Isnin, 14 Mei 2012

Hilang arah

Kemanalah menghilang semangat menuntut ilmumu, wahai Izzati. Ketika orang lain masih leka engkau bersungguh tapi kini semangat mu makin luntur, arah mu makin samar. Apa kesudahan bagi cerita ini? Monolog yang tiada kunjung hujungnya, tiada usaha diiringi, pastas kau salahkan keadaan, ini tak kena, itu tak kena...realitinya jauh untuk kau lihat? Dirimu wahai Izzati, diri mu bermasalah. Masalah tidak akan segera selesai jika engkau tidak gerakkan jenteramu untuk berlawan. Mulakan langkah, biar langkah itu kecil tapi bila dilihat kesannya yang kecil, diri akan terdesak untuk mahu yang lebih besar. Inti pentingnya mulakan langkah. Tiada langkah maksudnya tiada usaha untuk bergerak maka untuk selamanya engkau begini. Hampir tiga minggu aku begini, tiada arah, masa dibelanjakan bagai anak jutawan masa. Sungguh banyak aku laburkan untuk perkara tiada sikit bagi ku untung. Aku sedar tapi ibaratnya sedar dalam mimpi, tidak boleh berkata dan berbuat apa. Tapi hakikatnya aku berada dalam alam realiti, perubahan itu boleh berlaku tapi tiada gerakkan yang dicetuskan. Maka untuk sehingga hari ini aku masih dalam kesamaran. Mencari jalan untuk 'pulang' ke alam ku,betulkah aku mencari? Tapi bagai tidak berbuat apa untuk 'kembali'...penat yang sengaja diwujudkan, penat yang membawa kemalasan yang berganda, itu suatu hal yang perlu dikutuk kepada insan pencari ilmu. Ilmu yang mulia tidak sepatutnya dibawa insan yang begini. Jika ia terus begini, maka tiada kemana insan itu dengan ilmunya. Ilmu yang 'dikata' dicari sebenarnya dicari hal yang lain. Ilmu sengaja menyembunyikan dirinya agar insan begini tidak pantas ditemuinya. Insan ini perlu cahaya, Cahaya matahari,kah? rembulan? bintang-bintang di langit malam? Tidak, cahaya al-Quran kerana cahaya itu yang dicarinya, cahaya yang sengaja melarikan diri darinya gara-gara insan yang dilanda kemalasan yang bertubi-tubi. Pencarian bermula kembali, episod baru dicipta. Moga perjalanan ini diberkati dan dirahmati.

Ahad, 3 Julai 2011

Salam Rindu

Lama sungguh aku tinggalkan laman ni. Bila rindu begini, penuh sudah dengan sawang-sawang. Lama-lama sekali datang untuk 'membersih'kan laman ini suatu yang menyeronokkan juga. Tersenyum sendiri.

Aku kini sedang berpraktikum di SAM Jeram,Kuala Selangor. Mengira hari untuk menghabiskan praktikum ini. Kini sudah masuk minggu ke lapan, hanya tinggal lagi 2 minggu untuk aku habiskan praktikum ini yang memakan masa 10 minggu.Ohho, gumbiranya hati ini.

Aku tidak tahu SAMJeram ini perhentianku yang ke berapa dalam hidup ini. Yang pasti banyak lagi perhentian-perhentian yang bakal ku lalui sendiri tanpa rakan-rakanku disisi. Mula bermemasuki sekolah ini sebagai guru praktikum merupakan pengalamanku yang pertama dalam mengenal masyarakat.

Apabila aku telah menghabiskan lebih kurang 6 minggu di sekolah ini, pelbagai ragam manusia aku temui. Tapi dalam pelbagai ragam manusia itu, kebanyakkan tidak mencuit hati ku kerana ragam mereka lebih kurang sama dengan pengetahuan sedia ada ku. Hanya satu yang mengalihkan perhatian ku kepadanya, kepada seorang ustaz. Bagi ku dia seorang yang pelik, tak pernah aku terfikir yang aku bakal bertemu dengan orang sebegini.

Seorang yang sentiasa berada di dalam dunianya sahaja.Mungkin juga dia tidak suka berbual kosong kerana kebanyakkan guru suka bersenda dan bercanda, dia sebaliknya pula. Apabila kami sebuk tahap 'melampau'dalam menngerjakan sesuatu perkara, dia tiada perasaan pun, dia sedang sedap, selesa dan berbahagia menguyah nasi sarapan paginya dalam bilik guru.Ohh, Tuhan.

Tapi apabila aku teringat ketika Program LADAP bersama guru-guru SAMJ pada hari Sabtu yang lepas, aku rasa dia seorang ahli pemikir yang hebat.Kenapa? penceramah yang dihantar khas oleh PPD Kuala Selangor ke SAMJ untuk memberi motivasi kepada para pendidik, lebih cenderung bagaimana untuk mengenali manusia dalam bentuk nombor, aku rasa pengisian itu amat menarik perhatiannya.

Ketika sesi soal jawab, banyak soalan yang diajukan. Di situ aku simpulkan bahawa senyap dan pendiamnya bertempat mungkin.Tapi....adakah ianya sebagai alasan untuk menolak kewujudan manusia lain dalam sistem sosial kehidupan?

Hati kering tak kisah siapa di sebelah atau bercakap mengenai apa, sebuk dengan apa, 'i with my job'..aku rasa ustaz tu begitu kot. Apa-apa pun, dia adalah seorang yang berjaya dalam pelajaran kerana dapat menamatkan tempoh pengajiannya di Mesir dengan tempoh masa yang ditetapkan. Ianya bukan suatu yang mudah dilakukan kerana ramai lagi rakyat Malaysia yang tersadai disana, tak pulang-pulang kerana tak dapat menghabiskan pengajian mereka.

Semoga dia mendapat seorang isteri yang solehah, memahami dan sama sepadan dengannya. Ustaz hati kering,;))))).....

Rabu, 13 April 2011

TERBAIK ITU PENTING !! REDHA

Sekarang di Seksyen Peperiksaan UM. Lebih seminggu aku menunggu untuk mendapatkan transkrip yang dijanjikan. Katanya bayar RM10 dalam tempoh seminggu tuan/puan akan dapat transkrip yang diminta. Sabar, sabar,sabar...

Aku mula berfikir dalam menunggu transkrip ini 'datang'. Kata kawan ku si Rusydi yang sama-sama apply ke Qatar Universiti, nak uruskan borang ini sahaja banyak menelan perbelanjaan. Ini belum lagi comform dapat ke tak masuk ke QU.

So hopefully dapat yang terbaik dariNya. Kalau keberadaan aku di sini lebih baik dari di sana, harapnya di sini lah. Yang terbaik itu penting agar kesejahteraan berterusan. Dan antara faktor penting yang lain mudah-mudahan aku redha dalam setiap apa yang berlaku walaupun keinginan yang kuat untuk menjelajah dunia itu masih tersemat dalam hati dan naluri ini.

TERBAIK ITU PENTING!!REDHA

Selasa, 12 April 2011

Mossad?

Pernahkah anda mendengar atau terdengar perkatan MOSSAD? Di sini saya beri gambaran umum berkenaan Mossad dan yang paling penting anda perlu tahu apa itu Mossad.

Mossad adalah organisasi terorisme dibelakangi jewish/israel di seluruh dunia. Mossad mempunya biro khusus untuk menggarap Negara-negara yang mempunyai populasi penduduk Islam yang besar. Antara aktivitinya adalah mengkambing hitamkan umat Islam dalam setiap kemusnahan yang berlaku, jenayah-jenayah dunia, kemunduran negara, sikap dan sifat tertutup.

Lambang Mossad :





"Bekas ketua Mossad, Mossad Meir Dagan percaya pemerintah Arab tidak bersatu khususnya Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan".(BHarian, 12 April 2011).



Meir Dagan, Bekas ketua Mossad



Benjamin Netanyahu,Perdana Menteri Israel(nak muntah lah tengok muka)



Shimon Peres, President Israel(bersedia untuk menembak mukanya dengan C4)

Tidakkah hal di atas membuka ruang bagi mereka untuk memecah belahkan lagi umat Islam dunia? Dan pernahkah anda terfikir revolusi yang berlaku di negara-negara Arab sekarang antara strategi dan perbuatan mereka untuk menghancurkan dan memecah belahkan umat Islam sekarang? Yang pasti apa yang berlaku di tanah arab sekarang adakah masih dibawah perkiraan mereka? walaupun perancangan awal dan langkah yang diambil berpunca dari mereka, agaknya...

Jumaat, 8 April 2011

Impian itu menyakitkan



Aku banyak impian dan minpi-minpi indah. Ibaratnya aku punya dunia ini. Kalau aku ada pilihan, aku akan mengembara seperti Arai dan Ikal, impian mereka menjadi nyata apabila dapat mengembara ke seluruh Eropah dan separuh Afrika. Sememangnya mereka bermimpi untuk menjelajah Eropah dan Afrika akhirnya mimpi mereka menjadi nyata tapi siapa tahu. Mereka kanak-kanak di pinggir bandar yang hanya mampu bermimpi tapi itulah kejayaan sebuah impian yang penuh keazaman. Itu lah kisah Edensor.

Dan aku? Hingga saat ini masih bermimpi. Bagaimana untuk menjelajah bumi ini jika masih banyak kurangnya. Tapi apa yang pasti kata-kata hikmah Arai ini yang ku pegang

"Ini adalah keseronokan terbesar yang hanya mungkin dicapai oleh mereka yang berani bermimpi, berani keluar dari cengkerang siputnya, untuk menemukan jawapan pertanyaan ke atas dirinya".

Impian itu menyakitkan.

Khamis, 7 April 2011

Kawan

Saat ini aku perlukan kawan. Kawan yang mendokong impian ku, mendengar mimpiku, merealisasikannya sebelum ianya menjadi realiti atau hanya fantasi.

Selasa, 15 Februari 2011

keliru...

Cik Timah dalam beberapa hari ini berkeadaan runsing, emosinya sedikit tidak stabil. dalam dua hari ini dia asyik tidur awal. serba salah untuk melakukan sesuatu gara-gara emosinya yang tidak stabil...aaarrrrrgggggg.ianya betul-betul mengganggu.

Beberapa hari ini, dia kerap kali mengingati si dia. mana tidaknya kelas belajar sekali, banyak masa belajar di kelas dan beberapa aktiviti luar bersamanya walaupun secara beramai-ramai. dulu cik Timah tidak pernah terfikir untuk mengahwininya. ye lah, dulu usia muda lagi, mungkin baginya ramai pilihan. walaupun si dia banyak bagi 'hint', cik Timah buat tak tahu sahaja, siap mengelak lagi. pernah sekali, cik Timah menjerit-jerit semasa mandi, 'diakah yang bakal aku kawin? dah tak ada lelaki lain kah?aaarrrrrgggg...'sambil menolaknya bulat-bulat.

Kini, dia betul-betul menyesal. "dia lelaki baik mungkin. jika tidak kenapa dia memilih aku"kata cik Timah bersendirian. tetapi dia tertanya-tanya kenapa kawan-kawan sekelasnya asyik menolak dia.

teringat cik Timah satu saat dia melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati kepada si dia" eh, boleh duk kat lain x? bencilah tengok muka! ". kata-kata itu betul-betul meyakitkan hati cik Timah walaupun dia yang melontarkan kata-kata itu. terfikir juga cik Timah sesudah itu, apa yang dia buat? ianya kerana cik Timah dengar dia asyik mengganggu perempuan-perempuan lain,ahh... itu bukan alasan yang kukuh untuk cik Timah melontarkan kata-kata seperti itu. Tambahan lagi, apa kena mengenai cik Timah dengan si dia, ada hubungan pun tidak, kenapa nak marah-marah? itu lagi lah tak tahu malu namanya,aaarrrrgggghhh..

teringat satu waktu, ketika cik Timah bercaka-cakap dengan sorang mamat ini,dia ada juga disisi mamat ini. tetapi cik Timah buat tak tahu sahaja tapi cik Timah sedar bahawa si dia sedang memerhati cik Timah. tak semena-mena, kawan cik Timah menegurnya "nak kat cik Timah ke?" terus dia lari malu. lawak pun ada tetapi dia tak pernah mengaku. kenapa?

Pernah juga, seorang clasmate cik Timah menyuruh lihat ke belakang. Sekali cik Timah pusing untuk melihat, betul-betul terpandang mata si dia. gelabah satu badan. Mungkin kebetulan tetapi adakah semenjak tadi dia melihat cik Timah? huh, betul-betul gelabah.

Si dia juga pernah bercakap-cakap dengan cik Timah sewaktu ibunya meninggal dunia, dia meluahkan dia tiada tempat untuk beraya,untuk mengadu nasib, menagih kasih. katanya abangnya menyuruh kawin. Cik Timah berkata sendirian, "kenapa cakap kat aku?", untuk mengelak, cik Timah kata "kerja la dulu nanti nak jaga anak orang macam mana", hanya kata-kata untuk mnyedapkan hati dan melepaskan diri.

Walaupun cik Timah tak ada hubungan dengannya tetapi banyak kenangan bersamanya. Cik Timah tak pernah seumur hidup keluar dengan mana-mana lelaki kecuali dia. kadang-kadang cik Timah terfikir, kenapa payah sangat dia nak cakap kalau betul dia suka kat cik Timah. beginikah lelaki.

Mungkin perkara ini akan selamanya menjadi kenangan buat cik Timah. Cik Timah berdoa kepada Yang Esa agar dikurniakan lelaki yang lebih baik daripadanya. Hingga saat ini cik Timah masih menunggu.

* luahan seseorang kepada penulis

Selasa, 25 Januari 2011

Pengarah APIUM

Ada berita baik untuk kawan-kawan APIUM, Prof. Hidayat Buang dah turun dari jawatan pengarah API. Bukannya saya menyeru kawan-kawan bergembira tentang hal ini, berita yang lebih mengembirakan adalah yang menggantikan tempat Prof Hidayat ini adalah Prof Madya Dr. Ruzman Md Noor.

Apa yang bestnya?!

Yang bestnya adalah Prof Madya Dr. Ruzman Md Noor ini bukan sekadar pengarah APIUM tetapi imam tetap solat Zohor setiap hari bekerja di API. Sebelum dia bergelar pengarah lagi, dia selalu menjadi imam solat Zohor. Para jemaah akan memberikan laluan kepadanya untuk menjadi imam.

Best kan ber'pengarah'kan dia. Suka bersolat jemaah, inilah pemimpin yang kita tunggu, imam dalam kebanyakkan bidang.

Isnin, 24 Januari 2011

Cuba teka..

1) Banyak-banyak bas, bas apa yang
pandai

2) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

3) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

4) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

5) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

6) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

7)Bagaimana nak bezakan ikan betina
ngan ikan jantan



Jawapannye.. ....

1) Bas sekolah lah, the only bas
pegi sekolah
2) MILO AIS
3) Sebab kalau dia angkat dua kaki,
dia jatuh. sebab tulah dia angkat
sebelah aje.
4) Semut yang matanya BENGKAK
5) Motorsikal.. ....sebab dia pakai tongkat
6) kambing binATANG
7)Ikan betina - ikan duyung, ikan
jantan - ikan bakar, mana ada
pompuan
nama BAKAR

Berangan lagi?!




Aku ingin menulis sesuatu tetapi entahla apa yang perlu aku menulis saat ini. Jam hampir menunjukkan pukul satu pagi. Perkara baru hari ini yang aku tahu, ust Asyraf Isyraqi, salah seorang tenaga pengajar di APIUM berkelulusan B.A uni Madinah. Woouuuu, tersentak sebentar. Aku tahu semua guru-guru ku di API bukan calang-calang orangnya. Jadi agak memang betullah apa yang kawan-kawanku katakan bahawa UM payah di'tembus' untuk menjadi tenaga pengajar di sini. Apa kena mengena ustaz Asyraf dengan tembus tak tembus ni?aku pun tak tahu bila dia masuk jadi tenaga pengajar kat pejabat SMPI, apa yang aku tahu tahun pertama aku di sini dia belum ada.

Aku tak pernah pula belajar dengan dia cuma pernah sekali tu aku masuk kelas tafaquh fiddin, kelas keagamaan budak-budak PMAPIUM yang buat secara percuma setiap petang. Dialah pengajar utamannya. Kagum apabila melihat dia membaca kitab Subulassalam dan memberi penerangan dengan baik. Waktu tu tak tahu lagi beliau ini berkelulusan Madinah, anggap ustaz ni biasa-biasa saja.

Hari ini baru aku tahu beliau bukan biasa-biasa macam pelajar API (Bahasa Arab yang masih sangat lemah).Ketika itu baru aku terfikir, perkara-perkara yang rajin beliau post di FB berkenaan kajian-kajiannya dan beberapa buah kitab arab. Bertambah-tambahlah kekaguman aku. Ye lah dia masih lagi bergelar STUDENT tapi apa yang beliau usahakan betul-betul membulatkan mataku.

Mulalah aku teringat ustaz-ustazku yang jauh diperantauan, ustaz Anuar Ridhwan, ustaz Ahmad Yusof dan ustaz Syed Helmi yang masih bergelar student di negara orang. Semoga kalian dianugerahkan kejayaan yang cemerlang dan gemilang untuk menghidupkan anak bangsa Malaysia yang kian dihempap kebodohan.

Harapnya, aku dapat menjejaki bidang keilmuan mereka dan menjadi seperti mereka. Mahir dalam berbahasa khususnya Bahasa Arab. Dengan itu, aku dapat mencungkil ilmu-ilmu yang ada. Harapnya ini bukan angan-angan semata-mata.

Selasa, 18 Januari 2011

Si Gadis Melampau Menerima Azab Allah



Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki….” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.
“Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.

“Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.

Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri…. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.

Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu....

by kerohanian smpi07/08

Ahad, 9 Januari 2011

Berdoa

Walaupun agak mustahil, aku tetap menaruh harapan dan mengimpikan akan menamatkan pengajian dengan pointer anugerah dekan. Berdoa keajaiban akan berlaku (saja nak bagi sedap hati,huahuahua);)

Sabtu, 8 Januari 2011

Maria




Sebuah novel keluaran PTS Islamika setebal 332 halaman. Ceritanya sentiasa hidup dari awal hingga akhir. Di sini kita dipersembahkan dengan isu perbandingan agama,Islam-Ethis-Kristian. Banyak input-input baru dan idea-idea dalam membidas hujah yang kurang konkrit. Penulisnya seorang wanita berbangsa Turki yang dilahirkan pada tahun 1953, Emine atau Aminah Uzqan Syenlikoghu. Seorang yang bergiat cergas dalam kegiatan Islam dan Kesusasteraan antarabangsa. Banyak menghasilkan karya-karya yang bermutu dan dipenjarakan beberapa kali kerana karya-karyanya. Diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Mohd Rofizi Dollah.

Di sini saya muatkan sinopsisnya :

"Maria adalah gadis Jerman yang bermazhab Katolik. Mengharungi liku-liku hidup sebagai anak kepada ibu yang fanatik pada mazhab Katolik, sedangkan ayahnya pula seorang Ateis. Namun, kehendak Allah mengatasi segala-galanya. Pertemuannya dengan pemuda Mesir membuka episod pergelutan tiga penjuru, Islam-Eteis-Kristian.

Abdul Wahab, pemuda Mesir yang belajar di Jerman berjaya menarik Maria ke jalan Allah akhirnya memilih Maria sebagai calon Isteri selepas kematian tunangnya, Salwa. pada saat itu juga, memutuskan hubungannya dengan pemuda Turki bernama Muhammad yang sudah hilang pegangan Islamnya. Hubungan antara Abdul Wahab dan Maria diuji apabila Abdul Wahab mendapat berita Salwa sebenarnya masih hidup. Maria terperangkap antara cinta dan pengorbanan di samping tekanan daripada ibu dan adiknya."

Banyak rintangan yang dihadapi Maria dan lebih khusus lagi bagi sesiapa yang mendapat petunjuk ke arah Islam. Sememangnya untuk memulakan episod baru dalam kehidupan bermula dengan rintangan dan cabaran sebelum mengecapi kebahagiaan.

Ianya bukan kisah cinta semata-mata, tetapi lebih dekat membawa kita kepada pemahaman Islam berbentuk penceritaan. Semoga anda bergembira dengan buku ini.

Khamis, 6 Januari 2011

Cubalah anda hidup tanpa bimbingan buku




Tension dengan keputusan peperiksaan baru-baru ini yang baru sahaja aku lihat menerusi lawan web umisisweb. Entah kenapa ke'tension'an itu perlu datang. Seolah-olah menjadikan aku hamba yang tidak bersyukur, a'uzubillahi min zalik.

Aku ibarat hilang arah. Ke mana perlu aku pergi untuk menghilangkan ke'tension'an ini? selepas solat Asar, aku ternampak dua orang sahabat ku sedang berbincang, lalu dengan tiada tujuan, aku sapa mereka, mungkin dengan cara ini 'mood' yang tidak seberapa stabil ini dapat ditenangkan.

Rupanya mereka tengah berbincang berkenaan forum yang bakal diadakan khas untuk gadis-gadis REAL. Aku menyampuk beberapa perkara sebagai tanda turut serta berbincang sekali bersama mereka. Tatkala aku mula ketandusan idea, aku ternampak novel kepunyaan sahabatku. aku menbaca sedikit sinopsis dibelakangnya,"macam best je" kataku. Tuan buku tersebut menyampuk, dia memberi tahu bahawa novel tersebut dari mula sehingga akhir cerita berlatarbelakangkan hanya satu tempat sahaja tetapi penuh dengan input-input baru.

Ketika itu baru aku teringat bookfair di DTC. Lalu aku pun meminta diri untuk beredar. mungkinkah aku perlu pergi ke DTC untuk melepaskan ke'tension'an aku ini? Entahlah, aku masih tercari bagaimana untuk membangkitkan mood baru. Ketika sahaja aku keluar dari surau, terserempak pula dengan Prof Madya Dr. Zulkifli Yaacob@Yusof yang lebih aku senang dengan panggilan ustaz Zul.

Dia seorang yang ramah, tambah-tambahan lagi dengan para pelajarnya. Terharu dibuatnya,dia yang mula bertegur sapa denganku. Lantaran itu aku pun bersembang sedikit dengannya sambil berjalan. Aku bertanya tentang buku yang diterjemahkannya dari tulisan Syeikh Fadhal Abbas.Aku sangat mencarinya, kerana dua perkara. satu kerana Syeikh Fadhal Abbas yang kedua kerana ust Zul adalah pensyarah yang aku kagumi. Kedua-dua perkara itu menjadi satu dan mendorong aku mencari buku jauh sehingga Putrajaya kerana di sana pertama kali aku menjumpai buku tersebut.

Teringat aku ketika itu, aku tidak cukup duit untuk membeli. Lalu aku pasang niat untuk membelinya bila aku datang pada kali yang lain. Tapi siapa sangka, kali kedua aku datang tiada, dalam masa yang sama aku yakin buku itu pasti ada tetapi aku yang tidak menjumpainya. Aku datang lagi buat kali ketiga. Untuk kali ketiga ini, aku meneliti satu persatu buku di setiap lapisan rak buku yang ada dalam bidang agama khasnya. Sayang, tetap tiada. Teringin nak jumpa ust Zul untuk bertanyakan tentang buku tersebut. Tapi aku tak ramah untuk bersembang panjang. Maka aku lupakan sahaja hajat itu. Hari ini aku sempat bertanya, dan ust sangat membantu. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur kerana aku dipertemukan dengannya dalam saat aku tengah kebingungan.

Setelah berpisah ditengah jalan dengan ust Zul, aku menuju ke motosikal sambil memikirkan ke mana destinasi seterusnya untuk ku bawa diri yang lara ini. jika kebiasaannya apabila aku dalam keadaan ke'tension'an akan ku membeli belah barangan makanan dan menikmati makanan tersebut sepuas-puasnya.

Kali ini, aku tiada selera untuk melakukan hal itu. Ketika di atas motosikal, aku masih memikirkan perkara yang sama. Lantas aku putuskan untuk pergi ke Bookfair, melepaskan sarang keserabutan ini di sana.

Hampir jam 5.30 aku sampai di sana. Menyusun atur langkah ke mana untuk ku tuju. Dengan penuh yakin kaki ku melangkah sahaja ke perkarangan dewan. Meninjau-ninjau beberapa sudut, aku terjumpa ensiklopedia raja rock dunia, Michel Jackson. Aku menyelak-nyelak halaman ensiklopedia tersebut, aku tidak membacanya hanya melihat sahaja gambar-gambar yang ada didalamnya, dari seusia yang kecil hinggalah kematiannya semuanya direkod dan dicatatkan di dalam ensiklopedia ini. Memang dia merupakan lagenda dunia. Bermula dari budak yang berusia tujuh atau lapan tahun hinggalah keusia tua, semua mengenalinya dan kagum melihat persembahannya. Tersemat rasa kagum di hatiku ini.

Aku meneruskan tinjauanku ke beberapa sudut lagi.iya, inilah sudut yang kucari, sudut PTS atau seangkatan dengannya.Aku mambelek-belek mana-mana buku yang menarik perhatianku. Akhirnya aku meninggalkan perkarangan DTC dengan membeli dua buah buku, satu buku berbentuk motivasi yang bertajuk 'Mencari Makna Hidup' dan satu lagi novel terjemahan dari tulisan penulis Turki yang berbakat besar, tajuknya 'Maria'. Aku harap kedua-dua buku ini dapat memberi semangat dan motivati kepada diri ini yang tengah kerunsingan dan kekurangan motivasi.

Berkenaan result aku, bukanlah teruk sangat, alhamdulillah termasuk dalam senarai la yang akan dapat sijil dari ust Hidayat, pengarah API. Tapi yang sangat menyedihkan adalah impian ku yang terbesar terpaksa dilupakan, gara-gara peningkatan pointer yang tidak sampai matlamat sebenar.

Mungkin Allah nak tunjuk kepada ku yang selama ini aku silap kerana aku mngejar A bukan selainnya tanpa aku sedari. Dan kini aku sedar A adalah dunia dan ilmu adalah akhirat, bila ada ilmu, A akan datang, InsyaAllah. Keduanya, mungkin Allah nak mnguji status kehambaan ku sebagai hamba yang bersyukur atau tidak, adakah aku telah melepasinya?. Ketiganya, mungkinkah Allah hendak memberi kepadaku hikmah yang lebih besar dari impianku yang selama ini kudambakan? atau apakah ini adalah persediaan buatku untuk menghadapi keadaan yang mana impianku tak akan tercapai?

Ya Allah begitu banyak kemungkinan yang akan berlaku, aku mohon agar aku dapat belajar sesuatu dari hal ini ya Allah. Moga aku tergolong dalam hambaNya yang sentiasa menginsafkan diri dan tergolong dalam hambaNya yang mendapat hikmat dan maghfirah dariNya.

Akhir-akhir ini, aku mula terfikir bagaimana cara berfikir dengan betul? Bukan aku sebagai seorang yang gila atau orang yang kurang keupayaan otak untuk berfikiran waras tetapi untuk meneliti diri. Dalam sisa-sisa untuk menghabiskan buku yang sedang ku baca ini hasil tulisan Dr. 'Aidh bin Abdullah al-Qarni , buku yang berjudul 'Aku, Buku dan Cinta'. Dia ada menulis beberapa aspek yangmana kurasa ianya sesuai sekali dengan diriku dan semua orang khususnya. Maka di sini aku sisipkan sedikit tulisannya agar ianya dapat membuka mata kita yang sedang lena dibuai mimpi-minpi indah yang langsung membuatkan kita tidak sedar adakah kita begitu.

" cubalah anda hidup tanpa bimbingan buku. Berfikirlah dengan menggunakan hati nurani anda dalam merenungi segala sesuatu, maka anda akan mendapat banyak inspirasi. Wawasan yang pernah anda baca pun akan muncul. Inilah yang dinamakan dengan waktu memantapkan fikiran. Ketahuilah, bahawa berfikir itu merupakan latihan bagi para pemikir."

" Kadang kala ada orang yang suka membaca, tetapi sayang tulisan yang dibacanya tidak mengandungi faedah. Berapa ramai orang yang menghabiskan waktunya dengan membaca majalah-majalah, surat khabar dan buku-buku pemikiran yang amat sulit. adakah ia ilmu pengetahuan?"

aku lebih gemar mentafsirkan tulisan perenggan kedua itu dengan tafsiran begini. Berapa ramai orang yang suka membaca bacaan ilmiah tetapi tidak dapat mengambil faedah darinya iaitu tidak faham apa yang dibacanya, jika faham sekali pun dia tidak dapat merumuskan kefahamannya dengan jalan atau cara yang lebih praktikal. Hasilnya waktunya akan habis tanpa hasil yang memuaskan.

Untuk akhirnya, mungkinkah aku tergolong di dalam golong tersebut?emm...hanya memikir.

Khamis, 30 Disember 2010

Belajar dari haiwan



Hari ini baru ada kesempatan untuk melihat-lihat keputusan exam yang sudah ditampal.huh, entah apalah resultku ini,sekitar jam 12 tengah hari aku masih lagi berlegar-legar diruang akademi pengajian islam. mencari terus mencari. akhirnya aku temui sudah kebanyakkan result examku, hanya satu masih ditunggu. mungkin minggu depan 'dia' akan munculkan diri. aku cuma menaruh harapan agar result ku yang satu itu cemerlang.

aku melihat-lihat keputusanku yang telah disalin dalam buku kecilku ini. satu dan satu kemudian satu yang lain pula. iaa..kesemuanya alhamdulillah, aku redha. cuma perkara yang biasa berlaku apa yang diharap cemerlang tetapi tidak, sebaliknya yang diharap hanya cukup-cukup makan sahaja membuahkan hasil yang mengkagumkan pula.alhamdulillah semuanya caturan Yang Esa, mungkin tersemat hikmah yang besar disebaliknya.

berkenaan satu subjek yang aku perolehi 'biasa-biasa' ini, ada kisah disebalikya yang membuatkan aku bermuhasabah sendirian. oh Tuhan, sungguh kejujuran itu ada balasannya walaupun kejujuran itu nilainya kecil dimata manusia.

aku bukan berbincang dengan kawan jauh sekali dari aktiviti meniru dan menghantar kertas jawapan 'tiruan'. kisah perjalan aku mengambil paper tersebut adalah sebuah cerita yang aku rasa tidak langsung setiap orang akan menyedari istilah 'kejujuran' darinya.

mungkin keterlanjuran ini, bagiku sebuah balasan. walaupun balasannya tidaklah sebesar mana tapi bagiku ianya memberi kesan kepada impianku. apa yang terjadi aku tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepadaku ini.alhamdulillah.

ketika ini , ku teringat akan buku yang baru lepas habis dibaca tajuknya 'belajar dari haiwan'. walaupun haiwan tidak diberikan akal seperti manusia tetapi mereka lebih mulia berbanding manusia yang bodoh dan sesat.

contoh yang mudah diambil adalah semut. adakah kamu semua 'kenal' semut? dari segi lahiriah mungkin mudah untuk kita kenal serangga tersebut.

semut seekor serangga yang rajin, rasanya ini semua orang tahu.pepatah ada mengatakan 'rajin macam semut', kan? so terang-terang semut adalah serangga yang rajin. tapi adakah kamu tahu jika mereka menjumpai makanan, mereka akan cepat memberitahu rakan-rakan sekampung supaya ramai-ramai dapat menikmatinya. baguskan, yang pasti bolehkah kamu berbuat begitu?

dan jika mereka berjalan, mereka akan menyapa setiap ekor semut yang mereka temui dijalanan, tak percaya? cuba perhatikan semut apabila mereka lalu lalang, mereka akan berhenti sekejap menyapa kawan mereka kemudian menyambung kembali perjalanan. yang menjadi persoalannya, adakah kita boleh melakukan sedemikian? salam seringan-ringan perkataan dan perbuatan pun cukup payah untuk kita luahkan sesama muslim, adakah kita sedar?

apa kena mengena dengan kejujuran? cuba-cubalah anda kaitkan sendiri. yang penting kejujuran teras kecemerlangan! jujur pada diri, jujur pada agama dan jujur pada orang lain. kadang-kadang perlu kita belajar dari orang yang bodoh dari kita agar kita selalu menginsafi diri.

Sabtu, 18 Disember 2010

Mengimbau kenangan lalu


Beberapa hari ini, facebook sahabat-sahabatku yang ke Qatar penuh dengan gambar-gambar terbaru mereka di sana. alangkah rindunya aku kepada orang Malaysia di sana dan suasananya.bahagianya mereka di sana di tambah lagi dengan kehadiran ust Abdul Karim Ali. bagi Norlina Alyas bertambah lagilah anak-anak instantnya. keramahan dan kebaikan hatinya membuatkan sesiapa sahaja terbuka untuk berkongsi cerita mahupun berkongsi hidup dengannya. aku akui keadaan ini membuatkan aku makin merindui mereka, Norlina Alyas dan keluarganya.moga mereka sentiasa dimurahkan rezeki.

ramai sahabat seangkatan denganku semasa di Qatar dahulu dan sebelum sezaman denganku berniat untuk pergi lagi, mungkin ingin meneruskan pengajian mereka di QU dengan apa yang telah mereka mulakan dan tidak kurang juga sahabat-sahabat hanya ingin menyimpan kenangan di Qatar dalam memori mereka sahaja, pergi untuk kali kedua mungkin tidak.

keramahan orang Malaysia di sana dan sikap sangat meraikan tetamu membuatkan sesiapa sahaja yang bertemu dan hidup dengan mereka merasa bahagia. mungkinkah atas alasan ini ramai sahabatku ingin ke sana lagi?

jika melihat sudut geografi dan suasana masyakat Qatar, bagiku tiada yang menarik. sistem kasta masih diamalkan. golongan bangsawan hanya akan berkahwin daripada golongan mereka sahaja,manakala golongan bahawahan pula begitu juga. hal ini aku perolehi rentetan kisah seorang ustazahku yang belum berkahwin sehingga sekarang, bukannya tiada rupa tetapi kerana sistem kasta. yang paling menarik, bukanlah dia yang sangat memilih tetapi keluarganya yang mementingkan darjat. kesanya ditimpa kepada si anak, fitrah seorang manusia tidak dapat ditunaikan.

