang kata bagi sesebuah negara agar dapat mencari jalan penyelesaian yang benar-benar efektif.yang menjadi punca akar permasalahan ini dilihat adalah kerana membangunnya sesebuah tamadun atau negara dari segi materialnya sahaja bukannya sepertimana yang dimaksudkan oleh Ibn Khaldun iaitu pencapaian keseimbangan antara material dan kerohanian. hal ini penting untuk menjaga identiti remaja dan masyarakatnya agar tidak tersasar.
pentingnya anak remaja yang jiwanya kental dan tidak rosak adalah untuk pembinaan anak bangsa negara pada masa hadapan. merekalah yang akan menjadi perdana menteri, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri, peneraju negara,para guru, dan sebagainya lagi yangmana semuanya ini adalah posisi-posisi penting dalam meneruskan pembangaun negara dan jiwa anak bangsanya yang akan datang kemudian.
justeru itu, ingin penulis petik kata-kata Syeikh Yusuf al-Qaradhawi "jika kamu ingin melihat ummah pada masa hadapan maka lihatlah remajanya pada masa kini". dapatlah kita katakan bahawasanya remaja adalah satu aset penting pada suatu bangsa, negara dan dunia. kerana dunia juga akan porak peranda jika bangsa remajanya "hangus" dijilat hembusan panas yang dinamakan ketamadunan yang jauh dari keseimbangan material dan kerohanian.
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
3 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan