Khamis, 30 Disember 2010

Belajar dari haiwan



Hari ini baru ada kesempatan untuk melihat-lihat keputusan exam yang sudah ditampal.huh, entah apalah resultku ini,sekitar jam 12 tengah hari aku masih lagi berlegar-legar diruang akademi pengajian islam. mencari terus mencari. akhirnya aku temui sudah kebanyakkan result examku, hanya satu masih ditunggu. mungkin minggu depan 'dia' akan munculkan diri. aku cuma menaruh harapan agar result ku yang satu itu cemerlang.

aku melihat-lihat keputusanku yang telah disalin dalam buku kecilku ini. satu dan satu kemudian satu yang lain pula. iaa..kesemuanya alhamdulillah, aku redha. cuma perkara yang biasa berlaku apa yang diharap cemerlang tetapi tidak, sebaliknya yang diharap hanya cukup-cukup makan sahaja membuahkan hasil yang mengkagumkan pula.alhamdulillah semuanya caturan Yang Esa, mungkin tersemat hikmah yang besar disebaliknya.

berkenaan satu subjek yang aku perolehi 'biasa-biasa' ini, ada kisah disebalikya yang membuatkan aku bermuhasabah sendirian. oh Tuhan, sungguh kejujuran itu ada balasannya walaupun kejujuran itu nilainya kecil dimata manusia.

aku bukan berbincang dengan kawan jauh sekali dari aktiviti meniru dan menghantar kertas jawapan 'tiruan'. kisah perjalan aku mengambil paper tersebut adalah sebuah cerita yang aku rasa tidak langsung setiap orang akan menyedari istilah 'kejujuran' darinya.

mungkin keterlanjuran ini, bagiku sebuah balasan. walaupun balasannya tidaklah sebesar mana tapi bagiku ianya memberi kesan kepada impianku. apa yang terjadi aku tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepadaku ini.alhamdulillah.

ketika ini , ku teringat akan buku yang baru lepas habis dibaca tajuknya 'belajar dari haiwan'. walaupun haiwan tidak diberikan akal seperti manusia tetapi mereka lebih mulia berbanding manusia yang bodoh dan sesat.

contoh yang mudah diambil adalah semut. adakah kamu semua 'kenal' semut? dari segi lahiriah mungkin mudah untuk kita kenal serangga tersebut.

semut seekor serangga yang rajin, rasanya ini semua orang tahu.pepatah ada mengatakan 'rajin macam semut', kan? so terang-terang semut adalah serangga yang rajin. tapi adakah kamu tahu jika mereka menjumpai makanan, mereka akan cepat memberitahu rakan-rakan sekampung supaya ramai-ramai dapat menikmatinya. baguskan, yang pasti bolehkah kamu berbuat begitu?

dan jika mereka berjalan, mereka akan menyapa setiap ekor semut yang mereka temui dijalanan, tak percaya? cuba perhatikan semut apabila mereka lalu lalang, mereka akan berhenti sekejap menyapa kawan mereka kemudian menyambung kembali perjalanan. yang menjadi persoalannya, adakah kita boleh melakukan sedemikian? salam seringan-ringan perkataan dan perbuatan pun cukup payah untuk kita luahkan sesama muslim, adakah kita sedar?

apa kena mengena dengan kejujuran? cuba-cubalah anda kaitkan sendiri. yang penting kejujuran teras kecemerlangan! jujur pada diri, jujur pada agama dan jujur pada orang lain. kadang-kadang perlu kita belajar dari orang yang bodoh dari kita agar kita selalu menginsafi diri.

Sabtu, 18 Disember 2010

Mengimbau kenangan lalu


Beberapa hari ini, facebook sahabat-sahabatku yang ke Qatar penuh dengan gambar-gambar terbaru mereka di sana. alangkah rindunya aku kepada orang Malaysia di sana dan suasananya.bahagianya mereka di sana di tambah lagi dengan kehadiran ust Abdul Karim Ali. bagi Norlina Alyas bertambah lagilah anak-anak instantnya. keramahan dan kebaikan hatinya membuatkan sesiapa sahaja terbuka untuk berkongsi cerita mahupun berkongsi hidup dengannya. aku akui keadaan ini membuatkan aku makin merindui mereka, Norlina Alyas dan keluarganya.moga mereka sentiasa dimurahkan rezeki.

ramai sahabat seangkatan denganku semasa di Qatar dahulu dan sebelum sezaman denganku berniat untuk pergi lagi, mungkin ingin meneruskan pengajian mereka di QU dengan apa yang telah mereka mulakan dan tidak kurang juga sahabat-sahabat hanya ingin menyimpan kenangan di Qatar dalam memori mereka sahaja, pergi untuk kali kedua mungkin tidak.

keramahan orang Malaysia di sana dan sikap sangat meraikan tetamu membuatkan sesiapa sahaja yang bertemu dan hidup dengan mereka merasa bahagia. mungkinkah atas alasan ini ramai sahabatku ingin ke sana lagi?

jika melihat sudut geografi dan suasana masyakat Qatar, bagiku tiada yang menarik. sistem kasta masih diamalkan. golongan bangsawan hanya akan berkahwin daripada golongan mereka sahaja,manakala golongan bahawahan pula begitu juga. hal ini aku perolehi rentetan kisah seorang ustazahku yang belum berkahwin sehingga sekarang, bukannya tiada rupa tetapi kerana sistem kasta. yang paling menarik, bukanlah dia yang sangat memilih tetapi keluarganya yang mementingkan darjat. kesanya ditimpa kepada si anak, fitrah seorang manusia tidak dapat ditunaikan.

keadaan di sana samalah dengan negeri arab yang lain, kurang tumbuhan hijau. di Qatar kita tidak akan dapat melihat gunung ganang atau bukit bukau, keadaan tanahnya ibarat tanah rata. sesetengan tempat sahaja yang mempunyai bukit iaitu di pasang pasir, bukit pasir. aku tidak tahu bagaimana musim sejuk disana kerana aku hidup disana ketika musim panas. jika musim panas, debu-debu pasir akan berterbangan, pemandangan jarak jauh akan menjadi kabur ibarat jerebu. angin kadang-kadang sepoi-sepoi bahasa tetapi kadang-kadang kuat. maka mata perlu diberi perhatian lebih, takut-takut pasir masuk.

jika melihat kepada komposisi penduduknya, warganegara Qatar jumlahnya sedikit. inilah yang diberitahu kepadaku oleh orang Malaysia di sana. berlaku imigran daripada penduduk-penduduk negara sekitar,bukanlah secara besar-bearan tetapi dalam jumlah yang sedikit secara berterusan sebagai tenaga buruh buat negara atau sebagai penduduk tetap. memandangkan orang-orang Qatari ini terdiri daripada kebanyakkannya orang-orang kaya, maka penduduk-penduduk luarlah yang akan bekerja di peringkat bawahan. manakala dari segi tenaga buruh profesional pula yangmana sangat kekurang disana, diimport dari luar dengan diberikan gaji yang lumayan.

justeru itu, jadilah negara Qatar terdiri daripada komposisi penduduk yang pelbagai. hingga menjadikannya sebuah negara sekular kerana pengaruh-pengaruh kemodenan yang cuba dibawa masuk ke dalam negara. selain itu, jangan terkejut jika saya katakan di Qatar terdapat sebuah gereja yang terbesar dikalangan negara teluk. cuba anda cari di BBC, anda akan temuinya. gereja tersebut sengaja tidak diletakkan lambang salib di atasnya seperti gereja-gereja lain untuk mengelakkan orang ramai mengetahui bahawa ianya adalah gereja yang besar.

pengalaman di sana cukup menarik. kenangan terindah dalam hidupku mungkin salah satunya di sana. aku juga ingin lagi pergi merantau tetapi mungkin bukan lagi di sana. moga-moga aku diberi lagi kesempatan untuk melihat bumi ini, agar Allah murahkan rezekiku. perancangan yang terdekat, aku ingin pergi menziarahi Baitullah,kampung halaman Rasulku, 'berjumpa' Rasulku Muhammad saw di sana. moga perjalananku ke sana dipermudahkan. aaamin.

Jumaat, 17 Disember 2010

Jatuhnya sebuah tamadun



buku ini setebal 227 muka surat tidak termasuk bibliografi. saya membacanya baru-baru ini yangmana saya masih dalam tempoh peperiksaan akhir semester. kerana itu saya agak lambat untuk membuat ulasan berkenaan buku ini.

buku ini bagus untuk mendapatkan gambaran kasar berkenaan sejarah tamadun islam dan kesannya kepada dunia hari ini.ianya meliputi beberapa aspek yang jarang sekali bagi seorang penulis sejarah menukilkan sesuatu sejarah mengikut jalan ini. antara aspek-aspek yang disentuh adalah berkisar tentang aspek politik yang bergolak pada zaman tersebut,kebudayaan, tokoh-tokoh yang lahir daripada tamadun tersebut, sumbangan yang diberikan sehingga hari ini dan kesannya yang dapat dilihat sehingga dewasa ini.

oleh itu, saya ingin sekali memberi gambaran kasar berkenaan tamadun-tamadun yang pernah lahir dan wujud di dunia ini khususnya dunia Islam.

610-632 : zaman Rasulullah saw (munculnya kerajaan di Madinah)
632-661 : zaman sahabat,khalifah ar-Rasyidin, Madinah
661-748 : kerajaan Ummaiyyah di Damascus,Syiria
750-950 : kerajaan Bani Abbasiyah, Baghdad, Iraq
(756-1031): kerajaan Ummaiyah di Andalusia, Sepanyol
950-1258 : kerajaan Bani Abbasiyah,zaman kejatuhan
1258 : serangan tentera monggol
1031-1609 : kerajaan Islam silih berganti di Sepanyol tetapi bukan lagi Bani Ummaiyah
1501-1722 : kerajaan Safawi, Iraq+ Iran
1526-1858 : kerajaan Mughal, India
1281-1924 : kerajaan Turki Uthmaniyah

senarai kerajaan-kerajaan di atas adalah kerajaan-kerajaan besar yang pernah wujud. disamping terbinanya kerajaan-kerajaan tersebut, kerajaan kecil sering muncul dan tenggelam, menghiasi tamadun-tamadun Islam. manakala di Eropah pada ketika itu adalam zaman kegelapan, tiada kemajuan dicatatkan, pemerintahan berpusat kepada gereja diamalkan. penindasan dan kekejaman sering berlaku di eropah, seringkali pihak penguasa menindas rakyat agar cukai yang diperolehi berganda-ganda untuk membolehkan hidup mereka sentiasa mewah. atas sebab ini jugalah kerajaan Islam dapat menawan Sepanyol dan mampu bertapak di sana hampir 10 abad lamanya.

kerajaan -kerajaan kecil muncul dan jatuh dan silih berganti sekitar akhir abad ke tujuh hingga akhir abad ke sebelas. antara kerajaan kerajaan tersebut adalah:

kerajaan Idrisi, Moroko
kerajaan Aghlabi, Tunisia
kerajaan Tulini, Mesir
kerajaan Ikhsidi, Mesir
kerajaan Syiah Fatimiyah, Mesir

kerajaan Syiah Fatimiyah agak lama bertahan berbanding kerajaan-kerajaan kecil yang lain. daripada senarai kerajaan-kerajaan yang muncul tersebut, dapatlah dilihat bahawa negara yang paling banyak menerima sistem pemerintahan yang berbeza-beza atau paling banyak kerajaan yang muncul dan jatuh di negara tersebut adalah Mesir. mari kita lihat melangkaui zaman sebelum masihi

-pemerintahan di zaman nabi Yusuff * diceritakan dalam surah Yusoff
-pemerintahan Firaun,
-pemerintahan Rom
-zaman Khalifah ar-Rasyidin
-zaman Bani Ummaiyah
-zaman Bani Abbasiyah
-kerajaan Tuluni
-Kerajaan Ikhsidi
-kerajaan Syiah Fatimiyah
-Turki Uthmaniyah

hampir semua kerajaan-kerajaan yang muncul di Mesir memberi kesan ke atas negeri tersebut dan sebahagian besarnya kekal sehingga ke hari ini.oleh itu, mesir bukanlah calang-calang negeri yang boleh dipandang dengan pandangan kosong, di dalamnya mengandungi khazah-khazah ketamadunan lampau ditambah lagi dengan khazanah alam yang begitu memukau sesiapa sahaja yang pernah ke sana iaitu keindahan dan kemasyhuran sungai Nil. kemasyhuran sungai Nil bukan sahaja di mata orang yang memandangnya bahkan terus meniti dibibir-bibir para penyair dan di mata pena para karyawan.

mesir adalah satu-satunya negara yang disebut di dalam al-Quran (maaf klau saya tak perasaan negeri yang lain, Makkah dan Madinah adalah negeri kecil dalam sebuah negara ). maka tidak hairanlah Mesir saban tahun meningkat jumlah pelancong yang ke sana ditambah lagi dengan penuntut-penuntut ilmu yang seringkali menjadikan Mesir tempat menadah ilmu-ilmu agama berikutan masih banyak berbaki lagi syekh-syekh mukhtabar disana.selain mesir, mungkin boleh dimasukkan juga Baghdad,Iraq dan Iran kerana kedua-dua negara ini juga pernah mengalami kuasa pemerintahan yang besar, kerajaan Parsi.

empayar Islam bertapak di bumi ini hampir 13 kurun lamanya. kerajaan barat baru menampakkan wajahnya dan memonopoli dunia apabila tercetusnya perang dunia petama iaitu 1918 yang berakhir 1924. sejak itu, dunia yang dikenali sekarang mengalami zaman pemerintahan baru yang dipanggil "new order". pemerintahan dunia baru ini hingga kini baru berlangsung hampir satu abad. jika dibandingkan dengan dunia Islam ianya ketinggalan 12 abad. sebagai ummat Islam jangan sombong dan lupa diri kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi dimasa hadapan. hanya doa mengiringi para pejuang-pejuang Islam.sama-sama kita menunggu kebangkitan dunia Islam yang baru.

Sabtu, 27 November 2010

berita tv3

sakit hati malam ni dengar berita tv3. inilah salah satu sebab aku tak suka dengar berita Malaysia. antara ciri-ciri berita di Malaysia adalah tersangat bias terhadap sesuatu parti politik kursusnya pasti yang ada gambar dacing.

aku tidaklah membutakan mataku terhadap apa yang dibuat, dilakukan dan diusahakan oleh parti tersebut. ibarat kata yang positif kita ambil dan yang sebaliknya kita buang jauh-jauh. begitu juga untuk parti-parti yang lain tetapi haruslah berjuang sebagai sebuah parti politik yang betul-betul berdemokrasi dan bersih dari segenap aspek.

kalau semua 'benda' 'dia' conquer, memang tidak dinafikanlah Malaysia ni forever n ever dia yang punya. ini tak termasuk lagi beberapa golong yang betul-betul diperbodohkan oleh 'dia' dan sanggup pula sang singa raja di hutan ni melahirkan rakyat yang sanggup dihina asalkan duit masuk poket dari sebesar-besar pekara hinggalah sekecil-kecil perkara.

kenapa dan kenapa, persoalan yang tak pernah habis dan ibarat tiada penghujung. kenapa rakyat Malaysia masih diperbodohkan? salahkah sistem pendidikan kita hari ini? sistem pengajian yang mana bagiku adalah menggambil jangka masa yang agak lama untuk melahirkan seorang graduanisasi dibandingkan dengan negara luar. tetapi kenapa hasilnya rakyat Malaysia masih tidak mampu untuk berfikir dengan lebih jauh. adakah sistem pendidikan di negara kita hanya mengeluarkan berekor-ekor keldai dari institut pengajian tinggi di Malaysia? disajikan dengan pelbagai jenis pendidikan tetapi masih tidak boleh berfikir sebaliknya hanya menjadi pak turut.

bagiku Malaysia adalah antara negara yang agak maju walaupun ianya tergolong dalam negara-negara membangun. jika dibandingkan dengan negara-negara jiran selain Singapore,kita adalah sebuah negara maju yang mana segala benda adalah berteknologi dari sekecil-kecil barang hinggalah sebesar-besar barang dagangan. jadi di sini boleh disimpulkan bahawa perkara-perkara yang berbentuk pengatahuan dan mengasah fikiran adalah mudah diperolehi dan ditemui. dan untuk akhirnya kenapa mereka tidak boleh berfikir?

mungkin aku terlupa bahawa aras-aras pendidikan juga memainkan peranannya. biar apa pun berlaku, hanya satu yang perlu diingatkan bahawa sejarah itu penting, maka pelajarilah agar ianya tidak berulang.

dalam jangka masa terdekat, jika kita disajikan berita sebegini setiap hari, aku percaya orang yang tak nampak pun boleh 'nampak' bahawa pilihan raya semakin dekat menghampiri. secara kesimpulan kasarnya Malaysia bakal 'diorang' raih semula jika maslah PKR masih berterusan dan rakyat-rakyat Malaysia senang dibeli dan dihina. jika ummo dapat tawan kedah semula, apakah 'mereka' rakyat kedah yang 'bising' malam ni dalam tv3 akan bising lagi jika perkara yang sama atau lebih dari itu dilakukan kerajaan negeri pada waktu berkenaan. sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Khamis, 25 November 2010

Bawaku bersamamu..

nak ikut k.lina p Yemen...sernoknya dengar dia nak travel. semoga dia dapat menghayati pengembaraan di bumi Allah di sana dan mengambil ikhtibar atas pemerhatiannya. Pengembaraan dalam mencari redha Allah.

Ahad, 21 November 2010

Rayaku Aidiladha..

hari tu aku beli tiket untuk balik ke kampung, ikutkan hati nak balik lambat sikit, ye la exam pun dah dekat, so kena la membaca sedikit buat bekalan sempena di rumah.tapi bila adikku menyuruh cepat balik, katanya "mak asyik tunggu kak ti je" maka esoknya terus aku beli tiket untuk pulang ke kampung disebelah malamnya .

sejak kakakku kawin, mak asyik sakit je, bermula pada hari kenduri mak tenat sebenarnya tapi dia buat macam tak ada apa yang berlaku, selepas beberapa hari baru aku tahu rupanya sakit yang ditanggung mak dah masuk 25 tahun. kalaulah aku tak sakit juga pada hari tu, aku rasa hingga hari ini pun aku tak tahu penyakit tu. Sakit mak masih berterusan tapi bukan lagi sakit yang dulu tapi sakit 'hilang' anak seorang, dilepas pergi ke Melaka. aku pun tak tahu bagaimana nak merawat penyakit ini.

sampainya aku di negeri ku sekitar jam 5.30pagi. rupanya mak dah tunggu lama dalam kereta. terkejut juga adik ikut sekali pagi-pagi ni. Selama yang aku kenal adik aku, dia payah sungguh nak bangun pagi-pagi, dia tidur di belakang. kehairanan aku terjawab apabila mak memberitahu bahawa adik risau mak keluar sorang-sorang.alhamdulillah, moga-moga keprihatinannya hingga akhir hayat mak masih seperti ini.

siangnya adik beritahuku bahawa pak long masuk hospital putera medical center (PMC) dekat alor setar. dah tiga hari kat sana. mak long dan tok ada bersama menjaga pak long. mak long tak ada anak, maka tok lah kawan setia mak long 'berjaga' bersama.

hari pertama aku melawat, aku bawakan nasi untuk mak long dan tok. terfikir juga nak bawa makanan untuk pak long tapi aku tak tahu apa yang dimakannya dan apa yang tidak boleh dimakan. maka aku putuskan untuk 'penjaga' setia dahulu bekalan ini dibuat. buat pak long mungkin kali kedua.

sampainya aku di PMC sekitar pukul 5.00 petang. Ada beberapa orang yang berjaga,.K.Tina, mak long, tok dan kakak sulung aku. aku pun tunjukkan nasi yang dibawa,senyum mereka. rupa-rupa mereka agak lama menunggu aku bawakan nasi.ye la PMC tu hospital swasta, cina yang punya. maka kawasan sekitarnya banyak gerai makanan cina. payah juga untuk dapatkan makan masakan melayu sekitar kawasan tersebut. barulah aku faham bahawa kali yang lain aku perlu datang lebih awal.

tibanya aku di katil pak long, aku lihatnya sedang berjaga, maka aku tundukkan kepala sedikit tanda aku datang melawatnya. tetiba dia menangis sambil memanggil aku, katanya sambil menangis "Ti, doakan aku, aku sakit...". aku pun tumpang sedih, pengharapan yang besar untuk melihatnya kembali sihat. kataku " tak pe pak long, nanti Dik Ti doakan pak long,nanti pak long sihatlah".

Dalam pukul 8.30 malam aku perlu pulang untuk mengambil ibuku yang akan pulang dari kerjanya. pulangnya sekitar 9.30. aku mengambil masa agak panjang untuk pulang ke rumah memandangkan jalan-jalan di kedah agak teruk jalannya, baru lepas dilanda banjir, beginilah keadaannya.

9.25 malam, keluarlah sekumpulan pekerja petang jabatan penjara malaysia pokok sena, agak 5 minit baru ibuku muncul. dah tua jalan pun agak lambat dari yang lain. ianya bukan salah diri tapi adat umur manusianya begini.

sesampai di rumah, aku perlu memasak untuk ibu ku yang baru pulang.sekarang pun dia dah kurang selera makan, kalaulah dah tak makan langsung lagi sakitlah ibu ku ini. beberapa jenis lauk aku jadikan hidangan makan malam pada malam itu. ibuku hanya menjamah beberapa suapan sahaja, baki nasinya lagi dimasukkan dalam pingganku, itulah adatnya setiap hari apabila makan nasi. setelah itu, aku buatkan susu untuknya dengan harapan terisi perutnya dan boleh merawat sakit-sakit ototnya.

hari-hari yang datang beginilah rutinku,masakkan nasi untuk 'penjaga' hospital dan untuk ibuku di rumah dan makanan sampingan utk pak longku. dua hari sebelum raya Aidiladha, pak long ku dibenarkan pulang, dari awal katanya dia nak tinggal di rumah kebunnya di pokok sena. dekatlah denga rumahku,rumah asalnya di Pulau Pinang. maka dibawanya ke rumah tersebut. dua hari aku tak melawatnya. walaupun dia tak boleh sudah berjalan tetapi aku berasa lapang kerna dia sudah di rumah. aku fikir kesihatannya sedikit baik. dia mula minta macam-macam untuk dimakan. mak longku layan sahaja semua permintaannya walaupun kadang-kadang tak masuk akal permintaannya.

malam raya Aidiladha,aku dapat satu masej, kakak sulungku kata pak long dimasukkan balik ke hospital, hospital Kuala Nerang. maka raya ku esoknya semestinya di hospital Kuala Nerang. walaupun raya kali ini di hospital, aku tak kisah asalkan dapat bertemu sanak saudara. cuma di sebelah petangnya aku singgah di beberapa buah rumah untuk berziarah. orang-orang yang dianggap penting saudara sebelah ayah.

sampainya kami di rumah sudah masuk waktu maghrib. selesai solat. aku sambung beberapa kerja rumah. dalam pukul 12 lebih baru aku masuk tidur.

terjaga aku dari tidur, ada panggilan masuk di handset mak 2.15 pagi. panggilan itu hanya beberapa minit, tetapi aku menunggu hingga mak habis bercakap kerana nada terkejut mak membuatkan aku kehairanan. sesudah itu,kata mak " pak long dah meninggal!". terlopong aku, dengan segera adik ku yang sedang tidur dikejutkan, kami bertiga bersiap sepantas mungkin menuju ke kereta.

aku memandu kereta merentas kabus-kabus pagi, sungguh tebal kabus. ye la jalannya dikelilingi hutan sepanjang jalan. takut juga aku, kereta yang berselesih pun hanya 2 atau 3 buah sahaja sepanjang perjalanan. mulutku berkumat kamit membaca ayat kursi biar perjalanan ini selamat.

dalam pukul 3.00pagi, kami sampai di hospital. selepas berbincang sedikit dengan makcikku yang turut sama di hospital dan mak longku, mak bergegas pulang ke rumah mak long untuk siapkan tempat agar apabila 'pak long'ku sampai, sudah tersedia tempat untuknya.

tinggal aku bersama adik turut serta bersama golong-golong yang berbaki ini menunggu segala proses selesai. sekitar jam 4 lebih 'pak long' dibawa pulang ke rumah. sesampai dirumah, banyak benda yang perlu diuruskan. memandangkan rumah aku paling dekat dengan rumah mak long, maka segala peralatan yang perlu diambil sahaja di rumahku. dan ibaratnya aku sebagai ajk pengangkutan.

pak long ditanam selepas zohor, aku diberitahu masjid-masjid yang ada sebuk melakukan korban. maka proses 'menyimpan' terpaksa dilakukan selepas zohor.itulah hari terakhir aku bertemu pak long. rayaku aidiladha dengan sebuah kematian. kematian yang menimbulkan kesedaran bahawa aku juga bakal menyusul.

teringat aku waktu zaman kanak-kanak, aku menjalani 'kehidupan' derita di rumahnya. sewaktu cuti sekolah akhir tahun aku ditempatkan di rumah pak long untuk belajar mengaji al-Quran. hanya aku seorang sahaja, adik dan kakakku tak mahu katanya.aku terlupa berapa lama aku di sana yang pasti aku mengaji al-Quran 5 kali setiap hari selepas selesai menunaikan solat. setiap kali mengaji al-Quran aku akan menangis. pak long sangat garang, hingga aku sangat benci padanya waktu itu. terpaksa aku melalui hari-hariku di rumahnya dengan tagisan kerana tiada orang yang akan mengambil ku sehingga pak long sendirilah yang akan hantar ku pulang ke rumah.

tetapi sekarang dengan berkat dia mengajar aku mengaji, aku boleh membaca al-Quran dengan lancar. yang penting aku tahu bahawa tindakan sepertinya sangat dituntut pada zaman sekarang. semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.amin.

Isnin, 8 November 2010

Kemalangan yang paling ngeri

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Khamis, 4 November 2010

Tragedi bencana alam paling dahsyat dalam sejarah Indonesia

Gempa bumi Toba di Sumatera Utara

Gempa bumi gunung berapi yang dianggap terbesar dalam sejarah dunia berlaku kira-kira 450,000 tahun lalu. Ia disebabkan aktiviti magma yang selalunya berlaku sebelum letusan gunung berapi. Aktiviti yang semakin memuncak akan menyebabkan letupan yang juga mengakibatkan gempa bumi. Kesan gempa bumi itu membentuk Danau Toba yang kini terkenal sebagai destinasi pelancongan.

Gempa bumi di Jawa

Juga gempa bumi gunung berapi yang berlaku di pergunungan Jawa Timur dengan ukuran 6 hingga 6.8 pada skala Richter, kira-kira 1,770 tahun lalu. Gegaran menyebabkan letusan Gunung Sumeru dan tragedi ini meragut 6,000 nyawa serta menghasilkan hujan debu selama empat hari di seluruh kawasan tengah hingga Jawa Timur. Gunung Sumeru dianggap gunung berapi paling aktif sehingga sekarang.

Gempa bumi 25 November 1833

Ia menyebabkan wujudnya segmen Kubu Sumatera di sepanjang 1,000 kilometer di tenggara. Perkara sama berlaku dalam gempa bumi pada 26 Disember 2004. Ia mencetuskan tsunami yang melanda pantai barat Sumatera, kawasan paling hampir dengan pusat gegaran ialah Pariaman hingga Bengkulu.

Letusan gunung berapi Krakatoa

Apabila Krakatoa meletup pada Ogos 1883, ia menyamai kuasa bom atom. Letusan dapat didengar sehingga beribu kilometer, menggegarkan seluruh Lautan Pasifik, menyebabkan seluruh ‘pulau Krakatau’ tenggelam dan turut membawa bersama 100 pulau sekitarnya. Bencana itu membunuh 36,000 orang, kebanyakannya disebabkan tsunami. Debu letusan sampai hingga ke New York, menyebabkan penurunan suhu seluruh dunia untuk tempoh hingga setahun.

-Indonesia dikelilingi pulau yang dianggarkan berjumlah 17,504 buah dan dengan kedudukan geografi yang meletakkan republik itu di titik pertembungan tiga plat yang mempunyai pergerakan tersendiri dengan arah bertentangan, lalu menyebabkan kumpulan tenaga tidak boleh dibendung, sekali gus mencetuskan gempa bumi.

sumbernya dipetik di sini.

Selasa, 2 November 2010

Tsunami + gunung Merapi

Akhir-akhir ini beberapa kes telah terjadi di Indonesia. Bermula dengan kes jerebu, pembakaran terbuka di kawasan Sumatera, hampir terjejas teruk misi pelancongan negara jiran kita, Singapore dan tidak ketinggalan juga negeri selatan Malaysia, Johor. Kini kita dikejutkan lagi buat kali kedua serangan Tsunami di Pulau Pagai Utara dan Selatan. Gegaran gempa buminya berlaku di Mentawai, Sumatera Barat dengan 7.2 skala richter lalu hasil dari gempabumi ini menghasilkan satu ombak besar yang menghempap hampir keseluruhan Pulau Pagai yangmana rata-rata penduduknya adalah dari kaum Dusun. Gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 10 malam hari Isnin 25 Oktober 2010.Pulau Pagai adalah antara pulau yang kecil yang terdapat di sekitar daratan Sumatera. Tergolong di antara pulau-pulau pendalaman di Indonesia yang sukar untuk sampai ke sana. Hasilnya bantuan keselamatan dan bantuan-bantuan lain tidak dapat disegerakan kerana perkhimatan perhubungan yang kurang memuaskan.






Jika kita meneliti kisah Tsunami pada musim yang lepas, tsunami yang berlaku adalah antara yang terbesar di dunia sejak 1990. Gempabumi yang berlaku di lautan Hindi yang menghasilkan ombak besar 9.0 skala richter melanda dan menghempas ganas dataran Acheh hingga menggadaikan ribuan nyawa. Menjadikan badar Acheh secara tidak langsung mengubah wajahnya secara total. Hingga kini proses pembangaunan di Acheh masih terus dijalankan walaupun peristiwa hitam itu telah meninggalkan kita hampir 6 tahun lamanya. Berlaku pada 26 Disember 2004 selepas sambutan Hari Natal(Krismas). Tidak ketinggalan juga beberapa tempat sekitar Malaysia turut merasai akibat dari gegaran gempa bumi tersebut dan memusnahkan beberapa kawasan di utara Malaysia dan memberi kesan kepada Pulau Pangkor.



Sudah kita bicarakan berkenaan Tsunami. jangan lupa bahawa kali ini Tsunami yang melanda di Kepulauan Pagai membawa satu lagi bencana lainnya, meletusnya Gunung Merapi. Dikenali juga dengan nama Gunung Api, ianya adalah gunung berapi yang paling aktif daripada 69 gunung berapi di Indonesia. Meletusnya Gunung Merapi ini selepas berlakunya Tsunami di Pulau Pagai iaitu 26 Oktober 2010. Hingga hari ini, ianya terus meletus dan mengorbankan banyak nyawa penduduk di kawasan sekitarnya. Seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro hari ini:

"Lazimnya pada waktu tengah hari penduduk akan pergi ke kawasan bencana meninggalkan pusat pemindahan, untuk melakukan aktiviti harian seperti mencari rumput untuk ternakan lembu masing-masing di kawasan terletak berhampiran puncak gunung."


Namun seperti tidak berlakunya letusan gunung berapi, penduduk kembali ke tempat masing-masing dan melakukan kerja-kerja harian mereka. Semestinya mereka lebih mengenali sifat gunung berapi sendiri berbanding orang yang bukan berasal dari sekitarnya kerana mereka hidup dengannya sepanjang hayat mereka hingga kini. Bahawa sekali ia meletus,ianya akan berulangkali meletus dalam jangka masa yang terdekat, apabila ianya berhenti maka itulah masa rehat baginya dan akan meletus kembali mungkin satu kurun yang akan datang atau lebih singkat dari itu.







Banyak perkara yang berlaku sebenarnya menggamit kita agar mengingati pada yang Maha Esa agar kita kembali kepada fitrah sebagai hamba yang benar-banar mempunyai tuhan. Tapi apakah lagi banyak bumi ini bergoncong lagi jauh kita darinya?kekadang terfikir juga bagaimana lagaknya manusia ini dan berlagaknya mereka yang bergelar manusia yang lupa pada tuhan.

Jika dulu, kita disajikan dengan berita kiamat hampir tiba dengan ramalan-ramalan bila ianya akan berlaku yang dikeluarkan oleh NASA. Pada musim itu, berlangsunglah beberapa forum yang membincangkan jika bumi ini musnah di mana lagi tempat yang selamat untuk kita tuju. Maka munculah beberapa planet yang dicanangkan untuk pergi ke sana jika berlaku kemusnahan pada bumi ini. haduuushhhh, macam-macam dunia sekarang. Tapi aku tetap percaya pada puncanya, kemajuan dicapai hari ini adalah hasil dari idea-idea dan tindak-tindakan bodoh mereka ini. Bermula dengan cemuhan dan hinaan dari orang sekeliling dengan tindakan-tindakan mereka akhirnya mencipka sesuatu yang membanggakan kepada penduduk dunia. tidakkah ianya dianggap orang revolusi? hanya permata menganal manikam.

Tapi berkenaan idea berpindah ke planet lain itu, aku langsung tidak tidak berminat dengannya. Ye lah sudah jelas termaktud dalam hadith nabi, bumi ini dah tua hanya tunggu masanya ianya akan musnah. Banyak hadith-hadith nabi menerangkan berkenaan hal ini. Jika kita tidak ambil pusing akannya maka jangan salahkan orang lain atas kejahilan kita. Siapkan hujah anda di hadapan Tuhan.


RUJUKAN:
http://www.hmetro.com.my/articles/Mungkin600terkorban/Article/
http://www.hmetro.com.my/articles/LetusanMerapihariinisemburbanyakawanpanasbergulung-gulung/Article/
http://nasional.vivanews.com/news/read/184971-kondisi-padang-dan-mentawai-dinyatakan-aman
http://wap.vivanews.com/news/read/185071-tsunami-sumatera-barat--160-warga-hilang
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi_26_Disember_2004
dan beberapa lagi rujukan yang tidak sengaja didelete,maaf

Isnin, 1 November 2010

Tabarruj



Tabarruj amat sinonim dengan prilaku wanita. Maka tidak hairanlah jika perbincangan berkenaan tabarruj ini seringkali dikaitkan dengan wanita. Berhias dengan berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Telah diketahui bahawa golongan hawa ini ingin sentiasa tampak cantik dan menawan terutamanya di hadapan kaum adam. Maka berdandanlah ia dan berwangi-wangian untuk mendapat segala perhatian dan pujian.

Perkara inilah dimaksudkan dengan bertabarruj, berlebihan dalam berhias. Ianya dilarang keras dalam Islam kerana menunjuk-nunjuk perhiasan diri kepada orang ramai. Dikatakan juga zalim kepada diri sendiri disebabkan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Maka kita akan memperbincangan dengan lebih rinci lagi berkenaan tabarruj helaian demi helaian agar maksud dan mesejnya yang sebenar dapat disampaikan dengan cara yang berkesan. Dan kita juga akan mengetahui bagaimana cara yang sebenar untuk para wanita berhias berdasarkan garis-garis yang telah ditetapkan oleh Islam. Kecantikan itu bukannya berasal dari luaran tetapi asalnya adalah dari cantiknya dalaman yang merangkumi emosi, rohani, fizikal dan mental. Maka akan terserlahlah kecantikan luaran itu walaupun tanpa berhias secara berlebihan.

PENGERTIAN TABARRUJ

Tabarruj dari segi bahasa:
Tabarruj adalah berasal dari perkataan Arab. Asal perkataannya ialah برج- يبرج yang bermaksud ظهر وارتفع yang bermaksud zahir, jelas atau timbul. تبرجت المرأة maksudnya ialah أظهرت زينتها ومحاسنتها للأجانب. Maka tabarruj maksudnya ialah apabila wanita menzahirkan perhiasaan serta kecantikannya kepada lelaki ajnabi .

Ajanabi diertikan dengan bukan mkahram.

Tabarruj mengikut Mu’jam al-Alfaz wa al-‘Alam al-Quraniyyah ialah apabila seseorang wanita tanpa segan silu menzahirkan kecantikannya yang tersembunyi di hadapan lelaki ajnabi .

Manakala Kamus Lisan al-‘Arab pula memberikan makna tabarruj apabila seseorang perempuan menzahirkan atau mempamerkan kecantikannya kepada lelaki ajnabi .
Kesimpulannya tabarruj membawa erti berhias untuk tampak cantik di hadapan lelaki ajnabi atau melawa. Mengiku Kamus Dewan melawa ialah memakai atau berhias supaya kelihatan lawa, melagak atau meraga .


1. TABARRUJ MENGIKUT AL-QURAN

1.1. Firman Allah Taala dalam surah al-Ahzab ayat 33 :

Maksudnya :
dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji)”.

Ayat ini ditujukan kepada ummahat al-mukminin iaitu para isteri baginda Rasulullah s.a.w., namun walaupun begitu ayat ini hukumnya adalah umum untuk semua wanita Islam. Allah memerintahkan kaum wanita supaya berada di rumah dan tidak keluar andainya tidak ada keperluan dan mereka dilarang bertabarruj sepertimana wanita jahiliyah dahulu bertabarruj apabila keluar rumah.

Imam al-Qurtubi mentafsirkan ayat ini dengan katanya” ayat ini adalah khitab (ditujukan) kepada isteri-isteri nabi supaya berada di rumah andainya tidak ada keperluan walaupun begitu hukum ini termasud juga wanita muslimat yang lain” .
Di dalam menghuraikan makna tabarruj ini para mufassirin telah pun mentafsirkan ayat ini. Antaranya:

1. Mujahid: wanita-wanita dahulu mereka keluar tanap tujuan dan berjalan di hadapan lelaki. Inilah yang dimaksudkan dengan tabarruj jahiliyah .
2. Muqatil bin Hayyan : Tabarruj jahiliyyah ialah apabila wanita itu meletakkan tudungnya di kepala dan ia tidak mengikatnya dengan betul sehingga menampakkan rantai leher, sumbang dan lehernya .
3. Qatadah pula mengatakan Allah s.w.t melarang tabarruj jahiliyah ialah kerana wanita sahulu keluar dengan lenggang lenggok .
4. Ibn Abi Najih menjelaskan bahawa maksud tabarruj ialah التبختر iaitu memakai wangi-wangian .

Pendapat yang lebih rajih mengenai maksud ayat ialah apa yang telah berlaku kepada wanita sebelum Islam di mana mereka memperlihatkan kecantikan dan perhiasan yang seharusnya tidak dapat diperlihatkan kepada lelaki ajnabi sehingga menaikkan nafsu mereka. Inilah perkara yang dilarang di dalam Islam .

1.2. Firman Allah swt dalam surah al-Nur ayat 31:

“dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu Berjaya”.(surah an-Nur : 31)


(1) “ Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya”

Pendapat ulama’ tafsir menginai ayat ini:

i) Ibn Kathir:

Mengikut Ibn Kathir ayat ini bermaksud wanita tidak boleh menzahirkan perhiasan di hadapan ajnabi kecuali sesuatu yang memang tidak boleh disembunyikan. Mengikut Ibn Mas’ud r.a. maksud ما ظهر منها seperti al-rida’ dan al-thiyab. Al-rida’ mengikut kamus al-Munjid fi al-Lughah wa al-‘Alam ialah apa yang dipakai di atas baju seperti jubah(pakaian luar) . Manakala al-Thiyab pula adalah perkataan jama’ dari al-thaub yang bermaksud pakaian .Orang yang sependapat dengan Ibn Mas’ud ialah al-Hasan, Ibn Sirrin, al-Nika’i dan lain-lain. Mengikut al-‘A’masy dari Said bin Jubir dari Ibn Abbas mengatakan maksud ayat ini ialah muka dan tapak tangan juga cincin .

ii) Al-Qurtubi

Imam al-Qurtubi rahimahullah mengatakan bahawa Allah swt memerintahkan kaum wanita supaya tidak menzahirkan perhiasan mereka di hadapan lelaki ajnabi. Kemudian Allah swt mengecualikan perhiasan yang boleh dilihat oleh lelaki ajnabi. Mengenai pengecualian ini ada beberapa pendapat mengenai kadar bahagian mana yang harus dibuka. Ibn Mas’ud mengatakan perhiasan yang zahir ialah al-thiyab. Ibn Jubair mengatakan muka. Said bin Jubair, ‘Ata’ dan al-Awza’i mengatakan muka, kedua tapak tangan dan baju. Ibn Abbas, Qatadah dan al-Miswar bin Mukhrimah mengatakan perhiasan yang zahir ialah celak, gelang, inai dan seumpamanya. Ibn ‘Atiyyah pula berpendapat bahwa daripada ayat ini wnaita tidak boleh mendedahkan perhiasannya dan wanita seboleh mungkin hendaklah menyembunyikan perhiasannya. Walaipun begitu di sana ada pengecualian boleh dizahirkan dan dikira hokum darurat dan dalam keadaan ini dimaafkan .

iii) Muhammad Ali al-Sabuni

Muhammad Ali al-Sabuni pula mentafsirkan ayat ini dengan katanya: wanita tidak boleh mendedahkan perhiasan mereka di hadapan lelaki ajnabi kecuali mana yang zahir dengan tidak sengajadan tidak berniat jahat.
Berdasarkan kepada huraian di atas dapatlah dibuat kesimpulan bahawa yang dimaksudkan dengan ayat مَا ظَهَرَ مِنهَا ialah :

• Muka dan tapak tangan
• Pakaian luar
• Celak dengan syarat tidak menimbulkan fitnah
• Berinai
• Cincin dan gelang

(2)
Maksudnya : dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.

Al-khumur adalah jama’ dari perkataan al-khimar.

Mengikut Sayyid Qutb, al-Khimar ialah sesuatu yang menutupi kepala, leher dan dada.
Mengikut Ibn Kathir, al-khamar di dalam ayat ini ialah sesuatu yang menutupi kepala . Maksud وليضربن pula ialah melabuhkan tudung tadi hingga menutupi leher dan dada. Penggunaan kalimah al-Darb ( الضرب) di sini ialah untuk menunjukkan kepada kita bagaimana bersungguh-sungguhnya Allah swt menyuruh kaum wanita melabuhkan tudung hingga menutupi leher dan dada .

Manakal al-jaib mengikut pandangan Sayyid Qutb ialah permukaan dada (belahan leher baju). Jadi tujuan bahagian ini harus ditutup ialah untuk menyembunyikan ‘mafatinahunna’ iaitu bahagian yang boleh menimbulkan fitnah. Bahkan mengikut Sayyid Qutb bahagian ini juga seharusnya dijaga dan jangan sampai langsung ada orang melihatnya walaupun tersalah pandang. Wanita mukminat yang menerima perintah ini hati-hati mereka sentiasa bersinar dengan nur Allah, mereka tidak teragak-agak untuk patuh dengan perintah Allah walaupun fitrah mereka sendiri gemar dan ingin untuk menonjolkan perhiasan dan kecantikan .

(3) Firman Allah swt:

Maksudnya :
“dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; “

Allah telah menetapkan bahawa wanita hanya boleh membuka aurat dan perhiasan mereka di hadapan mahram mereka sahaja iaitu :

1. Suami
2. Bapa
3. Mertua
4. Anak-anak
5. Anak-anak suami (kerana isteri ayah adalah ibarat ibu sendiri)
6. Adik beradik lelaki
7. Anak-anak saudara lelaki (sebelah ibu).
8. Anak-anak saudara lelaki (sebelah bapa)
9. Wanita yang ada hubungan dengannya sama ada hubungan saudara atau hubungan agama (perempuan muslimah).


2. TABARRUJ MENGIKUT SUNNAH:

Terdapat beberapa hadith nabi yang menyentuh tantang tabarruj, antaranya :

2.1. Maksud hadith :
Daripada ‘Alqamah. ‘Abdullah berkata : Allah melaknat orang yang melakukan tatu dan orang yang meminta supaya dilakukan tatu ke atasnya, orang yang bercukur rambut atau bulu di muka dan orang yang menjarangkan gigi yang mngubah ciptaan Allah, aku tidak akan melaknat kecuali orang yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. dan ianya ada disebut di dalam al-Quran iaitu di dalam ayat yang bermaksud:”apa-apa yang dibawa oleh Rasul maka hendaklah kamu mengambilnya dan apa-apa yang dilarang maka hendaklah kamu meninggalkan” .

Hadith ini menjelaskan kepada kita bahawa Rasululluh s.a.w. memberi amaran bahawa Allah melaknat orang yang mengubah ciptaan Allah swt seperti melakukan tatu, tidak kira orang yang melakukan tatu atau orang yang ditatu, kedua-duanya mendapat laknat Allah swt. Begitu juga orang yang mencukur rambut atau bulu di muka seperti mencukur atau mencabut bulu kening dan orang yang menjarangkan gigi supaya kelihatan cantik.


2.2. Maksud hadith :

Daripada Ibn Umar r.a. berkata Nabi s.a.w. melaknat orang yang menyambung rambut (memakai rambut palsu kepada seseorang), dan orang yang kena sambung rambut (memakai rambut palsu), begitu juga orang yang melakukan tatu dan orang yang kena tatu .
Hadith ini bermaksud Nabi s.a.w. melaknat mana-mana orang yang Islam lelaki dan wanita daripada memakai rambut palsu, membuat rambut palsu untuk orang lain dan apa jua kegiatan yang berkaitan dengannya. Begitu juga halnya dengan tatu, kedua-duanya adalah dilarang di dalam Islam.


Melakukan tatu ialah menusukkan jarum ke dalam atau seumpamanya ke dalam anggota badan sehingga mengalir darah kemudian disapu dengan besi panas. Ibn Hajar ketika menghuraikan maksud hadith ini menyatakan bahawa hadith ini merupakan hujah yang jelas kepada haramnya kepada kedua-dua perbuatan tersebut. Di dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. menggunakan perkataan laknat menunjukkan bahawasanya haram bukan dengan sebab tanzih bagaimana yang di dakwa oleh sesetengah pandangan, bahkan ada ulama’ menyatakan ia termasuk dalam dosa-dosa besar .

2.3. Maksud hadith :

Rasulullah s.a.w. bersabda : dua golongan dari ahli neraka yang tidak akan saya lihat(di akhirat) iaitu satu kaum yang membawa cemeti seperti ekor lembu sedang memukul manusia dan manita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang yang menarik perhatian orang kepadanya yang berjalan berlenggang dan kepala mereka condong seperti belakang unta, mereka tidak akan dapat masuk syurga, tidak akan menghidu keharuman bau syurga dan bau syurga ini dapat dihidu dengan jarak sekian-sekian.

Hadith ini menjelaskan dua golongan penghuni neraka. Golongan pertama ialah orang-orang berkuasa yang zalim kerana menindas, menyeksa dan menganiaya manusia dnegan kuasanya. Golongan kedua ialah kaum wanita yang berpakaian yang tidak sempurna. Mengikut al-Nawawi maksud berpakaian tetapi bertelanjang mempunyai beberapa maksud. Ada yang berpendapat bahawa paikaian itu maksudnya menerima dan mengecapi nikmat Allah tetapi bertelanjang iaitu tidak mensyukuri nikmat Allah. Ada pula yang berpendapat bahawa maksud berpakaian tetapi bertelanjang ialah maksudnya wanita yang menutup sebahagian badan tetapi membuka sebahagian yang lain untuk ditunjuk-tunjuk. Ada pula yang mengatakan bahawa maksud berpakaian tetapi bertelanjang ialah wanita memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulitnya .


3. TABARRUJ MENGIKUT ULAMA'

3.1. Tabarruj mengikut Abdul Karim Zaidan.

Tabarruj sekarang boleh disamakan dengan al-‘Ura iaitu bertelanjang kerana wanita hari ini mereka berpakaian tetapi seolah-olah mereka bertelanjang kerana mereka memakai pakaian yang nipis dan ketat yang menmpakkan susuk bentuk tubuh badan mereka. Mereka berpaikian lengkap menutupi seluruh badan mereka tetapi muka mereka dihiasi dengan mekap, keningnya diukir dengan halus, pipi dan bibir yang merah serta mata yang biru yan boleh menaikan hawa nafsu lelaki, maka ini juga boleh dikatakan dengan tabarruj .

3.2. Tabarruj mengikut Dr. Yusuf al-Qaradawi

Antara perkara yang menjadikan seseorang itu terkeluar dari tabarruj ialah apabila pakaiannya mengikut batas-batass mengikut batas-batas yang digariskan oleh syara.

3.3. Tabarruj mengikut al-Maududi

Tabarruj jahiliyah ialah semua zinah (perhiasan) yang diniatkan untuk menarik perhatian lelaki ajnabi. Sehinggakan kalau seorang wanita memakai tudung kepala yang terang warnanya untuk menarik perhatian lelaki ajnabi maka ianya termasuk di dalam tabarruj jahiliyah .


4. HIKMAH DILARANG BERTABARRUJ

Setiap yang diperintahkan Allah swt mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Sepertimana firman Allah swt dalam kitabNya:

“Apakah kamu mengira, Kami menciptakan kamu dengan sia-sia, dan kamu kepada Kami tidak akan dikembalikan?” (Al-Mu’minuun ayat 115.)

Maka jelas disini bahawa sebarang perintah atau suruhan daripada Allah swt itu bukanlah suatu perkara yang sia-sia malah terkandung di dalamnya hikmah yang besar buat hamba-hambaNya yang taat dan beriman dengan suruhanNya dan menjauhi laranganNya.
Hikmah yang terkandung dalam tegahan wanita-wanita Islam dari bertabarruj adalah merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Disini penulis membawa beberapa hikmah yang terkandung di dalamnya:

• Dapat menjauhi dari terjebak dalam kancah maksiat

Sepertimana kita maklumi bahawa apabila seseorang wanita yang kurang berhias, jarang atau tidak langsung berhias tidak akan dirasai kehadirannya berbanding wanita yang berhias berlebih-lebihan. Maka mata-mata jahat akan lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang meransang mata mereka. Kadang-kadang ianya juga menarik perhatian mata lelaki-lelaki yang beriman yang mana kita sedia maklum bahawa setiap lelaki mempunyai nafsunya sendiri. Justeru itu, wajarlah kita tidak digalakkan berhias secara berlebih-lebihan kerana dengan kurangnya tabarruj dari kalangan wanita maka secara tidak sedar, kes-kes berkenaan gejala social dan jenayah dapat dikurangkan seperti kes rogol, sumbang mahram keruntuhan akhlak dan perkara-perkara maksiat yang lain.

• Mudah untuk mengerjakan solat dan berwudu’

Dengan memakai pelbagai aksosori di pakai atau ditubuh agak menyukarkan untuk mendirikan solat dan berwudu’. Ianya akan mengambil masa yang agak lama sehingga boleh menunaikan solat. Hal ini kerana masa yang banyak akan dihabis untuk menanggalkan aksesori tersebut kadang-kadang sehingga perlu kepada bantuan orang lain. Perkara ini amat menyusahkan. Selain itu, masa juga dihabiskan untuk menyuci segala make-up yang kedapatan di muka. Sebaliknya jika tidak bertabarruj, segala kerja akan menjadi lebih senang bermula dengan mengambil wudu’ sehinggalah menunaikan solat.

• Menjaga iman di dada.

Apabila seseorang wanita muslimah dan mukminah tidak bertabarruj, maka akan meninggalkan kesan-kesan keimanan di sisinya. Hal ini kerana kesan dari tidak berbercantik-cantik itu akan menjauhkan diri wanita tersebut dari terjebak dengan lelaki-lelaki jahat atau gangguan dari lelaki-lelaki yang kurang agamanya. Maka akan terpeliharalah imannya kerana tidak melakukan maksiat di hadapan lelaki atau bersama mana-mana lelaki secara tidak sedar.

• Menjimatkan wang ringgit

Menjimatkan wang ringgit apabila wanita mengamalkan sikap tidak bertabarruj. Tidak perlu untuk membeli aksesori-aksesori yang berlebihan dan barang-barang yang bukan keperluan. Seterusnya alat-alat solek yang tidak langsung menjadi keperluan kehidupan.

• Memupuk sikap bercantik-cantik dari segi yang dibolehkan dan dituntut.

Sudah menjadi fitrah wanita untuk menampakkan diri agar kelihatan dan dipandang cantik. Allah itu sendiri cantik dan suka kepada kecantikan, Oleh itu manusia sendiri harus meletakkan kecantikan pada dirinya. Namun Islam ada menggariskan panduan untuk muslimah yang mementingkan kecantikan yang hakiki. Terdapat beberapa faktor dimana kecantikan itu boleh dibentuk iaitu faktor fizikal iaitu luaran, faktor mental iaitu dalaman dan faktor kerohanian iaitu membentuk roh. Maka aspek-aspek ini yang lebih perlu diberi perhatian oleh setiap kaum wanita.

KESIMPULAN

Tabarruj disamakan maksud dengan melawa atau bercantik-cantik di hadapan ajnabi khususnya ketika keluar dari rumah kediaman dengan memakaian wangi-wangian, berdandan, memperagakan pakaian yang menarik perhatian setiap orang yang melihatnya dan sebagainya lagi. Tidak kiralah dengan apa hajat sekalipun sama ada keluar untuk belajar, bersiar-siar, bekerja, keluar menghadiri seminar atau menghadiri majlis keramaian.

Allah menerangkan kepada kita secara jelas bagaimana adab-adab berpakaian yang sebenar menurut Islam melalui firmanNya di dalam surah al-Nur ayat 31,yang menyeru setiap kaum hawa agar menampakkan apa yang terzahir sahaja daripada diri mereka iaitu muka dan tapak tangan.

Malah banyak juga dari hadith-hadith nabi saw yang menerangkan azab-azab yang pedih disediakan kepada wanita-wanita yang melanggar perintah Allah swt dari segi berpakaian atau dengan lebih tepatnya lagi memperagakan pakaian-pakaian bukan mengikut cara-cara Islam gariskan.

Namun begitu, masih ramai lagi umat Islam lalai dari menyahut seruan Allah swt supaya mempraktikkan dengan sempurna cara berpakaian yang dituntut oleh Islam malah mereka dengan sengaja melupakan azab-azab yang diancamkan kepada mereka.

Tidak hairanlah jika ketika dan saat ini berlakukanya peningkatan mendadak kes-kes rogal dan sumbang mahram di kalangan remaja. Punca berlakunya semestinya bukanlah disebabkan soal berpakaian sahaja tetapi perlulah diingatkan bahawasanya soal pakaian adalah salah satu daripadanya dan merupakan satu titik penting dalam menjerumus seseorang kepada perkara-perkara maksiat. Firman Allah s.w.t:

maksudnya: Dan tidak (dinamakan) kehidpan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (Surah Al-An’aam, Ayat: 32).

Justeru itu, sebagai umat Islam kita perlulah mengamalkan cara hidup Islam sebagai satu cara hidup kita agar kesejahteraan dan keberkatan itu diperoleh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Sekaligus peribadi muslim dapat dipupuk melalui pengamalan etika berpakaian yang sebenar. Hasilnya imej Islam yang selama ini tercalar dengan pelbagai tindakan buruk pengganutnya dapat dipulihkan kembali oleh tindakan-tindakan baik pengganutnya sendiri. Sesungguhnya Islam tidak memerlukan kita tetapi kitalah yang memerlukan Islam.


Rujukan:

1. Abi Abdillah Muhammad bin Ahmad al-Ansori(t.t.),al-Jami’ li Ahkam al-Quran, j. 13, Dar al-Kitab al-‘Arabi,
2. Abi Abdillah Muhammad bin Ismail al-Bukhari (2001), Sahih al-Bukhari, Beirut : Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi
3. Abi al-Fadh Jamal al-Din Muhammad bin Makram Ibn Manzur al-Afriqi al-Masri(1883). Lisan al-‘Arab, j.2, Beirut : Dar Sadir,
4. Abi Muhammad Husain bin Mas’ud al-Fara’ al-Baghawi (1987), Tafsir al-Bughawi al-Musamma al-Ma’alim al-Tanzil, c.2, Beirut : Dar al-Ma’rifah,
5. Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (1995), Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi
6. Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalani (1993), Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari
7. Ali Abd Halim Mahmud(1994), al-Tarbiyah al-Islamiyyah fi suruh al-Nur, Kaherah : Dar al-Tauzi wa al-Nasyr al-Islamiyyah,
8. Al-Munjid fi al-Lughah wa al-‘Alam,(1984), c. 27. Beirut : Dar al-Masyriq,
9. Hajah Noresah bt Baharom, ed.et.al (1996), Kamus Dewan, Edisi Ketiga, c.2. Kementerian Pendidikan Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka,
10. Imad al-Din Abi al-Fida’ Ismail bin Kathir al-Quraisyi al-Dimasyqi(t.t.), Tafsir al-Quran al-‘Azim, j.3, Dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, Isa al-Babi al-Halabi wa Syurakah
11. Muhammad Ismail Ibrahim(1967), Mu’jam al-Alfaz wa al-‘Alam al-Quraniyyah, Kaherah : Dar al-Fikri al-‘Arabi,

morocco

tetiba teringin nak p morocco,di benua afrika...moga Allah permudahkan perjalananku ke sana.aamin









Selasa, 26 Oktober 2010

Fanpage Facebook “I’m Proud To Be A Muslim” menghina Islam.



Baru sebentar tadi saya menerima satu link dari rakan Facebook (terima kasih kepada Redzuan Sulaiman) yang mengatakan fanpage Facebook “I’m Proud To Be A Muslim” menghina Islam. Pada mulanya saya tak berapa perasan apa yang tak kena dengan fanpage ni. Profile picture fanpage ini adalah gambar ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim. Bila tengok kepada ahli fanpage telah mencecah hampir 300,00 dan saya perasan ramai orang melayu Malaysia ‘LIKE’ fanpage ni. Setelah dikenalpasti fanpage ini bukan dibuat oleh orang Malaysia sebab ramai profile FB dari luar negara dan banyak komen dalam bahasa inggeris.



Mula-mula takde la syak apa yang tak kena dengan fanpage ni. Tapi bila baca pada komen wall banyak unsur mencarut dan maki hamun dari commenter, juga terdapat ‘fake’ Facebook profile yang meletakkan gambar berunsur lucah, saya berasa ada yang tak kena. Kemudian buka picture profile… Nauzubillah min Zalik… gambar-gambar profile terang2an menhina Islam dan Rasulullah secara langsung. Sila lihat gambar di bawah.




Klik link dibawah untuk melihat fanpage yang menghina islam

http://www.facebook.com/pages/Im-proud-to-be-a-Muslim/46199348327?ref=nfsblmbuka#!/pages/Im-proud-to-be-a-Muslim/46199348327

Jadi, kepada sesiapa yang telah ‘LIKE” fanpage ni sila ‘UNLIKE’. Mutual friends saya ada lebih 40 orang telah ‘LIKE’ fanpage ini tanpa disedari. Kemudian mari sama-sama ikut buat ada dengan klik ‘report page’ atau ikut instruction dibawah.

1) Klik pada ‘Report Page’




2) Select ‘Violence, crime or self-harm’, kemudian klik submit.



P/s : Musuh-musuh Islam sejak akhir-akhir ini semakin galak menghina Islam. Kepada semua umat Islam bangkit jangan berdiam diri.

artikel ini dicopy di sini. di panjangkan penyebarannya agar maklumat ini dapat disebarkan dengan seluas-luasnya.

Rabu, 20 Oktober 2010

kambing atau orang yang nak dikorban?

macam-macam dunia sekarang, terjumpa satu berita di sini, nak tergelak pun ada tapi itu lah hakikatnya beragama. semua nak kejar kebaikkan, last2 kambing tak mati orang yang mati...baca dan terjemah sendiri.

Ten killed in temple stampede

An argument over sacrificing goats during a Hindu festival triggered a stampede that killed 10 people Sunday in a packed temple in northern India, officials said.

More than 40,000 people, many inebriated, had taken their goats to the Tildiha village temple in Bihar state to offer sacrifice and prayers to the goddess Durga on the last day of the Navratri festival.

As the worshippers lined up before the butcher, a scuffle broke out and some people were trampled, Banka district spokesman Gupdeshwar Kumar said.

"People were vying with each other to get their goats sacrificed first, and they had a verbal duel with the butcher," Kumar said.

Four women and six men died in the stampede, and another 11 were injured, three of them critically, Banka district police director Neelmani said. The injured were being treated in hospitals.

Villager Umesh Kumar, 35, said the temple was so full, "people didn't have any place to walk around ... and there was a commotion when people tried to have their goats sacrificed."

The district spokesman said some 30,000 goats were sacrificed at the temple on Saturday.

The 10-day Navratri festival honors Durga, the Mother Goddess in the Hindu religion.

The village in Banka district is about 120 miles (200 kilometers) southeast of Bihar's state capital, Patna. - AP

Rabu, 13 Oktober 2010

kotak oh kotak

macam mana nak fikir luar kotak dan luar otak? sape ada jawapan tolong kongsi bersama..

Sabtu, 9 Oktober 2010

ESQ

serabut pagi ini, niat dihati kerja pagi ini dapat habiskan sedikit assaimen yang berbaki. idea datang bercurah-curah tapi kerna ceteknya pengetahuan yang ada maka 'perjalanan' membuat assaimen ini terbantut. alatannya yang kurang, picturenya yang tidak berapa ok dan notebook pula kehabisan bateri. alahai banyak pula masalahnya.

merewang-rewang seketika fikiranku, apa yang perlu aku buat. maka aku ketemu majalah i keluaran bulan ogos baru-baru ini. isu utamanya adalah pengharaman ESQ oleh mufti wilayah persekutuan. maka aku membelek-belek naskah yang mempunyai 98 halaman ini.
isu ESQ?

ye, ianya perlu diperjelaskan. malaysia yang rata-rata rakyatnya beragama islam suatu ketika digemparkan dengan isu pengharaman ESQ yang mana kita tahu bahawa ESQ adalah satu program motivasi spiritual islamik. ramai dikalangan rakyat negara ini yang telah menyertainya. baik dari kalangan dato,datin atau pak cik mak cik malah tidak terkecuali juga ahli ilmuan islam seperti mufti dan tokoh-tokoh agama hinggakan alumninya sudah mencecah ratusan ribu.

isu yang dicetuskan oleh seorang mufti iatu Dato Wan Zahidi Wan Teh telah menyebabkan ahli organisasi peringkat tertinggi ESQ tergaru-garu kepala. maka perbagai inisiatif dilakukan untuk memurnikan kembali isu yang telah tercetus ini.

hujah yang dibawa oleh Dato Wan Zahidi Wan Teh adalah berkenaan 10 ciri yang terkandung di dalam program ESQ yang boleh menjejaskan akidah.antaranya adalah :

1. ESQ mendakwa semua nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian
2. menyamakan bacaan al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang islam dengan malan Bushido oleh orang Jepun yang berteraskan ajaran Buddha
3. mencampurkan amalan kerohanian yang bukan islam dan islam.
4. menekankan konsep suara hati sebagai rujukan utama dan menentukan baik dan buruknya sesuatu perbuatan.
5. mentaksir kalimah syahadah dengan 'triple one'
6. mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima akal dan tidak sesuatu dengan zaman sekarang yang serba logik.

maka doto wan zahidi kemukakan hujah-hujah berkenaan semua aspek-aspek yang membawa kepada keraguan dalam ESQ. sebagai tokoh agama dan sebagai orang yang mendalami bidang akidah mungkin, sudah tentu beliau mengetahui latar belakang permasalahan dan hujah-hujah yang akan beliau kemukakan.

disebelah pihak pula, berkejar ke sana kemari untuk menenangkan kembali air yang terkocak. maka persidangan muzakarah khas jawatan fatwa majlis kebangsaan diadakan untuk meluruskan kembali benang yang tersimpul. keputusan yang disepakati oleh para mufti negara ini memutuskan bahawa kursus latihan kepimpinan ESQ boleh dilaksanakan di negara ini dengan pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah yang dilantik oleh ESQ.

legalah hati-hati yang berkecamuk sebelum ini. berpusatkan keputusan muzakarah ini, ramailah yaang terlibat secara langsung atau tidak langsung memberi respon untuk menjernihkan kembali suasana.kini, ianya tenang setenang air dilaut bagi seseorang pemerhati jauh seperti aku.

bagi diri yang kerdil dengan ilmu ini, aku melihat bahawa di sini berlaku dua pertembungan unsur. unsur orang syariah dan unsur orang akidah. bagi golongan ahli dalam bidang akidah, aku yakin mereka melihat dengan pandangan yang begitu berat sekali hinggakan perlunya kepada penghapusan jika tidak akidah umat ketika ini dikhuatiri terpesong. maka mereka mengambil kaedah seperti membunuh terus harimau jika kedapatan di sebuah kampung kerana takutkan kepada ancaman nyawa.

manakala bagi golongan ahli dalam bidang syriah pula mereka melihat kepada penjernihan iaitu kekalkan dengan membuat pembetulan. ibaratnya harimau di kampung tersebut perlu ditangkap dengan mempraktikkan cara-cara yang selamat dan di letakkan di dalam zoo.kita dapat lihat disini ada dua cara yang berbeza tetapi matlamatnya sama iaitu untuk menyelamatkan nyawa.

satu lagi, yang kelihatan dalam isu ini adalah untuk menjaga nama. adakah anda terfikir bagaimana keadaan jika ESQ diharamkan di malaysia? sesukar mana untuk kita gambarkan maka itulah hakikatnya. justeru itu, mahu tidak mahu ESQ perlu memperbaiki beberapa perkara yang diutarakan oleh dato wan zahidi wan teh jila ingin terus dikekalkan.

Rabu, 6 Oktober 2010

majlis kahwin beruk n pengguin


sejak akhir-akhir ini, rasa agak boring. so pencari demi pencari aku teruskan, aku temui satu berita yang menarik di sini . cubalah baca dan terjemah sendiri.


Wildlife weddings

Wanxing (left) and Yang Yang holding hands as they walk to the wedding party


Two special wedding ceremonies were held this week for a chimpanzee couple and four pairs of penguins in China.

This first was organised on Wednesday for superstar chimpanzee Wanxing at Hefei Wildlife Park in Anhui Province.




Wanxing cycling to meet Yang Yang on their wedding day

It was an international marriage for Wanxing and her husband Yang Yang, four.

Wanxing - a name which means the star of Anhui - was the first chimpanzee born in the Province in 2004, while Yang Yang came from Guinea, a country in west Africa, a year ago.

Dressed in her brand new wedding gown, Wanxing left her home to meet Yang Yang on her bicycle.

As she arrived, she held Yang Yang's hands and both of them then walked on the red carpet to the venue of the wedding ceremony.

They then participated in the tea ceremony just like a traditional Chinese wedding.

Wanxing also kissed Yang Yang a few times before the couple were sent to their new home.


The penguins enjoying at their wedding party (Photo: Xinhua)




In another city in China, a mass wedding was held for four pairs of penguins at Dalian Sun Asia Polar Ocean Park in Liaoning Province on Friday.

The couples held 'hands' and walked down the aisle with the female penguins wearing wedding gowns while the males ijust wore bowties since they already looked like they were wearing tuxedos in their natural state.

They were then sent to their respective 'love' houses.

All of the penguins were born at the ocean park.

Ahad, 3 Oktober 2010

rehlah ilmu...

hari ini bersiar-siar dengan ust hamzah dan kawan-kawan yang lain di mid velly,belajar bahasa arab...nama buah-buahan, sayur-sayuran, dan benda-benda lain.bertambah sedikit ilmu di hujung minggu ni. hampir 2 jam setengah kami bersiar-siar sambil belajar.hajat ust ingin sampai ke petang bersiar di mid velly bersama kami tapi tak kesampaian, kawan ust baru datang dari jordan dan berhajat nak makan tengah hari bersama. maka kami tak dapat bersiar-siar lama. sampai pukul 1, ust hamzah bawa kami semua pergi minum. katanya dia ingin belanja kami makan tengah hari tapi tak dapat hari ini mungkin lain kali. maka kami minum-minum sahaja di dunkin donnut.sampai pukul satu, ust pun minta untuk beredar.sampai di sini sahaja perjalanan kami pada hari ini.

setelah ustaz beredar. kami berbual-bual sebentar. ada satu perkara yang benar-benar menarik perhatianku. salah seorang dari kawanku ditawarkan ke syiria untuk rehlah sambil belajar. alhamdulillah, seronoknya...katanya, akademi pengajian islam callnya mempelawa dia pergi ke sana. bersyukur sangat-sangat katanya. sememangnya dia sangat berhajat ke sana, sambungnya lagi tak sangka dia di pelawa,aku tumpang bersyukur...alhamdulillah,rezeki Allah sangat luas, Maha Pemurah Allah,hanya tunggu hambanya sahaja untuk bersyukur.firman Allah dalam kitabnya:

أولم يعلموا أن الله يبسط الرزق لمن يشاء ويقدر إن في ذلك لآيات لقوم يؤمنون

dalil ini besar untuk di sematkan dalam fikiran setiap muslim agar kita tidak kufur dan lupa bahawa Allah Maha Berkehendak.

ianya juga nasihat dan tarbiyah untuk diri ini dan kita semua, rezeki kita belum sampai lagi untuk kita ke sana. tapi besar hajat di hati ku agar dapat juga untuk ke sana. walaupun bukan kali ini, mungkin untuk kali yang lain dengan izin Allah. insyaAllah..

semoga Allah mudahkan perjalanannya ke sana bersama orang-orang yang bertuah yang lain.aaamiin..

aku juga menunggu rezekiku dan kawan-kawan yang lain...