keadaan di sana samalah dengan negeri arab yang lain, kurang tumbuhan hijau. di Qatar kita tidak akan dapat melihat gunung ganang atau bukit bukau, keadaan tanahnya ibarat tanah rata. sesetengan tempat sahaja yang mempunyai bukit iaitu di pasang pasir, bukit pasir. aku tidak tahu bagaimana musim sejuk disana kerana aku hidup disana ketika musim panas. jika musim panas, debu-debu pasir akan berterbangan, pemandangan jarak jauh akan menjadi kabur ibarat jerebu. angin kadang-kadang sepoi-sepoi bahasa tetapi kadang-kadang kuat. maka mata perlu diberi perhatian lebih, takut-takut pasir masuk.

jika melihat kepada komposisi penduduknya, warganegara Qatar jumlahnya sedikit. inilah yang diberitahu kepadaku oleh orang Malaysia di sana. berlaku imigran daripada penduduk-penduduk negara sekitar,bukanlah secara besar-bearan tetapi dalam jumlah yang sedikit secara berterusan sebagai tenaga buruh buat negara atau sebagai penduduk tetap. memandangkan orang-orang Qatari ini terdiri daripada kebanyakkannya orang-orang kaya, maka penduduk-penduduk luarlah yang akan bekerja di peringkat bawahan. manakala dari segi tenaga buruh profesional pula yangmana sangat kekurang disana, diimport dari luar dengan diberikan gaji yang lumayan.

justeru itu, jadilah negara Qatar terdiri daripada komposisi penduduk yang pelbagai. hingga menjadikannya sebuah negara sekular kerana pengaruh-pengaruh kemodenan yang cuba dibawa masuk ke dalam negara. selain itu, jangan terkejut jika saya katakan di Qatar terdapat sebuah gereja yang terbesar dikalangan negara teluk. cuba anda cari di BBC, anda akan temuinya. gereja tersebut sengaja tidak diletakkan lambang salib di atasnya seperti gereja-gereja lain untuk mengelakkan orang ramai mengetahui bahawa ianya adalah gereja yang besar.

pengalaman di sana cukup menarik. kenangan terindah dalam hidupku mungkin salah satunya di sana. aku juga ingin lagi pergi merantau tetapi mungkin bukan lagi di sana. moga-moga aku diberi lagi kesempatan untuk melihat bumi ini, agar Allah murahkan rezekiku. perancangan yang terdekat, aku ingin pergi menziarahi Baitullah,kampung halaman Rasulku, 'berjumpa' Rasulku Muhammad saw di sana. moga perjalananku ke sana dipermudahkan. aaamin.

Jumaat, 17 Disember 2010

Jatuhnya sebuah tamadun



buku ini setebal 227 muka surat tidak termasuk bibliografi. saya membacanya baru-baru ini yangmana saya masih dalam tempoh peperiksaan akhir semester. kerana itu saya agak lambat untuk membuat ulasan berkenaan buku ini.

buku ini bagus untuk mendapatkan gambaran kasar berkenaan sejarah tamadun islam dan kesannya kepada dunia hari ini.ianya meliputi beberapa aspek yang jarang sekali bagi seorang penulis sejarah menukilkan sesuatu sejarah mengikut jalan ini. antara aspek-aspek yang disentuh adalah berkisar tentang aspek politik yang bergolak pada zaman tersebut,kebudayaan, tokoh-tokoh yang lahir daripada tamadun tersebut, sumbangan yang diberikan sehingga hari ini dan kesannya yang dapat dilihat sehingga dewasa ini.

oleh itu, saya ingin sekali memberi gambaran kasar berkenaan tamadun-tamadun yang pernah lahir dan wujud di dunia ini khususnya dunia Islam.

610-632 : zaman Rasulullah saw (munculnya kerajaan di Madinah)
632-661 : zaman sahabat,khalifah ar-Rasyidin, Madinah
661-748 : kerajaan Ummaiyyah di Damascus,Syiria
750-950 : kerajaan Bani Abbasiyah, Baghdad, Iraq
(756-1031): kerajaan Ummaiyah di Andalusia, Sepanyol
950-1258 : kerajaan Bani Abbasiyah,zaman kejatuhan
1258 : serangan tentera monggol
1031-1609 : kerajaan Islam silih berganti di Sepanyol tetapi bukan lagi Bani Ummaiyah
1501-1722 : kerajaan Safawi, Iraq+ Iran
1526-1858 : kerajaan Mughal, India
1281-1924 : kerajaan Turki Uthmaniyah

senarai kerajaan-kerajaan di atas adalah kerajaan-kerajaan besar yang pernah wujud. disamping terbinanya kerajaan-kerajaan tersebut, kerajaan kecil sering muncul dan tenggelam, menghiasi tamadun-tamadun Islam. manakala di Eropah pada ketika itu adalam zaman kegelapan, tiada kemajuan dicatatkan, pemerintahan berpusat kepada gereja diamalkan. penindasan dan kekejaman sering berlaku di eropah, seringkali pihak penguasa menindas rakyat agar cukai yang diperolehi berganda-ganda untuk membolehkan hidup mereka sentiasa mewah. atas sebab ini jugalah kerajaan Islam dapat menawan Sepanyol dan mampu bertapak di sana hampir 10 abad lamanya.

kerajaan -kerajaan kecil muncul dan jatuh dan silih berganti sekitar akhir abad ke tujuh hingga akhir abad ke sebelas. antara kerajaan kerajaan tersebut adalah:

kerajaan Idrisi, Moroko
kerajaan Aghlabi, Tunisia
kerajaan Tulini, Mesir
kerajaan Ikhsidi, Mesir
kerajaan Syiah Fatimiyah, Mesir

kerajaan Syiah Fatimiyah agak lama bertahan berbanding kerajaan-kerajaan kecil yang lain. daripada senarai kerajaan-kerajaan yang muncul tersebut, dapatlah dilihat bahawa negara yang paling banyak menerima sistem pemerintahan yang berbeza-beza atau paling banyak kerajaan yang muncul dan jatuh di negara tersebut adalah Mesir. mari kita lihat melangkaui zaman sebelum masihi

-pemerintahan di zaman nabi Yusuff * diceritakan dalam surah Yusoff
-pemerintahan Firaun,
-pemerintahan Rom
-zaman Khalifah ar-Rasyidin
-zaman Bani Ummaiyah
-zaman Bani Abbasiyah
-kerajaan Tuluni
-Kerajaan Ikhsidi
-kerajaan Syiah Fatimiyah
-Turki Uthmaniyah

hampir semua kerajaan-kerajaan yang muncul di Mesir memberi kesan ke atas negeri tersebut dan sebahagian besarnya kekal sehingga ke hari ini.oleh itu, mesir bukanlah calang-calang negeri yang boleh dipandang dengan pandangan kosong, di dalamnya mengandungi khazah-khazah ketamadunan lampau ditambah lagi dengan khazanah alam yang begitu memukau sesiapa sahaja yang pernah ke sana iaitu keindahan dan kemasyhuran sungai Nil. kemasyhuran sungai Nil bukan sahaja di mata orang yang memandangnya bahkan terus meniti dibibir-bibir para penyair dan di mata pena para karyawan.

mesir adalah satu-satunya negara yang disebut di dalam al-Quran (maaf klau saya tak perasaan negeri yang lain, Makkah dan Madinah adalah negeri kecil dalam sebuah negara ). maka tidak hairanlah Mesir saban tahun meningkat jumlah pelancong yang ke sana ditambah lagi dengan penuntut-penuntut ilmu yang seringkali menjadikan Mesir tempat menadah ilmu-ilmu agama berikutan masih banyak berbaki lagi syekh-syekh mukhtabar disana.selain mesir, mungkin boleh dimasukkan juga Baghdad,Iraq dan Iran kerana kedua-dua negara ini juga pernah mengalami kuasa pemerintahan yang besar, kerajaan Parsi.

empayar Islam bertapak di bumi ini hampir 13 kurun lamanya. kerajaan barat baru menampakkan wajahnya dan memonopoli dunia apabila tercetusnya perang dunia petama iaitu 1918 yang berakhir 1924. sejak itu, dunia yang dikenali sekarang mengalami zaman pemerintahan baru yang dipanggil "new order". pemerintahan dunia baru ini hingga kini baru berlangsung hampir satu abad. jika dibandingkan dengan dunia Islam ianya ketinggalan 12 abad. sebagai ummat Islam jangan sombong dan lupa diri kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi dimasa hadapan. hanya doa mengiringi para pejuang-pejuang Islam.sama-sama kita menunggu kebangkitan dunia Islam yang baru.

Sabtu, 27 November 2010

berita tv3

sakit hati malam ni dengar berita tv3. inilah salah satu sebab aku tak suka dengar berita Malaysia. antara ciri-ciri berita di Malaysia adalah tersangat bias terhadap sesuatu parti politik kursusnya pasti yang ada gambar dacing.

aku tidaklah membutakan mataku terhadap apa yang dibuat, dilakukan dan diusahakan oleh parti tersebut. ibarat kata yang positif kita ambil dan yang sebaliknya kita buang jauh-jauh. begitu juga untuk parti-parti yang lain tetapi haruslah berjuang sebagai sebuah parti politik yang betul-betul berdemokrasi dan bersih dari segenap aspek.

kalau semua 'benda' 'dia' conquer, memang tidak dinafikanlah Malaysia ni forever n ever dia yang punya. ini tak termasuk lagi beberapa golong yang betul-betul diperbodohkan oleh 'dia' dan sanggup pula sang singa raja di hutan ni melahirkan rakyat yang sanggup dihina asalkan duit masuk poket dari sebesar-besar pekara hinggalah sekecil-kecil perkara.

kenapa dan kenapa, persoalan yang tak pernah habis dan ibarat tiada penghujung. kenapa rakyat Malaysia masih diperbodohkan? salahkah sistem pendidikan kita hari ini? sistem pengajian yang mana bagiku adalah menggambil jangka masa yang agak lama untuk melahirkan seorang graduanisasi dibandingkan dengan negara luar. tetapi kenapa hasilnya rakyat Malaysia masih tidak mampu untuk berfikir dengan lebih jauh. adakah sistem pendidikan di negara kita hanya mengeluarkan berekor-ekor keldai dari institut pengajian tinggi di Malaysia? disajikan dengan pelbagai jenis pendidikan tetapi masih tidak boleh berfikir sebaliknya hanya menjadi pak turut.

bagiku Malaysia adalah antara negara yang agak maju walaupun ianya tergolong dalam negara-negara membangun. jika dibandingkan dengan negara-negara jiran selain Singapore,kita adalah sebuah negara maju yang mana segala benda adalah berteknologi dari sekecil-kecil barang hinggalah sebesar-besar barang dagangan. jadi di sini boleh disimpulkan bahawa perkara-perkara yang berbentuk pengatahuan dan mengasah fikiran adalah mudah diperolehi dan ditemui. dan untuk akhirnya kenapa mereka tidak boleh berfikir?

mungkin aku terlupa bahawa aras-aras pendidikan juga memainkan peranannya. biar apa pun berlaku, hanya satu yang perlu diingatkan bahawa sejarah itu penting, maka pelajarilah agar ianya tidak berulang.

dalam jangka masa terdekat, jika kita disajikan berita sebegini setiap hari, aku percaya orang yang tak nampak pun boleh 'nampak' bahawa pilihan raya semakin dekat menghampiri. secara kesimpulan kasarnya Malaysia bakal 'diorang' raih semula jika maslah PKR masih berterusan dan rakyat-rakyat Malaysia senang dibeli dan dihina. jika ummo dapat tawan kedah semula, apakah 'mereka' rakyat kedah yang 'bising' malam ni dalam tv3 akan bising lagi jika perkara yang sama atau lebih dari itu dilakukan kerajaan negeri pada waktu berkenaan. sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Khamis, 25 November 2010

Bawaku bersamamu..

nak ikut k.lina p Yemen...sernoknya dengar dia nak travel. semoga dia dapat menghayati pengembaraan di bumi Allah di sana dan mengambil ikhtibar atas pemerhatiannya. Pengembaraan dalam mencari redha Allah.

Ahad, 21 November 2010

Rayaku Aidiladha..

hari tu aku beli tiket untuk balik ke kampung, ikutkan hati nak balik lambat sikit, ye la exam pun dah dekat, so kena la membaca sedikit buat bekalan sempena di rumah.tapi bila adikku menyuruh cepat balik, katanya "mak asyik tunggu kak ti je" maka esoknya terus aku beli tiket untuk pulang ke kampung disebelah malamnya .

sejak kakakku kawin, mak asyik sakit je, bermula pada hari kenduri mak tenat sebenarnya tapi dia buat macam tak ada apa yang berlaku, selepas beberapa hari baru aku tahu rupanya sakit yang ditanggung mak dah masuk 25 tahun. kalaulah aku tak sakit juga pada hari tu, aku rasa hingga hari ini pun aku tak tahu penyakit tu. Sakit mak masih berterusan tapi bukan lagi sakit yang dulu tapi sakit 'hilang' anak seorang, dilepas pergi ke Melaka. aku pun tak tahu bagaimana nak merawat penyakit ini.

sampainya aku di negeri ku sekitar jam 5.30pagi. rupanya mak dah tunggu lama dalam kereta. terkejut juga adik ikut sekali pagi-pagi ni. Selama yang aku kenal adik aku, dia payah sungguh nak bangun pagi-pagi, dia tidur di belakang. kehairanan aku terjawab apabila mak memberitahu bahawa adik risau mak keluar sorang-sorang.alhamdulillah, moga-moga keprihatinannya hingga akhir hayat mak masih seperti ini.