Sabtu, 2 Oktober 2010

bahasa arab bahasa kedua dunia

aku telah gagal menyampaikan masej,...dalam 1 perbualan yang tidak dirancang, tetiba aku mencetuskan bahawa bahasa arab adalah bahasa kedua dunia, ianya antara bahasa global yang terpenting. salah satu bahasa yang digunakan untuk mencari ilmu dalam dekat ini. tetiba aku disagah, apa buktinya bahasa arab adalah antara bahasa terpenting dunia?maka aku kemukakan beberasa alasan yang mana aku gagal menyampaikannya secara baik dan berkesan.

aku katakan,pertama :pertandingan debat pernah mengambil topik perbincangan berkenaan hal ini. di mana kita sedia maklum bahawa pertandingan debat selalunya akan mengutarakan tajuk-tajuk yang bersifat semasa dan isu perbincangan umum. ianya akan menjadi salah satu medium penyampaian kepada masyarakat khususnya penonton. maka penonton akan menilai dan mengulas sendiri fakta dan auta yang dikemukan oleh para pendebat berkenaan isu tersebut. hal ini menunjukkan ianya bukan tajuk sampingan.maka katanya "debat?!"

kedua aku katakan, banyak buku-buku yang dikarang dan ditulis oleh orang-orang barat atau eropah banyak diterjemahkan ke dalam bahasa arab lebih-lebih lagi buku yang mendapat title "best seller" berbanding malasysia dan bahasa-bahasa lain. jelas di sini bahasa arab mendapat tempat dalam bidnag ilmu. maka katanya banyak sahaja buku-buku bagitu yang diterjemahkan dalam bahasa malaysia dan bahasa-bahasa lain.

lalu aku katakan lagi, ketiganya isu global, agenda inggeris-arab.di mana kita sedia maklum bahasa agenda ini bukan sekadar agenda kosong. tidak habis-habis inggeris ingin menjatuhkan kuasa-kuasa besar arab ini. maka kita nampak yang bercakaran sekarang adalah inggeris-arab, yang terlibat secara umum dengan minyak juga inggeris-arab: inggeris import minyak, arab eksport minyak.kedua-duanya mempunyai hubungan penting dunia dalam segala aspek jual beli atau beli jual. selainnya berkenaan isu agama dan pegangan yang seringkali menjadi isu panas kerana kaum arab kebanyakkannya adalah beragama islam .

kita tidak kedengaran berkenaan inggeris-cina, atau inggeris- india, inggeris-korea dan sebagainya. hal ini menunjukkan bahawa bahasa arab itu mendapat tempat di peringkat global. kaedah ianya mendapat tempat dan bagaimana, itu bukanlah topiknya tetapi isunya adalah bahasa arab adalah bahasa terpenting dunia selepas bahasa inggeris.

dia tetap tidak berpuas hati, lalu di sangkalnya dengan beberapa perkara yang aku telah terlupa apa yang dicakapkan. lalu aku cuba mencari info berkenaan bahasa penting dunia khususnya bahasa arab.

(lihat di sini):-Arabic is the second largest native language. Used by more than a billion Muslims around the world, it is also one of the six official languages of the United Nations.


di sini juga anda boleh merujuknya.

line internet tidak berapa elok maka aku terpaksa menghentikan pencarianku setakat ini dahulu.

Selasa, 28 September 2010

remaja kita

membaca berita pagi ini, penulis menggelengkan kepala sahaja.rupanya masih lagi berbaki jenis-jenis bapa sebegini di zaman pancaroba ini. klau zaman dahulu seorang bapa garang untuk menakut-nakutkan anak-anaknya agar tidak melakukan perkara yang tidak baik atau kurangnya ilmu pendidikan anak-anak. perkara ini mungkin dilihat seperti suatu perkara biasa dan langkah-langkah pencegahan akan dilakukan oleh jiran tertangga.

jika sekarang perkara ini masih lagi terjadi di sesebuah rumah, adakah anda terfikir jiran sebelah akan menjadi "penyebuk" keadaan rumah disebelahnya? penulis melihat jumlah yang akan menjadi "penyebuk" mungkin sedikit berbanding bilangan yang menjadi "pekak". di zaman yang serba canggih di mana ilmu tersebar di mana-mana, rasanya tidak menjadi masalah yang besar untuk kita untuk memperoleh apa jua ilmu khususnya ilmu pendidikan anak-anak.

ingin sekali penulis memuatkan apa yang telah disampaikan oleh salah satu panel di forum peradaban kemelut remaja yang telah di adakan di Akademi Pengajian Islam. satu garis panduan yang digariskan oleh satu kata-kata hikmah, yang periwayatnya adalah dikhilafkan "bermainlah dengan anakmu selama 7 tahun, disiplinlah mereka selama tujuh tahun dan berkawanlah dengan mereka selama tujuh tahun...kemudian bolehlah engkau melepaskan tali yang dipegang(anak) mengikut jalannya".

jelas disini, cara dan kaedah sebenarnya ada untuk mendidik anak-anak tetapi perlulah kita menjalankan "searching" di mana boleh kita temuinya. pendidikan ini bukan sahaja untuk si bapa mengawal emosinya tetapi lebih dekat untuk ibu bapa mengawal kehidupan anak-anak. seperti mana kita tahu, zaman sekaranng jauh bezanya dengan zaman ibu ayah kita dahulu. justeru perlu diingatkan jika tersalah didikan mungkin akan mengundang padah.

jika berbincang soal pendidikan anak-anak, kita tidak boleh terlepas daripada isu-isu yang terjadi sekarang. keruntuhan akhlak dan moral berlaku di sana sini. apakah ilmu pendidikan ini hanya di atas lembaran-lembaran kertas yang terbatas dan jauh untuk diaplikasikan? seminar di sana sini, perbentangan kertas-kertas kerja, jurnal-jurnal yang diterbitkan adakah suka-suka dilakukan tanpa sebarang motif daripada ahli-ahli ilmuan ini? apakah faedahnya untuk mengkaji gejala-gejala remaja kini jika hanya untuk dipandang kosong oleh pihak-pihak sepatutnya?

banyak persoalan dilontarkan. ini adalah untuk membuka mata-mata yang telah sekian lama tertutup. ilmu pendidikan ber"sepah-sepah" dikeluarkan agar pihak ibu bapa dapat membimbing dan memainkan peranannya yang sepatutnya. isu remaja kini bukan isu picisan bagi sesebuah negara membangun tetapi isu wajib bagi mana-mana negara yang ingin maju. gejala sosialnya, kes-kes zina, anak-anak luar nikah dan gejala jenayahnya. ini semua adalah permainan teka silang kata bagi sesebuah negara agar dapat mencari jalan penyelesaian yang benar-benar efektif.yang menjadi punca akar permasalahan ini dilihat adalah kerana membangunnya sesebuah tamadun atau negara dari segi materialnya sahaja bukannya sepertimana yang dimaksudkan oleh Ibn Khaldun iaitu pencapaian keseimbangan antara material dan kerohanian. hal ini penting untuk menjaga identiti remaja dan masyarakatnya agar tidak tersasar.

pentingnya anak remaja yang jiwanya kental dan tidak rosak adalah untuk pembinaan anak bangsa negara pada masa hadapan. merekalah yang akan menjadi perdana menteri, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri, peneraju negara,para guru, dan sebagainya lagi yangmana semuanya ini adalah posisi-posisi penting dalam meneruskan pembangaun negara dan jiwa anak bangsanya yang akan datang kemudian.

justeru itu, ingin penulis petik kata-kata Syeikh Yusuf al-Qaradhawi "jika kamu ingin melihat ummah pada masa hadapan maka lihatlah remajanya pada masa kini". dapatlah kita katakan bahawasanya remaja adalah satu aset penting pada suatu bangsa, negara dan dunia. kerana dunia juga akan porak peranda jika bangsa remajanya "hangus" dijilat hembusan panas yang dinamakan ketamadunan yang jauh dari keseimbangan material dan kerohanian.

Khamis, 23 September 2010

Butakah cinta?


sejauh mana butanya cinta, penulis tidak tahu tetapi penulis akui kuasa cinta kadang-kadang membuatkan kita hampir gila kerana memikirkannya. zaman sekarang kejadian-kejadian semakin pelik berlaku,buang anak, buang suami, buang mak, buang ayah, buang sanak saudara dan seangkatan dengannya. jika semalam kita dikhabarkan dengan berita penemuan 3 orang gadis yang hilang dari Kampar, Perak. hari ini pula kita dikejutkan lagi dengan berita Mohd Fazli Azri Jamil yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi.ya, ini bukannya isu perbincangan kita tetapi kata-kata dari isterinya yang membuka mata penulis untuk membicarakannya.

“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,”


"bapa" sekejam Mohd Fazli boleh lagi disayangi oleh si isteri, lihatlah! betapa besarnya kuasa cinta. seperti mana kita tahu Mohd Fazli dituduh membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, dekat Batang Kali, jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Perbuatan menutup pintu teksi sehingga terkena kepala mangsa, memijak perut dengan but bola dan menyepak kanak-kanak, adakah boleh lagi bagi kita untuk mengasihi orang sepertinya? mungkin cinta itu tidak mengena kepada kita lantas sifat kasih itu jauh sekali untuk dilahirkan kepada orang zalim seperti Mohd Fazli.

tapi apakah kasih si "isteri" perlu diragui?penulis tidak tahu apakah yang perlu dikatakan, si anak yang lebih dekat dengan rahim si ibunya dibuang, yang dipilih lelaki yang durjana ini,sedangkan seekor binatang yang tidak diberikan akal seperti ayam, garang apabila kita mengganggu anak-anaknya, inikan manusia yang diberi akal bertindak sebaliknya. apakah sebenar cinta itu sehingga membawa padah
sedemikian?

Ahad, 19 September 2010

dinar emas : di mana kefahaman kita sebenar mengenainya

tertarik dengan respon yang diberikan oleh fairuzstone dalam forum yang saya baca disini . justeru, saya telah memuatkannya di dalam blog ini agar pemahaman kita lebih jelas mengenai isu dinar emas. mohon kebenaran untuk disiarkan di disini. .


Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain dan di gunakan secara tetap.

fungsi-fungsi wang:
1)sebagai medium pertukaran
2)alat mengukur nilai
3)alat menyimpan nilai
4)alat bayaran tertunda

wang fiat yang kita ada sekarang ini telah gagal menjalankan fungsi 2,3,4 yakni mengukur nilai,menyimpan nilai, alat bayaran tertunda.
wang fiat gagal.inflasi yang berlaku bukan lah di sebabkan permintaan dan penawaran tetapi di sebabkan kegagalan wang fiat menjalankan fungsi-fungsinya. dari segi syara ini adalah haram di sisi islam kerana telah menghilangkan hasil yang diperolehi oleh individu. sebagai contoh mudah si folan bekerja di ladang dan mendapat upah rm1000 sebulan dia menyimpan duitnya selama beberapa bulan sebanyak rm1000 dengan harapan dapat membeli seekor lembu untuk hantaran khawin beliau tahun hadapan kerana harga lembu skg berharga rm1000. akan tetapi setelah tiba waktu hendak meminang pemuda tersebut gagal membeli sekor lembu kerana harga lembu telah meningkat rm1500. oleh kerana itu si folan hanya mampu membeli kambing yang berharga rm800 sayang keluarga wanita telah menolak pinangan si folan kerana gagal memberi apa yang telah di janjikan. setelah penat lelah bekerja selama beberapa bulan mengumpul duit si folan gagal. hasil keringat titik peluh beliau telah hilang akibat kegagalan matawang fiat mengekalkan fungsi wang sebagai medium penyimpan nilai dan alat bayaran tertunda.
cuba kita renungkan kemanakah nilai duit ini pergi seperti angin? jawapan jelas nilai duit itu telah berpindah secara tidak langsung kepada pihak2 yang mengurus matawang fiat dunia a.k.a zionis. mereka mendapat cukai secara tidak langsung hasil dari titik peluh orang miskin tanpa perlu bekerja keras.

mengikut wikpedia Wang fiat adalah wang yang nilainya ditentukan oleh undang-undang dan bukan adanya barangan dan perkhidmatan. Wang fiat, contohnya wang kertas, merupakan simbol komoditi atau janji kerajaan [5]. Walaupun dipanggil dan dianggap wang, wang kertas bukanlah wang yang sebenar. Nota wang kertas adalah berasaskan janji untuk membayar wang sekiranya dituntut.
Wang fiat menyelesaikan beberapa masalah wang komoditi. Wang kertas lebih mudah disimpan dan diangkut berbanding ketulan emas dan perak. Buku cek dan urus niaga elektronik memudahkan lagi pertukaran.

Namun kegagalan besar wang kertas (dan syiling) adalah sebagai nilai simpanan. Dolar Amerika Syarikat (atau Nota Simpanan Persekutuan) telah kehilangan 95% daripada nilainya sejak 1913. Wang kertas sering kehilangan nilainya melalui inflasi, kerana wang kertas sentiasa diisukan atau dikeluarkan. Wang kertas turut mempunyai kekusutan apabila pengeluar wang kertas tidak boleh membuat pertukaran dengan janji untuk membayar dengan emas atau perak. Kekusutan pertama Nota Simpanan Persekutuan adalah pada 1933 apabila rakyat Amerika tidak boleh lagi menebus atau menukar dolar kepada emas pada $20 per auns. Kegagalan kedua pula pada adalah pada 1971 apabila orang luar yang ke Amerika tidak boleh menebus nota untuk emas pada kadar $35 per auns. Pada 2006, nilai dolar telah merudum kepada lebih kurang $700 per auns.
Wang fiat, terutamanya dalam bentuk kertas dan syiling, mudah rosak atau hilang. Namun kelebihannya terhadap wang komoditi ialah undang-undang yang mencipta wang fiat juga menyatakan bahawa wang yang rosak atau binasa boleh diganti semula. Sebagai contoh, kerajaan AS akan menggantikan wang kertas yang cacat atau rosak sekiranya sekurang-kurangnya separuh wang itu dapat disusun semula [8]. Disebabkan wang kertas amat mudah rosak, sesetengah kerajan seperti Malaysia, New Zealand dan Singapura mula menggunakan wang plastik.

Satu lagi kelemahan wang kertas adalah ia bergantung kepada sistem undang-undang (kerajaan) yang mengeluarkannya. Sekiranya kerajaan tersebut jatuh, mata wang yang bergantung padanya akan turut serta.
dengan keadaam economy usa sekarang yang menanggung hutang yang besar wang fiat tidak akan bertahan selama seratus tahun lagi kerana negara-negara rakan dagangan akan hilang kepercayaan untuk membeli bon terbitan federel reserve usa, dimana negara-negara itu kini telah meningkatkan pegangan ke atas emas tanda-tanda itu jelas apabila negara seperti china dan teluk arab telah meningkatkan rizab emas mereka sebagai insurans jika perlaku keruntuhan ekonomi dunia.
di bawah cedok dr http://www.yadim.com.my/Ekonomi/EkonomiFull.asp?Id=173

Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.Dinar berasal dari perkataan bahasa Latin Denarius iaitu matawang yang digunakan oleh Kerajaan Rom yang diperbuat dari logam perak. Ianya digunakan pada tahun 211 sebelum masihi di mana 1 denarius perak beratnya kira - kira 4.5 gram.Dari perkataan Denarius ini, wujudlah pelbagai matawang yang lain seperti Denier (mata wang perak Perancis), Denaro (mata wang perak Itali), Dinar (mata wang emas Islam), Dinero (mata wang perak Sepanyol) dan Dinheiro (mata wang perak Portugis).Pada penghujung zaman Republik Roman, mata wang Denarius dari logam emas mula digunakan dengan dikenali sebagai Denarius Aureus yang bermaksud Denarius Emas. Semenjak dari itu, perkembangan mata wang emas telah berubah mengikut peredaran zaman di mana semasa pemerintahan Constantine The Great (306 – 377 Tahun Masihi) mata wang emas lama telah ditukar dengan mata wang yang lebih ringan yang dikenali sebagai Solidus yang beratnya 4.5 gram. Mata wang emas Solidus ini telah digunakan sehingga berakhirnya zaman Empayar Byzantium dan telah tersebar penggunaannya ke seluruh Semenanjung Tanah Arab sehinggalah ke zaman awal Islam. Dari zaman bermula berkembangnya agama Islam, penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak dari Parsi telah digunakan menjadi mata wang bagi setiap ummah ketika itu dalam urusan jual beli.Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah yang ke-3 iaitu Khalifah Saiyidina Ummar al-Khattab (13 – 23 hijrah / 633 – 644 masihi), penggunaan mata wang dinar dan dirham mula dikawal dari segi corak dan berat. Di bawah pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang Islam telah diukir dengan nama Allah s.w.t. dan sebahagian dari ayat-ayat suci al-Quran. Berat mata wang Islam ini juga telah ditetapkan iaitu mata wang dinar mestilah mengandungi emas seberat 1 mithqal (iaitu seberat 4.25 gram ukuran pada masa kini). Manakala bagi mata wang dirham pula, beratnya adalah sebanyak 2.975 gram perak (ukuran pada masa kini) di mana jika nilai tukarannya dengan dinar ialah 7 dinar emas bersamaan dengan 10 dirham perak.Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun yang bertajuk “al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan akan wahyu Allah s.w.t. memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud. Sebab itu di dalam wahyu Allah s.w.t. dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain. Islam mementingkan keredaan Allah s.w.t. dalam setiap pelakuan dan pekerjaan yang dilakukan kerana keredaan Allah s.w.t. akan memberikan kesejahteraan kepada kehidupan dunia dan akhirat. Idea mengembalikan dinar emas bukan suatu perkara kecil kerana ia secara langsung atau tidak, turut melibatkan soal sistem sosial, ekonomi, politik, dan, keberkatan dari-Nya.Malah, kelemahan umat Islam sedunia mula ketara apabila berakhirnya penggunaan dinar emas. Menurut sejarah, pemerintahan Islam di bawah Khalifah Uthmaniyah di Istanbul, Turki telah dihelah dengan kemajuan dan pembangunan. Pinjaman wang kertas daripada Eropah untuk membangunkan Turki telah menjadikan negara tersebut berhutang dan melalui sistem wang kertas bersama riba telah melemahkan pemerintahan Khalifah. Riba sangat dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Ini diterangkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya,” (al Baqarah:279).Memang tidak dapat dinafikan, sistem wang dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba ini telah telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedaran. Sistem ini juga menimbulkan berbagai masalah seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Sistem ini yang dikendalikan oleh institusi perbankan, sistem demokrasi dan ahli politik yang tidak bertanggungjawab telah memberi sumbangan kepada kesengsaraan masyarakat dunia.Ibnu Abbas r.a. dari Ishaq Ibn Basheer dan Ibn Asakir di Kanz al-Ummal mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Orang yang pertama mengikuti Dajjal adalah 70,000 orang Yahudi...dan antara tanda pelepasan Dajjal adalah amalan riba.” Kini, dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan. Ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini, kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih. Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang?

mengambil kata-kata imran hussien di youtube jika tun mahathir cuba memperkenalkan dinar kepada public masyarakat awam tun mungkin dah lama kena bunuh mungkin zionis masih membenarkan transaksi antara negara menggunakan dinar.
mengapa wang fiat di kaitkan dengan riba?
kita lihat apa definisi riba

Definisi Riba
Secara bahasa riba berarti bertambah tumbuh tinggi dan naik. Adapun menurut istilah syariat para fuqaha sangat beragam dlm mendefinisikannya. Sementara definisi yg tepat haruslah bersifat jami’ mani’ yaitu mengumpulkan hal-hal yg termasuk di dlm dan mengeluarkan hal-hal yg tdk termasuk darinya.Definisi paling ringkas dan bagus adl yg diberikan oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullahu dlm Syarah Bulughul Maram bahwa makna riba adalah: “Penambahan pada dua perkara yg diharamkan dlm syariat ada tafadhul antara kedua dgn ganti dan ada ta`khir dlm menerima sesuatu yg disyaratkan qabdh .”

Dari Abu Said ra, Bilal ra membelikan Rasulullah saw barni (sejenis kurma yang baik) dan apabila Rasulullah saw bertanya kepada Bilal bagaimana kurma ini diperolehi, maka Bilal ra pun menjawab “Saya ada kurma yang kurang kualitinya ditukarkan dengan barni - 2 sa’ untuk 1 sa’.Mendengarkan hal ini Rasulullah saw pun berkata, “Oh, ini adalah riba. Jangan lakukan begitu. Sekiranya kamu berkehendak, maka jualkan kurma yang kurang kualiti tersebut dengan sesuatu yang lain dan beli lah kurma yang lebih baik dengan harga yang ditawarkan.” (Muslim & Ahmad). mengapa dalam hadis ni rasulullah kata itu adalah riba kerana pada masa tu bila wang dinar kurang di pasaran maka masyarakat menggunakan kurma sebagai medium wang kerana kurma boleh menyimpan nilai. dan ini adalah haram kerana ada lebihan seperti kita menukar wang rm5 dengan rm10 dan dari hadis ini juga kita dapat mengetahui tukaran matawang asing a.k.a forex exchange adalah haram kerana di niagakan secara komoditi.sedangkan fungsi wang adalah medium untuk pertukaran,mengukur,menyimpan nilai,alat bayaran tertunda.

secara logik dan rasional wang fiat tidak mempunyai nilai pun melainkan ianya hanyalah note ia mempunyai nilai kerana anggapan atau persepsi masyarakat yang mengiktirafnya sebagai wang yang bernilai. cth: note rm10 sama juga nilainya dengan note rm50 secara literal kerana bahan serta material yang di gunakan untuk memproses note ringgit itu adalah sama.cuma akibat dari persepsi masyarakat serta undang-undang yang membuatkan wang itu bernilai secara psikology dan batin.
dinar emas mempunyai rekod yang cemerlang selama 1400 tahun. kempen inflasi sifar akan berjaya kerana selama 1400 inflasi hampir sifar dinar telah di rekodkan.
moga-moga usaha tun akan di sambung oleh generasi selepasnya sekurang-kurangnya peringkat awal antara negara sebelum di kenal pada masyarakat seperti matawang euro.