siangnya adik beritahuku bahawa pak long masuk hospital putera medical center (PMC) dekat alor setar. dah tiga hari kat sana. mak long dan tok ada bersama menjaga pak long. mak long tak ada anak, maka tok lah kawan setia mak long 'berjaga' bersama.

hari pertama aku melawat, aku bawakan nasi untuk mak long dan tok. terfikir juga nak bawa makanan untuk pak long tapi aku tak tahu apa yang dimakannya dan apa yang tidak boleh dimakan. maka aku putuskan untuk 'penjaga' setia dahulu bekalan ini dibuat. buat pak long mungkin kali kedua.

sampainya aku di PMC sekitar pukul 5.00 petang. Ada beberapa orang yang berjaga,.K.Tina, mak long, tok dan kakak sulung aku. aku pun tunjukkan nasi yang dibawa,senyum mereka. rupa-rupa mereka agak lama menunggu aku bawakan nasi.ye la PMC tu hospital swasta, cina yang punya. maka kawasan sekitarnya banyak gerai makanan cina. payah juga untuk dapatkan makan masakan melayu sekitar kawasan tersebut. barulah aku faham bahawa kali yang lain aku perlu datang lebih awal.

tibanya aku di katil pak long, aku lihatnya sedang berjaga, maka aku tundukkan kepala sedikit tanda aku datang melawatnya. tetiba dia menangis sambil memanggil aku, katanya sambil menangis "Ti, doakan aku, aku sakit...". aku pun tumpang sedih, pengharapan yang besar untuk melihatnya kembali sihat. kataku " tak pe pak long, nanti Dik Ti doakan pak long,nanti pak long sihatlah".

Dalam pukul 8.30 malam aku perlu pulang untuk mengambil ibuku yang akan pulang dari kerjanya. pulangnya sekitar 9.30. aku mengambil masa agak panjang untuk pulang ke rumah memandangkan jalan-jalan di kedah agak teruk jalannya, baru lepas dilanda banjir, beginilah keadaannya.

9.25 malam, keluarlah sekumpulan pekerja petang jabatan penjara malaysia pokok sena, agak 5 minit baru ibuku muncul. dah tua jalan pun agak lambat dari yang lain. ianya bukan salah diri tapi adat umur manusianya begini.

sesampai di rumah, aku perlu memasak untuk ibu ku yang baru pulang.sekarang pun dia dah kurang selera makan, kalaulah dah tak makan langsung lagi sakitlah ibu ku ini. beberapa jenis lauk aku jadikan hidangan makan malam pada malam itu. ibuku hanya menjamah beberapa suapan sahaja, baki nasinya lagi dimasukkan dalam pingganku, itulah adatnya setiap hari apabila makan nasi. setelah itu, aku buatkan susu untuknya dengan harapan terisi perutnya dan boleh merawat sakit-sakit ototnya.

hari-hari yang datang beginilah rutinku,masakkan nasi untuk 'penjaga' hospital dan untuk ibuku di rumah dan makanan sampingan utk pak longku. dua hari sebelum raya Aidiladha, pak long ku dibenarkan pulang, dari awal katanya dia nak tinggal di rumah kebunnya di pokok sena. dekatlah denga rumahku,rumah asalnya di Pulau Pinang. maka dibawanya ke rumah tersebut. dua hari aku tak melawatnya. walaupun dia tak boleh sudah berjalan tetapi aku berasa lapang kerna dia sudah di rumah. aku fikir kesihatannya sedikit baik. dia mula minta macam-macam untuk dimakan. mak longku layan sahaja semua permintaannya walaupun kadang-kadang tak masuk akal permintaannya.

malam raya Aidiladha,aku dapat satu masej, kakak sulungku kata pak long dimasukkan balik ke hospital, hospital Kuala Nerang. maka raya ku esoknya semestinya di hospital Kuala Nerang. walaupun raya kali ini di hospital, aku tak kisah asalkan dapat bertemu sanak saudara. cuma di sebelah petangnya aku singgah di beberapa buah rumah untuk berziarah. orang-orang yang dianggap penting saudara sebelah ayah.

sampainya kami di rumah sudah masuk waktu maghrib. selesai solat. aku sambung beberapa kerja rumah. dalam pukul 12 lebih baru aku masuk tidur.

terjaga aku dari tidur, ada panggilan masuk di handset mak 2.15 pagi. panggilan itu hanya beberapa minit, tetapi aku menunggu hingga mak habis bercakap kerana nada terkejut mak membuatkan aku kehairanan. sesudah itu,kata mak " pak long dah meninggal!". terlopong aku, dengan segera adik ku yang sedang tidur dikejutkan, kami bertiga bersiap sepantas mungkin menuju ke kereta.

aku memandu kereta merentas kabus-kabus pagi, sungguh tebal kabus. ye la jalannya dikelilingi hutan sepanjang jalan. takut juga aku, kereta yang berselesih pun hanya 2 atau 3 buah sahaja sepanjang perjalanan. mulutku berkumat kamit membaca ayat kursi biar perjalanan ini selamat.

dalam pukul 3.00pagi, kami sampai di hospital. selepas berbincang sedikit dengan makcikku yang turut sama di hospital dan mak longku, mak bergegas pulang ke rumah mak long untuk siapkan tempat agar apabila 'pak long'ku sampai, sudah tersedia tempat untuknya.

tinggal aku bersama adik turut serta bersama golong-golong yang berbaki ini menunggu segala proses selesai. sekitar jam 4 lebih 'pak long' dibawa pulang ke rumah. sesampai dirumah, banyak benda yang perlu diuruskan. memandangkan rumah aku paling dekat dengan rumah mak long, maka segala peralatan yang perlu diambil sahaja di rumahku. dan ibaratnya aku sebagai ajk pengangkutan.

pak long ditanam selepas zohor, aku diberitahu masjid-masjid yang ada sebuk melakukan korban. maka proses 'menyimpan' terpaksa dilakukan selepas zohor.itulah hari terakhir aku bertemu pak long. rayaku aidiladha dengan sebuah kematian. kematian yang menimbulkan kesedaran bahawa aku juga bakal menyusul.

teringat aku waktu zaman kanak-kanak, aku menjalani 'kehidupan' derita di rumahnya. sewaktu cuti sekolah akhir tahun aku ditempatkan di rumah pak long untuk belajar mengaji al-Quran. hanya aku seorang sahaja, adik dan kakakku tak mahu katanya.aku terlupa berapa lama aku di sana yang pasti aku mengaji al-Quran 5 kali setiap hari selepas selesai menunaikan solat. setiap kali mengaji al-Quran aku akan menangis. pak long sangat garang, hingga aku sangat benci padanya waktu itu. terpaksa aku melalui hari-hariku di rumahnya dengan tagisan kerana tiada orang yang akan mengambil ku sehingga pak long sendirilah yang akan hantar ku pulang ke rumah.

tetapi sekarang dengan berkat dia mengajar aku mengaji, aku boleh membaca al-Quran dengan lancar. yang penting aku tahu bahawa tindakan sepertinya sangat dituntut pada zaman sekarang. semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.amin.